Pages

Isnin, 31 Disember 2018

Selamat Pagi Guangzhou & Jade Centre

Belum sampai masanya untuk ucapkan selamat tinggal...ahaks!

Jom kita cuci-cuci mata melihat pemandangan di sekitar Guangzhou.

Menyaksikan pelbagai bentuk bangunan pencakar langit!



 Bas yang berwarna-warni.


 Sungai yang berair jernih, dan juga pengguna jalan raya yang menunggang basikal.

 Nampak santai saja kan?

Pagi yang kelam itu, kerana matahari tidak muncul bersinar terang, bas yang membawa kami berhenti di suatu tempat yang memang para pelancong tahu, iaitu kedai jade.

Compulsary shop yang kami kunjungi selain Chinese Herb Shop, Bamboo Charcoal, dan Latex ialah kedai jade! Kedai silk / sutera tidak dikunjungi kerana menurut Peter kilang sutera sudah ditutup.

Mungkin ramai yang telah membaca dan mengikuti pengalaman rakan-rakan yang 'digoreng' ketika berada di kedai jed. Benarlah pengalaman yang dikongsi oleh rakan-rakan dan juga hasil tulisan blogger. Cuma Amie malas nak tulis pengalaman sendiri, sebab memang sama! Bahan gorengan dan hasil gorengannya tidak bersalahan lagi. 
Apa pun sekurang-kurangnya kami dapat ilmu pengetahuan mengenai jenis-jenis batu dan kualitinya.

 Kami menerima sebiji batu (di atas) setiap seorang.





Cincin Amie menjadi sasaran ketika diuji dengan mesin pengimbas..eh betulke? Macam nak masukkan bagasi dalam kargo saja bunyi bila disebut mesin pengimbas...hiks! Katanya, batu warna hijau pada cincin Amie itu tulen daripada batu jed, permata yang mengikatnya serta emas yang digunakan juga emas tulen.








Rimas juga berpusing-pusing, nak lepaskan diri dari gorengan tidak pula boleh keluar dari bilik tersebut! Mana lagi seorang kawan kami? Kak Azizan tiada dalam gambar pulak! 


Terima kasih kepada 'para penyelamat' yang telah berurus niaga di situ. Maka tidaklah kami perlu berada lebih lama di tempat tersebut sebagaimana halnya hampir 3 jam berada di Celestial Latex.

 Nampaknya ramai lagi para pelancong sedang menanti giliran untuk masuk.

Ketika berada di dalam bas, tiba-tiba teringat sebuah lagi sampul ang pau yang belum dibuka. Maknanya, setiap seorang daripada kami menerima 2 bentuk loket.

Inilah loket tersebut.

Tiba-tiba teringat Kak Azizan.
Mana Kak Azizan?

Tudiaaaa... Kak Azizan dengan cincinnya. 
Buat Kak Azizan : Terima kasih selamatkan kami...ahaks!

 Sayang Kak Azizan...mmmuahaa..mmuahahhh!

Bila dikenang semula cerita goreng-menggoreng ni, memang kami tak henti-henti ketawa sehinggalah sampai di restoran untuk makan tengahari.

Nampaknya inilah kenangan terindah sepanjang kita bersama ye Kak Azizan. 
Bila terpandang cincin di jari, kenanglah kami.
Seumur hidup ini, hanya sekali inilah menyaksikan harga paling rendah dari hampir 2000 yuen, menjadi 200 yuen untuk sebentuk cincin!
Apa pun, sebenarnya yang mahal itu ialah harga kenangan itu sendiri!
Huurrrmmm... tak dapat dilupakan, ketawa sehingga keluar air mata!


Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:

Shopping Kain di Hai Yin Textile

1 ulasan: