Ketika Farid menerangkan tempat lawatan seterusnya, telinga ini antara dengar dengan tidak saja menadah info yang diberikan, kerana otak memberi tumpuan memujuk perut yang bergelodak! Apa yang sempat Amie dengar ialah tentang 14 buah kampung yang tenggelam ditelan bumi dalam tragedi lumpur Lapindo.
Menurut Farid, punca kejadian masih lagi dipertikaikan kerana sebahagiannya ada yang mengatakan disebabkan oleh alam semula jadi dan satu lagi dikatakan berpunca dari kesilapan aktiviti pengeboran gas oleh sebuah syarikat. Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah tanya Pak Google ye.
Untuk pertama kalinya, kejadian letusan ini berlaku pada 29 Mei 2006, iaitu 13 tahun yang lalu, di Banjarpanji, Porong Sidoarjo.
Tapak Lumpur Lapindo yang menenggelamkan 14 buah kampung termasuk sekolah, kilang dan rumah-rumah, kini dijadikan tempat lawatan untuk pelancong.
Amie sekadar ambil gambar sahaja di bahagian bawah, sementara yang lain menapak anak tangga menuju ke bahagian atas untuk melihat kesan lumpur tersebut.
Amie naik semula ke dalam bas, dan melihat Kam masih tidur. Tiba-tiba Amie buat perbandingan pula. Lebih baik mabuk daripada perut meragam....huhuhuuuu! Sambil menarik nafas dalam-dalam, perut diusap perlahan, memujuk supaya bersabar! Amie berdiri di tangga bas, berbual-bual dengan Pak Herman tentang lumpur Lapindo.
Matilah semua penduduk 14 kampung yang tenggelam itu Pak?
Tidak, jawab Pak Herman.
Menurut Pak Herman, 14 buah kampung yang tenggelam itu tidaklah tenggelam sekaligus. Oh.... barulah Amie faham. Kejadian tersebut berlaku perlahan-lahan, bermula dengan penduduk kampung terlihat kepulan gas keluar dari tempat penggalian gas. Wah! Terkejut Amie dengar. Gas pun boleh dilihat Pak?
Iya. Nampak gas keluar, jelas Pak Herman.
Ada terowong penggerudian gas di bawah tanah. Sedikit demi sedikit rumah, sekolah dan kilang-kilang ditenggelami lumpur yang menyembur keluar dari perut bumi.
Penduduk sempat menyelamatkan diri kerana semburan lumpur panas tersebut berlaku sedikit demi sedikit selama 4 bulan sehingga menenggelamkan 14 buah kampung! Mereka terpaksa berpindah ke tempat lain untuk meneruskan kehidupan.
Terima kasih Pak Herman.
Sungguh tragis!
Dan perut pun seakan-akan tenang mendengar cerita Pak Herman.
Kredit: NTC
Tak dapat naik ke atas, tapi dapat kongsi gambar dari ahli trip Surabaya. Di belakang sana, kesan tragedi Lumpur Lapindo, nampak lapang bagaikan padang jarak padang tekukur. Di balik lumpur yang mengering dan berketak-ketak itu, tertimbus 14 buah kampung dengan segala isinya termasuk rumah, sawah, binatang ternakan, sekolah, kilang, masjid dan segalanya!
Kredit: Wikipedia
Inilah serba sedikit perkongsian di tempat lawatan Lumpur Lapindo yang telah mengorbankan segala harta benda, jalan perhubungan, tempat tinggal dan mata pencarian 45 ribu penduduk kampung. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka untuk meneruskan kehidupan yang sememangnya tidak mudah.
Aneh!
Seolah-olah perut sudah pulih!
Alhamdulillah.
Seribu syukur kepada-Mu ya Allah.
Entri berkaitan Trip Surabaya:
|
tragisnya kisah ni ye kak... nampak macam takde apa dah lumpur tu ya...
BalasPadambetapa kat dunia ni takde apa yang mustahil... terus dana google pasal tragedi nih
Norhidana,
BalasPadamsedih dengar kisah ini... kesian penduduk 14 buah kampung, hilang tempat tinggal, hilang mata pencarian, namun syukurlah tak hilang nyawa.