Pages

Isnin, 24 Disember 2018

Makan Malam di Endian Halal Restaurant

Sekali lagi kami berpeluang untuk menikmati hidangan di Endian Halal Restaurat setelah mengunjunginya buat pertama kali sewaktu makan tengahari. 

Kali ini kami berpeluang bergambar bersama isteri pemilik restauran.

Dan sudah tentunya kami mencapai dahulu mantou goreng yang panas!
Oh! Bismillah....

Lauk-pauk yang dihidangkan pada malam itu termasuklah ayam goreng masak sos dengan capsicum.

 Telur dadar tidak ketinggalan. Inilah antara menu yang menjadi rebutan...hiks!

 Cili hijau besar.

 Daging masak dengan cendawan telinga tikus.

 Sayur brokoli tumis dengan lobak merah.

 Kentang goreng berempah.

 Sup kambing biri-biri dengan sayur sawi dan buah goji.

 Daging masak dengan leek.

 Dan ikan masak kukus halia.

Pemilik restoran, siamu isteri dan anak mereka yang asyik menangis...kenapa menangis sayang?

Ramai sungguh pengunjung yang datang menjamu selera di sini, sehingga tiada ruang untuk kami tanda tangan....hiks!


Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:

Shopping Kain di Hai Yin Textile


Tiada ulasan:

Catat Ulasan