Masih di Kabupaten Sidoarjo.
Bermakna masih sempat mencicipi kuliner atau hasil masakan Sidoarjo.
Dan untuk makan malam kami, sudah tersedia sajian di Lesehan Joyo. Rumah makan atau restoran ini sangat luas. Kami dibawa ke bahagian dalam, tempat khas untuk rombongan kami.
Malam itu, hanya beberapa suap sahaja masuk ke mulut. Kam sudah pulih dari mabuk, dan nampak berselera menikmati makan malam. Barangkali perutnya juga sudah bersih dari segala gangguan, dan tidak lagi minta dikeluarkan!
Perut kita pun rasa macam okay, tapi perlu berhati-hati juga.
Syukurlah, malam itu tidak ada sebarang pesanan untuk jus buah dan hanya disediakan teh jamine hangat.
Sudah sedia maklum, saiz ayam di Indonesia kecil sahaja. Jadi, setiap kali hidangan disajikan, seekor ayam diletak di atas pinggan. Adakalanya terjumpa kepala ayam dan kakinya sekali. Setakat ini Amie tak jumpa sebab tak sentuh ayam kerana banyak pilihan lauk lain seperti ikan, sup dan sayur-sayuran serta ulam.
Disebabkan posisi ayam goreng nan seekor ini begini, jadi tak tahu nak tembak dari sudut mana.... ahaksss..aaahaaakss!
Kenangan lucu bersama ayam goreng kremes sekor-sekor duduk atas pinggan.
Hidangan dilengkapi dengan sayur campur dan juga sup sayur.
Ada mee goreng juga.
Ulam timun dan daun kemangi cecah sambal.
Ikan masak masam manis.
Dan pencuci mulut, honeydew serta tembikai.
Selamat menjamu selera.
Bismillah.
Kredit: NTC
Selepas makan malam, kami menuju ke Probolinggo pula untuk ke tempat penginapan, dan dijangka dalam 2 jam perjalanan menaiki bas.
Entri berkaitan Trip Surabaya:
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan