Pages

Isnin, 2 Disember 2019

Pusat Kerajinan Kulit Tanggulangin

Bas berhenti di hadapan Pusat Kerajinan Kulit Tanggulangin Sidoarjo. Masing-masing tidak sabar untuk melihat  apa yang ada di dalamnya. Kam masih tidur. Moga mabuknya akan segera pulih.

Ketika yang lain berpusu-pusu masuk ke gudang barangan kulit, Amie dekati Farid. Mencari kamar kecil. Oh! Kamar kecil ada di seberang sana, berhampiran dengan bas kami. Ketika itu, tidak ada wang kecil kerana semuanya bentuk matawang 500IDR. Belum sekeping pun digunakan untuk membeli sesuatu. Farid hulurkan 2IDR, dan katanya tidak usah dikembalikan. Terus pecut meluru ke kamar kecil!
Adeeehhhh!
Maaf!
Tak best langsung baca entri Amie kali ini ye... kisah kamar kecil pula!
Heheheee... ambillah iktibar! Kalau dah tahu ragam perut tu, berhati-hatilah bila berjalan jauh. Selepas hari pertama ini, Amie taubat, janji pada diri jangan minum jus buah lagi! Apa-apapun jenis buah!

 Selesai menguruskan perut, Amie masuk ke gedung...eh gedung ke gudang?

 Kredit : NTC (WhatsAap Group)


 Setelah sekali pusing, Amie keluar semula.

Amie masuk ke dalam bas. Sempat melihat Kam yang kelihatan lena tidur. Amie duduk di bahagian belakang. Tiba-tiba perut meragam lagi, sampai terpejam-pejam mata menahan! Mana nak cari duit 2IDR lagi ni? Tebalkan muka, tanya pada peserta yang duduk di bahagian hadapan, kalau-kalau ada 2IDR. Kebetulannya, mereka mentua dan menantu. Masing-masing hulur siling 1IDR. Amie pun terus lari semula ke kamar kecil!
Alamak... selama beberapa hari bersama, bertegur sapa dan bergurau senda, bolehnya terlupa nak ingat nama!
Tepuk dahi sendiri!
Ini bukan masalah lain, selain faktor usia yang semakin bersinar emas! Sering lupa itu tanda usia semakin tua!
Jika mereka baca entri ini, Amie ucapkan jutaan terima kasih di atas pertolongan yang diberi!

Keluar dari kamar kecil, ada beberapa orang peserta lain sedang mundar-mandir di luar bas. Amie ajak mereka duduk di warung.





Menyangkakan perut sudah pulih dari meragam, Amie pun ikut serta minum air kelapa muda, dan kemudian naik semula ke dalam bas. 


Sempat mencicipi kerepek halia.


 Habis isi air sebiji kelapa Amie sedut!

Sementara menunggu bas bergerak, dan rakan-rakan yang masih menikmati air kelapa, tiba-tiba perut meragam lagi.....
Uwaaaaaa! 
Kenapa minum air kelapa!
Kan... taubat sambal belacan saja ni rupanya!
Ya Allah!
Tak mahu beg tangan.
Tak mahu kasut!
Tak mahu barangan kulit!
Yang Amie mahu, perut pulih seperti sediakala!

Entri berkaitan Trip Surabaya:




3 ulasan:

  1. Allah kesian k.amie..mesti mood terus hilang tu..cepat update nxt story kak..x zabarr nk membaca hihii

    BalasPadam
  2. pusat kerajinan kulit tu kedai kulit ye kak? aduhai

    harapnya sekarang dah ok perut akak tu, dana kalau nk berjalan ke mana-mana memang jaga makan betul-betul risau susah nk jumpa toilet, dan risau lak bila ada toilet awam tapi kotor tak terjadi lagi lah fobia...

    BalasPadam
  3. Zila,
    memang mood terus ke laut hihiiiii tapi esoknya ok.

    Norhidana,
    itulah cabarannya kan kalau jalan2.

    BalasPadam