15 Disember 2018
8:30 pagi.
Kam tiba dengan menggunakan perkhidmatan GRAB di depan pintu pagar.
Maka bermulalah langkah pertama pertengahan Disember ini, dengan mengheret bagasi berisi pakaian dan kelengkapan diri, cukup untuk 7 hari perjalanan.
15 Disember 2018 - dari Lahad Datu ke Kuala Lumpur.
16 - 21 Disember 2018 - dari Kuala Lumpur ke China 4 Wilayah.
21 Disember 2018 - dari Kuala Lumpur - Tawau - Lahad Datu.
Terima kasih buat Encik Suami dan anak-anak yang sangat memahami minat ibunya yang satu ini. Tinggallah dulu buat beberapa hari sementara kami jalan-jalan melihat negara orang.
Isi dahulu perut yang kosong dengan semangkuk mee hoon sup di salah sebuah kafe di lapangan terbang.
Penerbangan yang dijangkan pada pukul 2:20 terpaksa ditunda sehingga pukul 3:35 petang.
Alhamdulillah, selamat mendarat di KLIA2 pada pukul 6:30 petang.
Selepas mengambil bagasi, kami menyeretnya menuju ke tempat makan di Quizzin by Rasa.
Isi perut dengan bibimbap, dan sebotol jus tembikai.
Seperti biasa, membawa diri ke surau.
Tunaikan solat jamak takhir dan berehat seketika sementara menunggu pukul 3 pagi untuk berkumpul di balai pelepasan.
Pukul 2:30 pagi, bertemu dengan gang kaki jalan. Tak lain tak bukan Salawati dan Dayah dan bertambah seorang lagi ahli iaitu Kak Azizan. Mereka bertolak ke KLIA2 dengan menaiki bas dari Teluk Intan seawal pukul 9:30 malam.
Setelah selesai urusan daftar masuk dan pembahagian kumpulan, kami bergambar kenangan bersama semua peserta trip ke China 4 Wilayah 16-21 Disember 2018. Kesemuanya berjumlah 37 orang termasuk tour leader. Dan kemudian bergerak menuju ke pintu pelepasa. Penerbangan dijadualkan pada pukul 6:10 pagi. Kami mengambil wuduk terlebih dahulu, dan akan menunaikan solat Subuh di dalam kapal terbang.
Alhamdulillah.
Kapal terbang mula meninggalkan Lapangan Terbang Kuala Lumpur.
Kami dihidangkan dengan Nasi Lemak Pak Nassier. Terima kasih NUSATRAVEL sebab memasukkan sekali sarapan pagi di dalam pakej.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.
Mungkin ketika itu matahari sudah memancar, jadi elok saja nasi lemak masuk ke dalam perut tanpa banyak ragam....hiks!
Nampaknya masih banyak waktu sementara menanti untuk sampai ke Airport Shenzen. Jadi, setelah puas sembang dengan Kak Azizan yang duduk di sebelah kanan dan Dayah di sebelah kiri (maknanya kita duduk tengah-tengah ler), masing-masing mula melayan mata. Bila terjaga, perjalanan masih jauh lagi. Jadi, tangan pun capai buku dan majalah yang tersedia, belek-belek untuk hilangkan rasa bosan selama 4 jam berada di dalam penerbangan.
Tangkaplah apa-apa gambar yang disukai mata...hiks!
Ketika ini suhu agak sejuk, sekitar 18' Celcius.
Selamat datang ke Shenzhen.
Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan