Pages

Selasa, 3 Disember 2019

Shopping di Toko Indah Bordir Sidoarjo

Bas berhenti di hadapan kedai pakaian. Indah Bordir. 
Kam masih lena.
Harap malam nanti, hilang mabuknya.
Kami turun dari bas dan memasuki pintu Indah Bordir.

 Amacam?
Terpesona tak?

Jom kita cuci-cuci mata.











Seronok betul berada di sini. Tengok kiri kanan depan belakang semuanya menarik perhatian. Boleh duduk-duduk saja sambil memilih kain yang disukai.


Kredit : NTC


 Kredit : NTC (WhatsAap)

Di sini Salawati sempat tanya:
Mana pergi masa di pusat kerajinan kulit tu? Tak nampak pun.
Urus perut... hahaaaa!
Tiba-tiba perut memulas! Adedeeeeehhhh... dia datang lagi!
Tie, jom kita cari toilet!

Alhamdulillah.
Memang sudah tersedia kamar kecil yang bersih dan selesa untuk pengunjung toko ini.
Siap kena buka kasut tau.


Setelah keluar dari kamar kecil, Amie teringat Kam yang masih tidur di dalam bas. Kesian pula Kam tak dapat sama-sama shopping kain di sini. Amie terserempak dengan Farid dan berbincang tentang Kam dengannya. Katanya, dia akan telefon Pak Herman, dan menyuruh Pak Herman menghantar pesan kepada Kam.
Sehingga naik ke dalam bas semula, Kam kelihatan masih tidur. Malamnya, Amie tanya ada tak Pak Herman kejutkan. Kam kata, ada seseorang mendekatinya tapi tidak mengejutkannya. Mungkin ketika itu Kam sedang tidur. Tak apalah, kemudian nanti ada juga tempat shopping akan kami singgah.
















Ketika duduk di dalam bas, sambil merenung beg kertas berisi kain yang dibeli, terlintas di dalam hati: Betapa nakalnya perutku hari ini. Dia mempengaruhi moodku sepanjang hari! Huhuhuuu... dan segala yang cantik-cantik di dalam Toko Indah Bordir tidak terlihat sepenuhnya oleh pandangan mata! Pandai pula menyalahkan air kelapa muda yang diteguk semasa berada di Pusat Kerajinan Kulit Sidoarjo. Padahal yang salah diri sendiri...ngeeee!
Oh! Perut... cepatlah berakhir derita bersamamu!
Entri berkaitan Trip Surabaya:




2 ulasan:

  1. Teringat shopping kat sini dulu terus je bersila atas carpet sambil membentang kain mencari kain ela yang cantik. huhuhu bila nak pergi lagi ni.

    BalasPadam
  2. Gimana caranya saya bisa beli gamis birdir secara online ya

    BalasPadam