Pages

Rabu, 26 Disember 2018

Taihua Living House (Bamboo Charcoal)

Memang betul tekaan kami. Kalau Peter asyik menyebut buluh, memang ke kilang buluhlah kami dibawa. Sama seperti sewaktu hari kedua, asyik disebutnya tilam bantal, akhirnya kami dibawa ke kilang bantal Celestial. Dan bila asyik disebut tentang perubatan tradisional Tibet, dibawanya pula kami ke pusat perubatan tersebut. Kilang buluh yang dimaksudkan bukan kilang perabut daripada buluh seperti kerusi meja dan yang sewaktu dengannya, tetapi produk yang diperbuat daripada buluh untuk kegunaan harian seperti tuala, pakaian, seluar dalam, kasut dan sebagainya.

Dan seperti sebelumnya, sama halnya dengan cerita di kilang bantal dan pusat perubatan Tibet, kami dibawa ke sebuah bilik khas untuk diberi penerangan, dan menyaksikan demontrasi penggunaan barangan yang berasaskan buluh. Kemudian kami pun dipersilakan dengan segala hormatnya untuk melihat dan membeli barangan mereka.


Mata kita tertarik dengan kasut di sini. Jadi kita pun beli kasut. Syukurlah, kasut yang dibeli keesokannya terus dipakai dan rasa sangat selesa dan ringan walaupun terbang 268 yuen. Mata wang kita kira-kira RM160.80 sen.

Walaupun orang kata kena paksa rela beli, tapi untuk kasut  begini memang Amie akan cari lagi! Best!

 Baju T pun boleh tahan juga harganya!

Huurrrmmm... bila dah mula rasa bosan mulalah gatal tangan menekan HP untum ambil gambar.






















 Wokey!
Masa untuk membeli-belah di Taihua Living House sudah tamat.
Di sini, Amie habiskan 726 yuen...huhuuuuuu!
Beli apa?
Apa-apalah yang berkenan di hati.
Nanti kalau tak beli, terkenang-kenang pulak!
Lebih teruk, rasa terkilan pulak iye!
Baiklah beli.


Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan