Pages

Selasa, 1 Januari 2019

Shopping Kain di Hai Yin Textile

Seronoknya kalau jalan-jalan di luar negara dapat beli kain untuk dibuat baju sebagai kenang-kenangan. Pada mulanya, kami akan dibawa ke kedai elektrik Hai Yin, dan kemudian terbahagi dua pula. Menurut Peter, sesiapa yang berminat untuk ke kedai elektrik boleh pergi dalam satu kumpulan, dan satu kumpulan lagi akan dibawa ke kedai kain.
Sudah tentulah kami pilih kedai kain!

Wah! 
Wanita dan kain berpisah tiada!
Hiks!
Siapa yang bawa sekarung yuen tu bolehlah borong kain sutera Cina di sini.




 Selain kain ela, ada juga jualan pakaian musim sejuk.

Cadar dan sarung bantal dari kain cotton nampak cantik sekali dengan warna-warna pastel.


Kita intai-intai bahagian lain selain kain. Nampak kedai langsir, terpikat melihat kecantikan fesyen jahitannya.





Sementara menunggu rakan yang lain keluar dari kedai elektrik, tangkap gambar dahulu di sekitar.




 Nun di sana, kanak-kanak sekolah sedang melintas jalan raya, dengan diiringi guru mereka.



Kami meneruskan perjalanan. Kata sepakat dicapai. Trip kami memutuskan untuk tidak ke kedai pakaian borong Bai Ma, sebaliknya akan membeli-belah di OneLink International Plaza. 


Dari apa yang Amie baca dan fahami tentang kedai borong di Guangzhou ini (banyak kedai borong dan salah satunya ialah Bai Ma Wholesale Market) Bai Ma yang terletak di Jalan Zhan Nan, mempunyai lebih 2,000 buah kedai. Plaza borong ini menjual produk yang agak berkualiti tinggi berjenama tempatan. 

Mungkin suatu hari nanti kami berpeluang untuk mengunjungi Guangzhou dan memanjangkan kaki ke beberapa buah plaza borong untuk menyaksikan sendiri barangan yang dijual. Selain Bai Ma, terdapat sebuah lagi pasar borong kain yang terkenal iaitu Liu Hua Wholesale Market. Ahhh! Gila jadinya bila memikirkan dan membayangkan betapa banyaknya kedai borong pelbagai barangan di Guangzhou!
Dari cerita kawan-kawan yang pernah berurusan membeli di pasar borong di Guangzhou, rasanya memang kami memerlukan sekurang-kurangnya 3 atau 4 hari untuk menjelajah daerah borong ini...hiks!

Marilah kita tinggalkan dahulu cerita kain!

Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:


2 ulasan:

  1. Cantiklah langsir dekat meja makan tu k. Amie... Terus terfikir langsir raya haha

    Banyak ke borong kain kak?

    BalasPadam
  2. Puan Hazel,
    lawakan.... beli kain sehelai dua jew heheeee.

    BalasPadam