Pages

Isnin, 31 Disember 2018

Guangyong Lido Hotel Guangzhou

Malam terakhir!
Kami bermalam di Guangyong Lido Hotel Guangzhou di 182 Beijing Rd, BeiJingLu, Yuexiu Qu, Guangzhou Shi, Guangdong Sheng, China, 510000.

Kami ditempatkan di tingkat 28.
Dan esok pagi akan bersarapan di tingkat 30.


Memang rasa seronok sangat percutian kami kali ini. Walaupun terasa agak meletihkan terutama di sebelah malam tetapi rasa sangat berpuas hati dengan semua aktiviti yang telah di atur.


Masuk ke bilik sekadar melepas lelah, membersihkan diri dan solat. Kemudian bersedia untuk kembara yang seterusnya. Memang begitulah rutinnya.

Minuman yang disediakan pun tidak sempat disentuh, tetapi memang teguk habis mineral water!



Sebelum melelapkan mata, sempat belek-belek beberapa muka surat isi kandungan Guangzhou Impression Travel Brochure.

Nampaknya, memang banyaklah tempat yang tak terjangkau oleh kaki untuk menjejakinya! Selama ini hanya mendengar tentang "China' dari kaca mata orang lain, tetapi kali ini setelah menjejakkan ke sebahagian kecil wilayah China, barulah terbuka sedikit mata.... ahhhaaaaaa Salawati, jangan lupa gosok-gosok mata ye!






Selamat pagi Ris, Ain, Yani & Siti.
Hari ini Khamis, 20 Disember 2018.
Hari terakhir kembara kita di sini.
Malam nanti kita akan terbang balik sarang....ngeeee!
Jom sarapan.


Seperti biasa, makan sebiji telur rebus dan jagung rebus (kukus), dan mencicipi beberapa jenis kuih yang diperbuat daripada tepung mulut serta rasanya pula manis-manis manja saja.

Selepas bersarapan, lebih kurang pukul 7:30 pagi, sempat ambil gambar pemandangan luar dari tingkap hotel.

Nampaknya suasana sekitar masih diselubungi kabus, walaupun sepatutnya matahari sudah memancarkan sinarnya. Mungkinkah mendung atau mungkin suhu masih dingin?

Pagi itu, kami seret beg besar, dan terus menaiki bas menuju ke kedai jade.





Jom, teruskan perjalanan.

Entri berkaitan travelogue ke China 4 Wilayah:


1 ulasan: