Pages

Rabu, 26 Disember 2018

Jalan-Jalan Malam di Yangshuo West Street

Yangshuo West Street memang hidup pada waktu malam.
Sayangnya, dalam tempoh tidak sampai 2 jam, apalah yang dapat kami kongsikan selain serba sedikit gambar dan secebis kenangan mengusik rasa di sini. West Street ini merupakan jalan tertua di Yangshuo dan bagi peminat sejarah sudah pasti tidak akan melepaskan peluang menelusuri sejarah Yangshuo yang berusia 1400 tahun ini.

 Suhu malam itu sejuk-sejuk manja saja.

 Teruja tengok durian!
Teringat pulak tempoyak yang baru dibuat beberapa hari sebelum terbang ke China, nun jauh ditinggalkan di LD.... hiks!







 Murah sungguh harga limau di sini. Hanya 5 yuen selonggok!

Kata Salawati: Kenapa mahal sungguh limau yang kita beli semalam? 1/2 kg pun sudah 5 yuen. Bila Amie perhatikan, ternyata ini bukan jenis golden orange yang kami beli. Limau ini termasuk dalam kategori golden orange yang dipanggil kumquat. Mungkin banyak ahli keluarga golden orange!

Nampak berbeza limau yang kami beli semalam dengan limau yang kami lihat malam ini. Mungkin rasanya pun sedikit berbeza.

 Jom jalan terus tengok benda lain.
Banyak tauhu jeruk, cili jeruk dan sebagainya tersusun di kedai-kedai.


 Nampak bersih dan kemas tanpa sebarang sampah.





















 Akhirnya kami berhenti di sebuah lorong tempat seorang wanita penjual buah limau.

 Sungguh terkejut melihat harga kumquat yang begitu banyak dijual pada harga 10 yuen!

Memandangkan harganya yang begitu murah, teruja pula untuk membelinya. Dayah beli limau mandarin yang juga berharga 10 yuen. Mak...aaaiiii!!! Banyak sungguh limau itu! Dan kami tolong makan sepanjang jalan. Amie hanya berani makan seulas. Maklumlah, beringat-ingat perut tu sangat sensitif kalau makan buah begini!



 Gambar atas : Kumquat
Gambar bawah: Limau mandarin.






Walaupun sudah membeli limau mandarin, tetapi penjual limau menyuruh kami memilih apa sahaja limau yang ada di situ untuk dimakan.

 Pekerja pembersihan cekap melakukan tugasnya, menyapu sampah yang ada. 

Nampaknya malam itu kami tidak berpeluang menikmati golden orange yang sejenis ini. Ia bagak berbeza dengan rasa llimau yang lain, walaupun dimakan bersama kulitnya tetapi sedikitpun tidak ada rasa getir. Dan sehinggalah hari terakhir, tidak sebiji pun kami temui lagi!

Kami jalan-jalan lagi.
Tangkap gambar mana yang berkenan termasuklah udang kering.
Agaknya inilah jenis udang kering yang ditabur di atas sup seaweed yang kami makan sebelum daftar masuk ke hotel.

 Ikan bilis ini nampak beza dengan bentuk ikan bilis yang selalu Amie nampak.


 Setelah berjalan keliling, kami bertembung semula dengan wanita penjual limau tadi!

Walaupun tidak faham bahasa di antara satu sama lain, tetapi wanita ini berjaya menjalin hubungan di antara kami. Diraihkanya buah limau dengan kedua belah tangannya dan dimintanya Salawati mengambilnya.

Kemudian tangannya menunjuk-nunjuk ke arah kami satu persatu seolah-olah berkata : Makanlah sama-sama. Kemudian kami bergambar bersama. Selepas itu diraihkanya lagi buah limau dan diserahkan penuh dua genggam kepada Kak Azizan, Dayah dan bujang Salawati.


 Kami saling tertawa dan bercakap menggunakan bahasa masing-masing.

 Kami tinggalkan wanita itu sambil mengucapkan: Moga jualan  nyonya terus laris.
Terima kasih nyonya.

 Kedai-kedai perniagaan masih dibuka.


 Kami sempat melihat dan memilih kasut di situ.

Rambang mata kami melihat pelbagai bentuk kasut dan harganua pula memang mampu beli!

 Sibuklah pemilik kedai kasut melayan kami. Cuba kasut itu. Cuba kasut ini.

Akhirnya kami beli juga.
Salawati dengan 2 pasang kasut yang diminatinya.
Amie dengan kasut idaman yang selalu Amie lihat di FB.

 Dayah pun tidak lepaskan peluang.
Rembat jangan tak rembat.

Sementara menunggu lift terbuka, sempat posing dengan hasil tangkapan masing-masing....ngeeee!

Dan esok paginya, kami terus pakai kasut yang dibeli!


Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan