Pages

Isnin, 7 September 2020

Jalan-Jalan Cari Makan di Best Friend Cafe Keningau

Sebelum kami daftar masuk ke Sento Hotel pada 20 Ogos 2020, mata tertumpu ke sebuah cafe berhampiran hotel iaitu Best Friend Cafe. Oleh kerana dapat tempat letak kereta berhampiran cafe tersebut, sempatlah jeling-jeling suasana di situ. Ramai pelanggan sedang menikmati hidangan, dan kelihatan hidangan buffet tersusun di dalam cafe tersebut. Agak menarik! Ada kesempatan nanti bolehlah makan di sini. 

Keesokan paginya, kami dapati Best Friend Cafe belum dibuka. Mungkin tidak ada khidmat sarapan pagi di cafe ini. 

Keesokan malamnya pula, Amie bersama Encik Suami singgah di sini. Konnnya ingin luangkan masa sementara menunggu  aroma durian berkurangan! Maklumlah, baru sahaja makan durian di Pasar Malam Keningau. Nak terus masuk hotel risau pula disyaki bawa durian!

                           


Ada menu baru iaitu payau. Payau ialah rusa.

Selain Payau Masak Black Pepper, ada juga Udang Masak Balck Pepper.

Sekadar melihat-lihat menu yang ada. 
Perut pun sebenarnya masih kenyang!

Kami minta air kelapa muda.

Encik Suami memesan mee hoon sup isi ikan.

Melihat ada menu ikan bolu goreng tanpa tulang, Amie pun pilih lauk kesukaan Amie ini, dengan pesanan tanpa nasi! Datang set ikan bolu goreng tanpa tulang dengan nasi panas yang dibungkus dalam daun pisang. Ketika meletakkan dihadangan di atas meja, pelayan kafe tiba-tiba bersuara : Eh! Kakak tadi pesan tak mahu nasi kan? Belum Amie sempat jawab, dia pun ambil semula nasi tersebut. Amie pun ratah sahaja ikan bolu goreng tanpa tulang cecah dengan sambal. Encik Suami meminta bungkuskan mee hoon goreng. katanya, takut Fairuz rasa lapar pulak!

Kalau menginap di Sento Hotel atau hotel lain di sekitar sini, jangan lupa singgah di Best Friend Cafe KGU. Banyak menu ada di sini. Kalau boleh kami nak cuba lagi makan di sini, tapi apa boleh buat masa tidak mengizinkan kerana kami perlu bertolak ke Tenom.

Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

7 ulasan:

  1. menyelerakan semua hidangan tu kak, dengan dah kenyang pun teroder jugak ya...
    kedainya pun menarik kak

    BalasPadam
  2. INSTEAD OF GETTING A LOAN,, I GOT SOMETHING NEW
    Get $5,500 USD every day, for six months!

    See how it works

    Do you know you can hack into any ATM machine with a hacked ATM card??
    Make up you mind before applying, straight deal...

    Order for a blank ATM card now and get millions within a week!: contact us
    via email address::{Universalcardshackers@gmail.com}

    We have specially programmed ATM cards that can be use to hack ATM
    machines, the ATM cards can be used to withdraw at the ATM or swipe, at
    stores and POS. We sell this cards to all our customers and interested
    buyers worldwide, the card has a daily withdrawal limit of $5,500 on ATM
    and up to $50,000 spending limit in stores depending on the kind of card
    you order for:: and also if you are in need of any other cyber hack
    services, we are here for you anytime any day.

    Here is our price lists for the ATM CARDS:

    Cards that withdraw $5,500 per day costs $200 USD
    Cards that withdraw $10,000 per day costs $850 USD
    Cards that withdraw $35,000 per day costs $2,200 USD
    Cards that withdraw $50,000 per day costs $5,500 USD
    Cards that withdraw $100,000 per day costs $8,500 USD

    make up your mind before applying, straight deal!!!

    The price include shipping fees and charges, order now: contact us via
    email address:::::: {Universalcardshackers@gmail.com}
    Whatsapp:::::+31687835881
    ®

    BalasPadam
  3. Baru tahu payau tu rusa. Daging rusa sedap lembut.

    BalasPadam
  4. Alala makin mengidam nak makan daging payau ni.

    BalasPadam
  5. wahh..dari jauh dah nmpak kedainya..wane terang sng nk cari :)
    sedap menu2nya kak aimi

    BalasPadam
  6. Jika Anda menyukai perasaan dan juga pengalaman individu Internet Explorer namun memiliki sistem operasi Windows 10 di mana Explorer bukan pilihan, Brave Browser 2020 adalah pilihan yang sangat baik.

    BalasPadam