Hari terakhir di Guangzhou, kami berkesempatan untuk menunaikan solat jamak di Guangzhou Huaisheng Mosque dan kemudian menziarahi makam bapa saudara junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W iaitu Sa'ad Abi Waqas.
Terdapat dua pendapat yang berbeza mengenai kedudukan makam Sa'ad Abi Waqas. Ada yang mengatakan Sa'ad Abi Waqas meninggal di Guangzhou dan dikebumikan di sini, manakala ada pendapat lain yang mengatakan Sa'ad Abi Waqas meninggal dunia di Baqi' dan dimakamkan di perkuburan Baqi' bersama para sahabat dan solihin di Madinah. Bagaimanapun, jasa dan pengorbanan Sa'ad Abi Waqas dalam penyebarkan agama Islam hingga ke China khususnya di Guangzhou sudah cukup membuktikan pengembaraan yang jauh dari bumi Arab ke bumi China tidak sia-sia.
Pemandangan di perkarangan Guangzhou Huaisheng Mosque. Masjid Huaisheng ini dikatakan memiliki keluasan terbesar di wilayah Guangdong.
Ruang solat untuk jemaah lelaki.
Ruang solat untuk jemaah wanita dipisahkan oleh tabir merah berkepala kuning.
Jom solat jamak taqdim.
Selesai solat kami meneruskan perjalanan menuju ke makam Sa'ad Abi Waqas. Suasana di sini sungguh nyaman dengan tumbuh-tumbuhan hijau. Nampak begitu hening dan sepi walaupun ramai pengunjung berukar ganti menjejakkan kaki ke sini.
Sa'ad Abi Waqas berperanan penting dalam menegakkan syiar Islam terutamanya dalam penaklukan Empayar Parsi pada tahun 636 Masehi. Seterusnya beliau dikenali sebagai pengembang agama Islam di China menjelang tahun 616 Masehi.
Sewaktu pemerintahan Khulafa al-Rasyidin di bawah Saidina Uthman bin Affan, Sa'ad Abi Waqas diberi tugas besar untuk mengetuai rombongan ke Tanah Besar China untuk tujuan dakwah. Beliau, dipercayai sebagai perintis penyebaran agama Islam di China.
Menurut catatan resmi dari Dinasti Tang yang berkuasa pada 618-905 M dan berdasarkan catatan serupa dalam buku A Brief Study of the Introduction of Islam to China karya Chen Yuen, Islam pertama kali datang ke China sekitar tahun 30 H atau 651 M. Disebutkan bahawa Islam masuk ke China melalui utusan yang dikirim oleh Khalifah Ustman bin Affan, yang memerintah selama 12 tahun atau pada periode 23-35 H / 644-656 M. Sementara menurut catatan Lui Tschih, penulis Muslim China pada abad ke 18 dalam karyanya Chee Chea Sheehuzoo (Perihal Kehidupan Nabi), Islam dibawa ke China oleh rombongan yang dipimpin Saad bin Abi Waqqas. Sebahagian catatan lagi menyebutkan, Islam pertama kali datang ke China dibawa oleh panglima besar Islam, Saad bin Abi Waqqas, bersama sahabat lainnya pada tahun 616 M. Catatan tersebut menyebutkan bahawa Saad bin Abi Waqqas dan tiga sahabat lainnya datang ke China dari Abyssinia atau yang sekarang dikenal dengan Etiopia.
Setelah kunjungan pertamanya. Saad kemudian kembali ke Arab. Ia kembali lagi ke China 21 tahun kemudian atau pada masa pemerintahan Usman bin Affan, dan datang dengan membawa salinan Al Quran. Usman pada masa kekhalifahannya memang menyalin Al Quran dan menyebarkan ke pelbagai tempat, demi menjaga kemurnian kitab suci ini. Pada kedatangannya yang kedua di tahun 650, Saad berlayar melalui Samudera Hindi ke Laut China menuju pelabuhan laut di Guangzhou. Kemudian ia berlayar ke Chang'an atau kini dikenal degan nama Xi'an melalui rute yang kemudian dikenal sebagai Jalan Sutera.
Bersama para sahabat, Saad datang dengan membawa hadiah dan diterima dengan baik oleh kaisar Dinasti Tang, Kao-Tsung (650-683). Namun Islam sebagai agama tidak langsung diterima oleh sang kaisar. Setelah melalui proses penyelidikan, sang kaisar kemudian memberikan izin bagi pengembangan Islam yang dirasanya sesuai dengan ajaran Konfusius. Namun sang kaisar merasa bahawa kewajiban sembahyang lima kali sehari dan puasa sebulan penuh terlalu berat baginya hingga akhirnya ia tidak jadi memeluk Islam. Namun begitu ia mengizinkan Saad bin Abi Waqqas dan para sahabat untuk mengajarkan Islam kepada masyarakat di Guangzhou.
