Pages

Isnin, 24 Disember 2018

Guilin Chongshan Mosque 1735

Guilin Chongshan Mosque merupakan masjid tertua di Guilin dan dibina pada tahun 1735 di bawah pemerintahan Maharaja Yongzheng.

Bahagianya kembara ini!
Allah beri kesempatan untuk sujud di rumah-Nya.
Selesai solat jamak taqdim dan  memuji kebesaran-Nya, dapat pula beramah mesra dengan saudara seagama.

 Suasana di dalam masjid yang berusia 2018-1735 : 283 tahun!

 Tabir yang memisahkan ruang solat antara lelaki dan wanita.

 Kerusi-kerusi kayu yang digunakan sebagai tempat belajar al-Quran.






5 kebaikan yang akan diperoleh dalam pengembaraan, menurut Imam Shafie Rahimahullah:
  • Jika dia memerhatikan ciptaan Allah di tempat itu dengan iman, dia akan  memperoleh iman.
  • Jika dia berhajat untuk mencari ilmu, dia akan mendapat ilmu.
  • Jika dia berjalan untuk menimba pengalaman, dia akan mendapat pengalaman. Melalui pengalaman, dia mendapat asas hikmah.
  • Jika dia bermusafir untuk mencari kenalan, dia akan mendapat kawan.
  • Jika dia mencari peluang untuk berniaga, dia akan mendapat rezeki.

Semoga kita akan mendapat sebahagian daripada 5 perkara yang disebutkan itu.

Pemandangan di luar kawasan masjid, menuju ke jalan besar.
Basikal dan motosikal sentiasa tersusun, dan tiada sebarang sampah hatta sehelai daun pun di atas jalan raya.







 Ketika ini, walaupun suhu agak dingin tetapi matahari sudah memancarkan cahayanya!
Sejuk-sejuk Guilin!


Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan