Pages

Isnin, 21 September 2020

Taman Pertanian Sabah @ Taman Pertanian Lagud Seberang Tenom

Jom singgah Taman Pertanian  Sabah @ Taman Pertanian Lagud Seberang di Tenom. Taman ini terletak kira-kira 10 km dari pekan Tenom. Katanya taman seluas 200 hektar ini merupakan taman ilmu yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Sabah. Wah! Sudah lama dengar tentang keunikan dan tempat ini. Walaupun tidak pernah datang ketika Pesta Musim Bunga, sekurang-kurangnya dapatlah jejak kaki ke sini.

Seperti sebelumnya, naik bukit, turun bukit, jumpa selekoh demi selekoh akhirnya sampailah kami ke destinasi yang dituju.




Selamat Datang ke Taman Pertanian Sabah.

Kami kena terima hakikat, kedatangan di musim begini tidaklah boleh mengharapkan semuanya berjalan lancar. Nampaknya, lawatan kami juga terhad, tidak semua tempat kami boleh lawati, dan lupakan saja untuk singgah makan buah-buahan di taman ini! Bayaran dikenakan sebanyak RM10 setiap seorang, dan kami akan menaiki gerabak kereta untuk mengelilingi taman ini.


Antara senarai tempat menarik di Taman Pertaniah Sabah ini termasuklah:
  • Ornamental Gardens
  • Camping Islands
  • Adventure Island
  • Lake Malalap
  • Bird Island
  • Padas Island
  • Lake Sapong
  • Animal Park
  • Tropical Flowering Tree Garden
  • Lake Rundum
  • Mangosteen  Orchard
  • Stream Garden
  • Living Museum of  Crop Plants
  • Tropical Rainforest Plot
  • Pegalan Island
  • Fruit Orchad
  • Rambutan Orchard
  • Evolution Garden and Plant Adaptation Plant
  • Model Garden
  • Hybrid Orchid Centre
  • Native Orchid Centre


Jom jalan-jalan keliling taman.













Jom singgah di bawah pokok peluru meriam atau dikenali dengan nama cannonball tree. Buahnya pun pelik, bulat-bulat besar!

Awas! Pokok ini beracun!



Jom masuk Pusat Anggerik Kacukan.


Suasana dalam taman anggerik.

Seronok sungguh Firdaus dapat berjalan ke sana ke mari. Tak peduli cuaca panas!





Tak boleh berlama-lama di sini. Trip lain akan masuk ke sini. Jadi kami kena cepat-cepat keluar.


Jom masuk ke Taman Evolusi pula.





Ada macam-macam tumbuhan seperti sayur-sayuran dan herba.

Anggur Brazil?

Yang hitam itu sudah masak. Manis!

Jom keluar.

Lalu kebun buah tapi tak singgah! Kami dimaklumkan boleh petik buah rambutan di sini tapi sudah di depan mata, gerabak keretapi terus berjalan!

Jadi, pandang-pandang sajalah pokok buah-buahan yang ada di situ.



Ini sahajalah cerita kami pada tengahari yang terik itu.
Perut pun dah lama menyanyi. 
Jom cepat-cepat keluar dari sini, cari tempat makan sebelum perut masuk angin.

Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

3 ulasan:

  1. Cantik taman pertanian sabah ni. Macam macam ada. Kawasan pun luas. Okaylah dapat tengok in real tumbuhan mana yang tak pernah tengok lagi.

    BalasPadam
  2. Kalau macam ada pelajar diploma Agroteknologi yang mahu LI di sini adakah diterima atau tidak? Pelajar pertanian?

    BalasPadam