Selepas menjamu selera di Warung Podojoyo, bas bergerak menuju ke Masjid Agung Sidoarjo. Kami akan menunaikan solat jamak di sini.
Masjid Agung Sidoarjo merupakan masjid terbesar di Kabupaten Sidoarjo, dan terletak di Jalan Sultan Agung.
Antara pemandangan di hadapan masjid, di seberang jalan.
Kam masih berada di dalam bas. Kami nasihatinya supaya berehat sahaja.
Ketika bas meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, jus sirsak terus bergaduh dengan nasi dan lauk-pauk di dalam perut! Ya Allah! Sesungguhnya inilah saat yang paling membuat kuderita! Sepatutnya boleh qadha' hajat di tandas masjid, tetapi ruang mengambil air sembahyang dan ruangan ke tandas dipenuhi dengan air bertakung setinggi buku lali! Nak buat macaman...huhuhuuuu!
Maka, kulayani perut, kupujuk-pujuk supaya bersabar sambil mengambil gambar-gambar di luar!
Sudah tahu pantang perut terima jus buah, tapi ngada-ngada nak minum juga!
Entri berkaitan Trip Surabaya:
|
Alahaiiiiiii time travel kalau perut meragam yang susah. Mesti jus sirsak tu samseng kampung dusun sampai nak bergaduh dengan makanan yang lain. hehehe. Kesian kawan yang mabuk tu. Mesti tak selesa.
BalasPadamNotie,
BalasPadamhahaaaa... samseng punya jus sirsak ye kihkihkihhhh!
Kalau jalan2 jauh, saya minum jus buah waktu malam, tapi ni dah teringin sangat, terus teguk waktu lunch. Itulah akibatnya.