Pages

Isnin, 24 Disember 2018

High Speed Rail : Guangzhou - Guilin

17 Disember 2018.
Sama seperti daftar masuk menaiki kapal terbang, begitulah situasi yang dialami ketika berada di stesen keretapi berkelajuan tinggi di Guangzhou. Seret beg, hulur passport dan tiket, dan membawa masuk beg ke dalam mesin pengimbas.
Tepat 8:00 pagi. Keretapi pun mula bergerak melalui rel berkelajuan tinggi dari Guangzhou ke Guilin.
Kalau perjalanan kenderaan biasa, tempoh masa yang diambil lebih kurang 8 jam, tetapi dengan menggunakan HSR : High Speed Rail ini, hanya memerlukan masa selama 2 jam sahaja.

 Sumber : Google

Daftar masuk.

Suasana di stesen keretapi, menunggu ketibaan HSR.

 Tempat duduk mengikut apa yang tertera di dalam tiket. Tiket akan diperiksa oleh petugas HSR. 

Tak terasa kelajuan HSR ini. Sesekali meliht di skrin, ada kalanya 205 km/jam dan paling tinggi yang Amie lihat 247 km/jam. Selebihnya tidak pasti, sebab beberapa minit kemudian suasana sunyi sepi. Tidurlah.... apa lagi!


 Sempat tangkap gambar di dalam HSR.

 Nampaknya Dayah pun dah tersengguk-sengguk!

 Kita posing dulu ye Salawati.

Oh.....ya! Beg besar yang kami bawa diletakkan di hadapan tempat duduk. Ruang yang disediakan memang cukup untuk sebuah beg besar.

Tak sempat ambil gambar pemandangan menerusi jendela HSR!
Layan mata saja, mungkin masih letih dan mengantuk sebab semalam tak cukup tidur.
Perasan juga, dalam pejam-pejam mata tu, HSR beberapa kali melalui terowong gelap.

Seorang pelayan HSR berulang-alik membawa makanan dan minuman sekiranya ada penumpang HSR yang ingin membeli. Suaranya lembut. Agaknya menyebut : Minuman panas. Kuih-kuih...heheheee!
Dan suara itu terbawa dalam mimpi, ketika dibuai HSR.

Sumber : WhatsApp Group

Sumber : Google

Guilin : Kami datang!
Suhu di Guilin lebih sejuk berbanding Shenzhen.

Kalau di Shenzhen, lebih banyak penunggang basikal tetapi di Guilin Amie dapati lebih banyak motosikal digunakan.

 Motosikal yang digunakan menggunakan tenaga elektrik, mesra alam! Tanpa bunyi dan asap.

 Suhu yang dingin, suasanaya juga kelam-kelam kabus pagi walaupun ketika itu jam menunjukkan angka 10:30 pagi. 



Nampaknya Guilin memang sejuk!
Motosikal pun berselimut...he he heeee!


Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan