Pages

Rabu, 30 September 2020

Buah Bundu @ Belunu @ Binjai, Bambangan & Durian Merah

Catatan perjalanan terakhir Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang - Lahad Datu. Dalam perjalanan dari Sabah Tea ke Telupid, kami singgah di gerai buah-buahan di tepi jalan.

Sempat beli buah bundu (sebutan dalam bahasa Dusun) atau belunu. Biasanya kita sebut binjai.Harganya RM8.00 sekilogram.

Bau buah bundu @ belunu ini memang sama dengan buah binjai. Pada mulanya Amie sangkakan rasanya lebih masam dari manis, tetapi rupanya lebih manis dari rasa masam pula! Pada mulanya nak buat sambal tetapi disebabkan rasanya yang sedap lemak manis, akhirnya Amie makan begitu saja! Apabila Amie tanya Pak Google, rupanya bundu @ belunu @ binjai di Sabah memang rasanya lebih manis berbanding binjai kita di Malaya.

Oleh kerana sudah beli buah bambangan di Tenom, jadi pandang sahaja buah bambangan di sini. Harga buah bambangan di gerai ini lebih murah berbanding harga buah bambangan di Kundasang.



 Encik Suami beli buah cempedak.

Buah durian dari pasar malam Keningau masih ada beberapa biji di dalam bonet kereta. Jadi, tidaklah kami menambah lagi.



Beli juga buah manggis.

Kemudian kami meneruskan perjalanan dan sekiranya ada gerai durian merah, kami akan singgah.

Kami singgah di sebuah gerai durian merah. Nampaknya durian merah baru sampai, dan banyak yang belum merekah. Untuk membeli durian merah, sebaiknya beli yang sudah merekah sebab isinya sudah matang atau masak seperti gambar di bawah.

Harga sekilogram durian merah ini RM30.00. Kami beli longgok yang harga Rm30 dan Rm45. Tak banyak pun isinya bila dibuat sambal. 

Ini gambar durian merah dari entri yang lepas.


Isi durian merah ini cantik.
Rasanya tidak manis seperti durian biasa, lemak-lemak gitu.
Tidak ada bau durian.
Biasanya dibuat sambal.

Entri berkaitan perjalanan Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom - Kundasang:

15 ulasan:

  1. saya tak pernah rasa lagi durian isi merah tu, harap ada rezeki untuk rasa nanti hehe

    BalasPadam
  2. menariknya durian merah tu, teringin nak rasa...

    BalasPadam
  3. Sedapnya buah-buahan tempatan. Tak pernah lagi rasa durian merah tu. Nampak sedap

    BalasPadam
  4. Ye tmpt CH panggil binjai.. sedap buat sambal 😋

    BalasPadam
  5. binjai tu sini memang masam macam apa kak... tak boleh bawak bincang... durian merah tu tak rasa manis yek, pttla ada kawn dari sabah tak reti makan durian biasa sebab bau kuat... dia biasa makan durian merah katanya

    BalasPadam
  6. Syaz Rahim,
    durian merah ni hanya ada rasa lemak tanpa bau. Boleh dibuat sambal. Saya biasa masak dengan nasi goreng dan mee hoon goreng sebab nakwarnanya yang merah tu.

    BalasPadam
  7. Nohas,
    dulu orang panggil durian hutan, ada yang panggil durian nisa, dan durian hantu. Setakat ini hanya ada di Borneo khususnya Sabah, Sarawak dan Brunei dan juga di Kalimantan.

    BalasPadam
  8. Eina Md Ali,
    datanglah ke Borneo, kalau musim durian biasa tu, adalah durian merah berbuah.

    BalasPadam
  9. CH,
    ye betul buah binjai, cuma bezanya binjai Sabah lebih manis pula.

    BalasPadam
  10. Norhidana,
    kan... memang binjai Malaya agak masam, dan memang selalu jumpa yang masam pun. Itulah hairan, binjai Sabah manis pulak! Lain kali kalau jumpa nak beli lebih, nak makan gitu jew. Sedap!

    BalasPadam
  11. Warisan petani,
    musim buah di sini selepas penghujung musim buah di Malaya Wak. Sekarang sudah sampai ke penghujungnya.

    BalasPadam
  12. Cantik warna buah durian merah tu. Tak pernah makan buah Bundu @Belunu @Binjai, Bambangan & Durian Merah tu kak

    BalasPadam
  13. Azhafizah,
    Buah belunu tu memang saya tak berapa nak makan kalu jumpa di Malaya srbsb masam. Buat sambal jew. Belunu di Sabah ni manislah pulak!

    BalasPadam
  14. Wahhhh...
    Nak tengok buah binjai/ belunu tapi dah sampai sini....merata pula berjalannya ke sana....sini....macam lawatan ke Sabah pulak

    BalasPadam