Pages

Ahad, 23 Disember 2018

Dongmen Street - Window of The World

Apa yang terbayang di fikiran anda bila disebut frasa : Windows of The World?

Jika anda mempunyai banyak masa, bolehlah meneroka Window of The World dan melihat setiap sudut dunia yang dikumpul menjadi satu di sini. Beli toket, dan berkelilinglah sepuas-puasnya. Jangan terkejut kalau anda dapat melihat Angkor Wat di sini. Menara Eiffel dan Menara Condong Pisa juga tidak ketinggalan. Bukan sahaja suasana benua Eropah, bahkan kita dapat menikmati keindahan Niagara Falls dan Grand Canyon nun di Amerika! Wah! Macam pintu ajaib Doraemon pulak ye! Teringin menyaksikan Sphinx dan Piramid? Pun ada di sini. Kan dah kata : Jendela Dunia! Jom kita lawati taman hiburan ini buat seketika. Walaupun tak berkesempatan untuk melihat semuanya, cukuplah sekadar melihat jendelanya saja...hiks!

Suhu yang sejuk, dan matahari yang menyembunyikan diri di balik awan kelabu menjadikan suasana tampak suram ketika menyambut kedatangan kami. Kabus yang menyelubungi alam menyekat jarak penglihatan.

Sumber : WhatsApp Group

Lebih kurang pukul 11 pagi, kami memulakan perjalanan dari Airport Shenzen dengan menaiki bas melewati Dongmen Street. 

 Beginilah suasana di sepanjang perjalanan menuju kle Window of The World.



 Menuju ke pintu masuk Window of The World.











Rombongan kami sekadar mengambil gambar kenangan sahaja di sini.

Sumber : WhatsApp Group





 Shenzen masih lagi kelam dan suram!
Dan dingin juga!


Kita tinggalkan Window of The World dan seribu satu macam keindahan dunia serta kedinginannya.

 Kembali ke dunia realiti, dengan menyaksikan kesibukan lalu lintas menerusi jendela bas.

 Serta menyaksikan bangunan yang tinggi di sana sini.

Menjelang tengahari  tanpa matahari, akhirnya bas berhenti di hadapan Hotel Muslim yang terletak di 2013 Wenjin S Rd, Luohu Qu, Shenzhen Shi, Guangdong Sheng, China.


Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:

Shopping Kain di Hai Yin Textile


Tiada ulasan:

Catat Ulasan