Pages

Selasa, 25 Disember 2018

Makan Tengah Hari di Restoran Halal & Solat Jamak Taqdim

Selepas naik gunung tentulah banyak tenaga dihabiskan. Jadi, perut pun terasa lapar bukan kepalang. Tiba di sebuah restoran, kami disajikan dengan lauk pauk yang masih panas. Selesai makan, terus sambung jalan kaki ke masjid. Lupa nak tangkap nama restoran, dan lupa nak tanya nama masjid. Jadi, tajuk entri kali ini: Makan Tengahari di Restoran Halal & Solat Jamak Taqdim.

Lauk-pauk yang dihidang panas satu-persatu.

 Ayam masak dengan cendawan telinga kera dan daun leek.

 Sup seaweed dengan telur.

 Tak tahu apa nama sayur ini.

 Sayur terung.

 Saderi dengan daging.

 Kacang manis dengan daging.

 Tak sempat ambil gambar, lauk-pauk segera beralih tangan.

Sampai giliran kita, nasi pulak habis. Tak apa. Boleh ratah lauk-pauk sementara nasi tambah sampai.

 Seronok tengok jiran sebelah riang gembira menikmati hidangan tengahari.

 Datang lagi sejenis lauk, sayur hijau.

 Kemudian kami solat jamak di sebuah masjid berhampiran.

Masjid ini agak usang, dan ketika melangkah ke dalam terdapat lubang-lubang dan papan pecah. Sebahagiannya ditutup dengan karpet.




 Ini sahajalah rujukan untuk mengetahui nama masjid tersebut. 


Sayur-sayuran ditanam di sekitar masjid.

 Gerbang masjid.



Sempat bergambar dengan salah seorang wanita Muslim dan anak lelakinya di pintu gerbang masjid sebelum kami melangkah keluar.




Ketika bas mula bergerak, Peter memberitahu di sebelah kanan kami ialah tanaman sayuran milik restoran tempat kami makan tengahari. Sayur-sayuran segar dari ladang tanpa baja kimia, manakala ayamnya pula adalah ayam peliharaan sendiri.
Huurrrmmm... ada 5 jenis hidangan sayur semuanya!
Memang amalan gaya hidup sihat!

 Ke mana pula selepas ini?





 Ikut sajalah labu....!
Perut tu sudah penuh berisi.
Eloklah kita bakar kalori dengan berjalan kaki!

 Nampaknya Guilin yang sejuk, redup dan suram sudah kembali bercahaya!

 Sinar matahari ada di mana-mana.
Buah limau pun ada di mana-mana!


Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:

2 ulasan:

  1. Asalam Puan..Subahanallah..hebatnya percutian. Memang bezakan budaya tiap negara ni..ada ja yang lebih tarikan menarik sekali

    BalasPadam
  2. Etuza,
    waalaikumussalam,
    Alhamdulillah, izin dari-Nya dapat menambah pengalaman di negara orang.

    BalasPadam