Pages

Isnin, 2 Disember 2019

Makan Tengah Hari di Wardoyo (Warung Podojoyo)

Tempat pertama yang akan kami singgah sudah tentunya rumah makan. Maklumlah, waktu itu sudah tiba masa untuk makan tegahari. Bagaimanapun, perjalanan perlu diteruskan selama satu jam lagi. Sepanjang jalan, Farid menerangkan tentang asal-usul nama Surabaya, tentang penduduknya, pekerjaan dan tidak ketinggalan tentang budaya hidup termasuk makanannya. Di sebelah kanan jalan, terbentang sawah luas menghijau, itulah Surabaya, dan di sebelah kiri jalan pula Sidoarjo.
Sidoarjo ialah kabupaten di Provinsi Jawa Timur, bersempadan dengan Kota Surabaya dan Kabupaten Gresik di bahagian utara, Selat Madura di timurnya, Kabupaten Pasuruan di selatannya dan Kabupaten Mojokerto di sebelah baratnya.
Walaupun datang berkunjung ke Surabaya, tetapi kami dapat menikmati masakan dari kuliner Sidoarjo di Warong Podojoyo.


Kredit : NTC  (WhatsAap Group)

Kasihan Kam.
Entah apa yang masuk angin. Perutnya atau kepalanya. Sebaik turun dari perut pesawat, terus rasa tak selesa sehinggalah masuk ke perut bas pula. Selepas melewati pemeriksaan imigresen, terus terduduk sambil memegang plastik ditekup ke mulutnya. 

Inilah antara hidangan tengahari yang disajikan di Warung Podojoyo yang terletak di  No.1, Jalan Raya Taman Pinang Indah Blok BB1, Banjarbendo, Kec. Sidoarjo, Kabupaten Sidoarjo, Jawa Timur 61225, Indonesia.

 Ayam bakar.

 Sayur kangkung.

 Ikan masak masam manis.

 Tauhu goreng. Ada kicap pencecahnya.

 Sup daging / tulang. Sedap kuahnya bila dimakan dengan nasi. Nasi pun sedap, melekit.

Ikan bandeng goreng. Orang Malaya panggil ikan susu. Orang Sabah panggil ikan bolu. Orang Filipina panggil ikan bangos. Orang putih panggil milkfish. Selain sambal, ada ulam daun kemangi, timun dan kacang panjang.

 Pencuci mulut, hirisan tembikai.


Oh! Tunggu nasi sampai. Kejap lagi kita makan ye.
Mabuk punya pasal, Kam tak boleh makan atau pun minum! Terpaksa berulang-alik ke tandas. Aduhai.... 



 Kredit : NTC (WhatsAap Group)



Jus sirsak!
Kita punya tu. Suka sangat nak hidup jus sirsak @ durian belanda.
Masing-masing boleh memesan segelas jus buah kegemaran.
Jus sirsak nan segelas itu akhirnya menambah 'perisa' kisahku sepanjang petang itu... Wadedeeeehhhhhh!

Entri berkaitan Trip Surabaya:




1 ulasan:

  1. Ayam bakar dia tu macam kurus keding je. hehehehe tapi kerabu taugeh nampak sedap. Saya suka jus anti stress masa di surabaya. emmm rindu jus tersebut.

    BalasPadam