Dengar ceritanya, anak kawan sekerja kami sudah buka kafe di I Peak Bussiness Centre, Lahad Datu. Tahniah Puan Fadhilah bersama anak-anak atas kejayaan menerajui The Keju. Rasanya The Keju dibuka sejak tahun lepas, tapi kami hanya berkesempatan mengunjunginya bulan lepas. Kawan-kawan lain sudah pernah menjamu selera di The Keju. Kami sajalah yang ketinggalan keretapi... ahaks!
Jom kita jalan-jalan cari makan di sana. Katanya di The Keju, mereka pakar dalam menghasilkan cheeskut aneka perasa dan kafe tersebut berkonsepkan HIPSTER, VENDOR & RELAX! Sebelum ini memang kami selalu menikmati air tangan Puan Fadhilah terutamanya kuih-muih berkeju!
Beginilah antara pemandangan yang disajikan sebaik sahaja menolak masuk daun pintu ke The Keju.
Ruangan makan pun nampak santai sahaja.
Banyak pilihan dessert tersedia di sini. Jadi, sementara menunggu hidangan tiba bolehlah jamu mata dahulu dengan pelbagai pilihan dessert dan kalau berkenan bolehlah ambil bawa sendiri ke meja... ahaks!
Inilah dessert pilihan Amie, Mini Brulle bersama minuman yang dipesan. Encik Suami pilih green tea, kita pilih yam.
Walaupun namanya The Keju, ala-ala barat begitu, tapi tidaklah semua hidangan yang ditawarkan jenis western food. Banyak juga pilihan makanan tempatan. Kami ini lidah Asia tulen, sudah tentulah mencari makanan berasaskan nasi, ditambah pula ketika itu waktu makan tengahari.
Encik Suami pilih Nasi Goreng Ayam Butter.
Amie pilih Nasi Goreng Kampung.
Memang ada kelainan warna dan rasa kedua-dua nasi goreng ini berbanding nasi goreng yang biasa kami makan di mana-mana restoran di Lahad Datu. Warna kedua-dua nasi goreng ini kuning, dan barangkali sebagai tanda pengenalan untuk kafe ini, ada rasa seakan-akan 'kari' di dalam nasi goreng kami! Jadi, pelanggan akan pulang dengan 'rasa' dan 'aroma' tersendiri setelah menikmati hidangan di sini.
Sambil menyiapkan entri, sempat intai ke The Keju untuk mengikuti perkembangan terkini. Mereka sentiasa update FB dan paparkan pelbagai dessert yang sedap-sedap!
Walaupun bukan hari raya, tetapi di The Keju sentiasa ada bekalan kudap-kudapan yang menggoda selera seperti tart nanas dan almond London.
Mudah-mudahan The Keju terus maju dan setanding dengan kafe lain yang banyak tumbuh di negara kita.
Sedap2nya desserts..
BalasPadamCantik deco kedai.
BalasPadamBahaya nak masuk kedai ni hehehe kalau sedang proses nak turun kan berat badan.
Sedap semua menu yang ada. Jadi rambang mata nak pilih makanan kalau datang sini sebab semua sedap sedap. Beg pun lawa boleh beli buat ole-ole.
BalasPadam