Pages

Isnin, 24 Disember 2018

Bermalam di De Sense Hotel

Kami tiba agak lewat malam di De Sense Hotel yang teletak di 1469 Sanyuanli Ave, JiChang Lu, Baiyun Qu, Guangzhou Shi, Guangdong Sheng, China, 510410.
Pesanan tour guide:
Esok pukul 6 pagi akan bertolak ke stesen keretapi. Hotel menyediakan sarapan pagi pada pukul 7:00. Jadi, makanan kami akan dibungkus. Waktu Subuh ialah pada pukul 5:30 pagi.





 Rasanya malam itu, tidur setelah lewat pukul 12:00 malam.
Dan bangun pada pukul 4:30 pagi.

Rasa selesa sangat sebab dapat membersihkan diri dan mengambil wuduk dengan sempurna. Maklumlah, selama dalam perjalanan, hanya bergantung kepada air dalam botol dan juga tisu basah.



 Alhamdulillah. Kami berjaya menepati masa dan turun ke lobby sebelum pukul 6 pagi!

Sarapan yang dibekalkan: Sebiji telur rebus, dua keping roti dan sepotong jagung rebus serta sebotol air mineral. Tak sempat makan dalam bas. Amie makan dalam keretapi. Maklumlah, perut kita ni kalau matahari tak naik, memang lain sikit (terkejut) bila masuk makanan...hiks!


Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:

Shopping Kain di Hai Yin Textile

1 ulasan:

  1. cantik hotelnya kak.... walaupun simple tp sarapan tu boleh la bt alas perut nk jln2 kan

    BalasPadam