Pages

Selasa, 1 Januari 2019

Goreng Kilas : Kaedah Memasak Menyihatkan

Seperti biasa, hidangan makan tengahari kami memang berasaskan nasi serta lauk-pauk yang pelbagai dan dimasak dengan cara goreng kilas atau stir frying.


Perkongsian teknik masakan Cina dari Wikipedia:

Gorengan kilas (Bahasa Cinapinyin: chǎo) adalah teknik masakan Cina yang menggoreng bahan-bahan dalam sedikit minyak yang sangat panas sambil dikacau dalam kuali. Teknik ini berasal dari China dan pada abad-abad kebelakangan ini telah tersebar ke bahagian-bahagian lain di Asia dan Barat. Ramai mendakwa bahawa ini kaedah masakan panas dan cepat ini memerangkap rasa makanan, serta memelihara warna dan tekstur mereka.
Gorengan kilas dan masakan Cina telah disyorkan pengambilannya kerana kedua-duanya lebih sihat dan tarikan penggunaan sayur-sayuran, daging, dan ikan yang sederhana dalam kandungan lemak dan sos yang tidak terlalu banyak, dengan syarat kalori dijaga pada tahap yang munasabah.


Tengahari 20 Disember 2018, bersamaan pada hari Khamis kami menjejakkan kaki buat kali ketiga di Abdullah Restoran di Guangzhou. Restoran ini juga dikenali sebagai Qinghai Moslem Restaurant. Sekali lagi, dapatlah Amie perhatikan hidangan serta memikirkan teknik masakan yang digunakan. 

Boleh beli makanan ringan dan minuman halal di sini.


Sementara menanti hidangan tiba, mari kita minum Chinese Tea panas dulu. Kami tiba lebih awal kerana menurut Peter restoran ini sentiasa penuh sesak menjelang tengahari, dan sekiranya kami lewat sedikit mungkin kami terpaksa menunggu giliran tempat duduk. Jadi, daripada menunggu, eloklah sampai lebih awal.


 Saiz ruang makan di sini lebih besar dan selesa.

Kata Kam, sewaktu suaminya bersama rakan-rakan datang ke Guangzhou pada 2017 selama 4 hari  mereka akan makan di sini.
Di sini?
Ya, di sini?
Di sini sahaja?
Ya, di sinilah. Di Restoran Abdullah.
Mungkin jumlah peserta yang ramai, dan memudahkan pergerakan, jadi restoran ini menjadi pilihan.



Nasi yang terhidang di dalam mangkuk, kelihatan sedikit basah dan melekit. Mungkin apabila sampai ke kampung laman, teringat-ingat keenakan nasi di sini.

 Lauk pertama tiba di meja.
Terung bersama cili hijau saiz besar goreng kilas, dengan sos.

 Kacang panjang goreng kilas dengan daging.
Terasa manis kacang panjang itu, dan sudah tentunya kacang panjang yang masih muda.

 Kubis bunga goreng kilas dengan daging dan capsicum merah.

Chinese Greens (Yu Choy) Stir Fry memang selalu sangat kami jumpa di mana-mana restoran. Boleh dikatakan hampir ada dalam setiap hidangan makan tengahari atau makan malam. Chinese greens ini dimasak menggunakan kaedah goreng kilas juga bersama telur dan hirisan cili merah.

Sayur yang tak tahu namanya ini juga dimasak secara goreng kilas bersama sotong dan cili kering.

Begitu juga dengan sayur kubis.
Secara keseluruhannya, rasanya sangat sederhana dengan sos dan perasa yang tidak berlebihan. Daya tarikannya ialah dihidang panas, dan ketika menikmatinya rasa manis semulajadi sayur-sayuran dapat dirasai.

 Tidak ketinggalan hidangan ayam kung pao!
Suka ratah kacang panggangnya tu!

Sudah tentunya seekor ikan dihidangkan dalam setiap sajian, lengkap dari kepala hingga ke ekornya!

Kaedah memasak secara goreng kilas yang sempat Amie rakam sewaktu jalan-jalan malam di Zheng Yang Pedestrian Street.

Melihat kedua-dua masakan daging dan sayur, memang nampak sangat mudah! Biarkan minyak panas di dalam kuali, dan terus masukkan bahan tanpa apa-apa perencah lain seperti yang biasa kita masak. Untuk menambah rasa, mereka akan tuangkan sedikit sos atau garam.


Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:

Shopping Kain di Hai Yin Textile


2 ulasan:

  1. Oh...stir fry is goreng kilas, baru tahu hee..hee.. Seronok ikuti pengembaraan Amie di negara China. Sedap2 pulak makanan di sana. PH nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat 2019 kepada Amie sekeluarga.

    BalasPadam
  2. PH,
    saya pun baru tahu, he hehe sama-sama tambah ilmu masak2.

    BalasPadam