Oleh orang Cina, Islam disebut sebagai Yi si lan Jiao atau agama yang murni. Sementara Makkah disebut sebagai tempat kelahiran Buddha Ma-hia-wu (atau Rasulullah Muhammad SAW). Saad bin Abi Waqqas kemudian menetap di Guangzhou dan ia mendirikan Masjid Huaisheng yang menjadi salah satu tonggak sejarah Islam paling berharga di China. Masjid ini menjadi masjid tertua yang ada di daratan Cina dan usianya sudah melebihi 1300 tahun. Ianya teletak di jalan Guang Ta Lu. Mesjid ini terus bertahan melewati berbagai monomen sejarah China dan saat ini masih berdiri tegak dan masih seindah dahulu setelah diperbaiki beberapa kali. Baru-baru ini masjid ini di perbaiki sekali lagi dengan melibatkan pembesaran ruangan sembahyang apabila pihak pengurusan mesjid membeli sedikit ruang bahagian belakang masjid .
Masjid Huaisheng ini kemudian dijadikan Masjid Raya Guangzhou Remember the Sage, atau masjid untuk mengenang Nabi Muhammad s.a.w. Masjid ini juga dikenal dengan nama Masjid Guang ta, karena masjid dengan menara elok ini yang letaknya di jalan Guangta. Ta berarti menara, kerana menurut sejarahnya menara mesjid ini adalah yang tertinggi pada awal pembinaannya berbanding bangunan lain. Sebahagian percaya bahawa Saad bin Abi Waqqas menghabiskan sisa hidupnya dan meninggal di Guangzhou, China. Sebuah pusara diyakini sebagai makamnya. Makamnya menjadi satu lagi tempat kunjungan pelawat dari seluruh pelusuk dunia. Sampai di Guangzhou adalah tidak rasmi bagi kita orang Islam kalau tidak menjejakkan kaki ke kubur Saad. Namun sebahagian lagi menyatakan bahawa Saad meninggal di Baqi’ berhampiran Madinah dan dimakamkan dikawasan makam para sahabat. Meskipun tidak diketahui secara pasti di mana Saad bin Abi Waqqas meninggal dan dimakamkan, namun yang pasti ia memiliki peranan penting terhadap perkembangan Islam di China. Kalaupun kubur yang ada di China itu bukan kubur Saad bin Abi Waqas tetapi pastinya kubur tersebut adalah kubur seorang berbangsa Arab yang memiliki jasa besar kepada perkembangan Islam di China.
Di bahagian luar pula, terdapat beberapa makanm lain yang dipercayai makam para sahabat Sa'ad Abi Waqas yang memainkan peranan sebagai pendakwah dalam usaha menyebarkan syiar Islam di tanah Guangzhou ini. Kawasan ini dikenali sebagai Tanah Perkuburan Hui Hui.
Suasana di ruang luar makam.
Di sini, dibina sebuah telaga sempena memperingati jasa Sa'ad Abi Waqas. Boleh pam sendiri menggunakan pam tradisional (air mineral dari mata air) dan meminumnya.
Untuk info lanjut, bolehlah rujuk di sini: JASA SA'AD ABI WAQQAS AMAT BESAR DI CHINA.
Masa untuk meninggalkan Masjid Huaisheng dan makan Sa'ad Abi Waqas serta sahabat-sahabatnya telah tiba.
Cantik ungkapan di atas : Making a Beautiful Mosque Being a Excellent Muslim!
Moga ada rezeki untuk berkunjung ke sini lagi. In shaa Allah.
Di luar pagar, telah menanti seorang penjual kacang dan manisan. Kami berhenti seketika untuk menikmati sedikit manisan yang diberikan untuk kami cuba.
Pelbagai jenis kekacang termasuk kurma merah saiz besar dijual di sini.
Setelah membeli manisan dan kekacang yang digemari, kami meneruskan perjalanan.
Guangzhou masih seperti wilayah lain, matahari enggan menyinari alam, seakan-akan kalah oleh kabus yang menjadikan langit terus kelabu.
Walaupun dipenuhi banguna tinggi yang tak terkira banyaknya, namun usaha mengekalkan keindahan alam sekitar tetap dijalankan. Di sana-sini Guangzhou kelihatan indah dengan tanaman pelbagai jenis bunga baik di tepi jalan, hadapan kedai dan sebagainya. Pokok-pokok yang sudah berusia dikekalkan dan dijaga dengan baik.
Masih menjadi tanda tanya sehingga kini, mengapa pokok di sana dicat putih?
Allah berfirman:
“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)
Shopping Kain di Hai Yin Textile
Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan