Pages

Isnin, 2 Disember 2019

Jalan-Jalan ke Jawa Timur

Assalamualaikum.
Lama tak sembang di dapur.
Tuan tanah merayap kejap ke negara jiran.
Malam tadi, pukul 10:40 malam baru sampai rumah, dengan menaiki teksi airport.
Pelik juga beza tambang teksi dengan grab! Sewaktu kami naik grab pada tengahari 23 November 2019, Kam kata tambangnya RM187, tetapi bila naik teksi dari airport ke rumah malam tadi, harganya RM150 sahaja!
Hurrmmm... yang penting dah selamat sampai ke rumah masing-masing dan bertemu keluarga. Firdaus tak tidur lagi rupanya. Sanggup tunggu Mommy dia sampai rumah. Dialah yang berlari-lari keluar pagar sambil berkata: Mommy! Daus rindu Mommy!
Aduhai anak!
Dah balik ni, mata tu masih lagi nak melekat....hiks! Tak cukup rehatlah tu.
Nak bayar qadha' tidur yang tertunggak... ahaks! Maklum 9 hari tidur tak menentu waktu , bermula dari hari pertama tinggalkan LDU.
Alhamdulillah, Encik Suami masih beri izin untuk jalan-jalan, dan kali ini berdua dengan Kam dari LDU. Kami terbang dari Tawau ke KLIA2, dan di sana nanti bertemu dengan Dayah dan Salawati serta gang travel yang lain.

Seperti biasa, agak sukar juga untuk memulakan mukadimah. Jadi, tulis sahajalah berpandukan gambar-gambar dalam kamera dan juga gambar-gambar dalam whatsAap yang dikongsi oleh peserta trip Surabaya. 
Lepas solat Zohor, dalam pukul 12:45 kami bergerak dari LDU ke Airport Tawau, dan sementara menunggu waktu untuk daftar bagasi, kami minum dahulu di Jesselton Kopitiam.



Seperti yang dijangkakan, penerbangan kami pun terlewat sedikit dari jadual asal. Kejap diberitahu ke pintu sana, dan kejap diberitahu ke pintu sini. Bengang juga, tapi sebab dah biasa dengan suasana begini, maka bersabar sajalah...

Sampai KLIA2, isi perut dulu dan kemudian kami bergerak menuju ke surau bahagian bawah sekali.



 Kam seronok sangat dapat makan nasi ayam dengan sup panas!
Rasa lebih bertenaga.

Selepas solat jamak, kami berehat sahaja di surau. Mata pun ikut terlelap, dan pukul 4 pagi terjaga untuk menyiapkan diri. Tour leader kami, Encik Naharuddin dari NTC Nahariz Travel Consultant bepesan supaya kami berkumpul pada pukul 6 pagi. Ketika itu, sempat jugalah kami solat Subuh. Penerbangan kami dijadualkan pada pukul 9:25 pagi.

Kredit :  NTC WhatsAap Group 
 Bertemu dengan ahli rombongan seramai 26 orang.


Jom naik pesawat QZ 321 KL - Surabaya.
Amie tidak buat tempahan makanan sebelum penerbangan. Amie dan Kam beli burger KFC sahaja. Kami tidak makan, sebaliknya bawa naik kapal terbang. Bukan apa! Perut tu nak kena jaga, sebab dia suka sangat meragam bila naik kapal terbang.... ahaks!

Siap letak bantal leher, tapi mata tak nak lelap pula.  Bila kapal terbang sudah tinggi di awan, dan matahari memancar terang, perut pun rasa selesa, kita pun makan burger. Itu pun segigit dua saja.  Belek-belek majalah di poket kerusi, tertarik pula dengan inflight food menu yang terpapar. Menu lama pun masih ada. Jom cuci-cuci mata dengan gambar di atas. Roasted chicken with black pepper sauce  yang di atas tu nampak macam menarik. Begitu juga dengan Chef Hong Thaimee's INDP(RED) Burger tu!

Gambar atas dan bawah ini masih menu lama, dan biasa kita nampak kalau naik Air Asia. Ada nasi dengan black pepper beef, chicken teriyaki, dan di bawah ini nasi lemak Pak Nasser dan nasi ayam Uncle Chin yang terkenal itu.

Harga untuk setiap hidangan mengikut kiraan rupiah hanyalah 55,000IDR sahaja.

 
Nasi briyani dengan vegetable curry pun ada.

Ada Nasi Padang Uda Ratman dan juga Nasi Kuning Manado.

 
Nak makan yang ringan-ringan? Bolehlah cicipi double dekker sandwich atau chicken fajita. Ambillah juga gambar salmon ebiko onogiri  yang comel serta chocolate mouse cake dan juga grandma's cowboy cookies.

Kalau tangan tu dah biasa klik butang kamera untuk ambil gambar di dapur, gatal jugalah nak klik gambar makanan dalam kapal terbang...hiks! saja jew layan rasa bosan mata tak mau pejam! Dapat jugalah tambah koleksi gambar classics chocolate brownies dengan pandan layer cake.

Dan tidak ketinggalan bubur kacang dan bubur pulut.
Dah ambil gambar, mengantuklah pula. Kam di sebelah pun dah sampai kayangan.
Makan lagi dua tiga gigit burger KFC. Ada separuh lagi tak habis makan. Ikat bungkusan burger di palang tempat letak lengan di sebelah kanan. Kemudian tertidur seketika. Bila bangun, nak sambung makan burger. Hilang pula bungkusan burger!
Tengok kiri kanan, bawah tempat duduk pun tak ada. Tak semena-mena, isi bantal leher terburai keluar macam buih! Panik juga waktu itu sebab butiran halus menutupi riba dan terus jatuh selonggok di kaki!
Adeeehhhhh!
Minta maaf Air Asia!
Mujurlah peserta trip yang duduk di sebelah Kam redakan perasaan. Katanya, nanti ada cleaner datang vakum! Dihulurkan plastik untuk Amie isi lebihan bantal leher yang masih keluarkan butirannya!
Huurrrmmmm! 
Keluar dari perut pesawat dengan rasa bersalah!
Bantal leher yang tinggal separuh isinya itu, Amie buang dalam tong sampah. Kesian Encik Suami. Kemarin, sebelum berangkat dari LDU ke Tawau, dialah yang kelam - kabut pulang  sehabis bekerja, belikan bantal leher itu.

Masuk toilet di Juanda Airport, keadaannya masih seperti dahulu. Oh! Ya... ini kali kedua Amie berkunjung ke Surabaya. Kalau dahulu Amie teruja melihat gambar di atas yang dilekat di dinding tandas, hari itu Amie masih dapat melihat perkara yang sama. Bagus sangat info begini. Mengingatkan tentang dehidrasi yang sedang kita alami!

 Selamat datang ke Surabaya!
Kami disambut oleh Farid, tour guide sepanjang kami berada di Surabaya.

 Menaiki bas parawisata.

Di dalam bas, kami diberikan kotak berisi karipap saiz besar  dan roti  (tak ingat roti apa).  Inti karipap saiz besar memang boleh tahan rasanya. Sedap! Tapi bukan inti kentang, sebaliknya inti mee hoon dicampur dengan pelbagai sayur seperti hirisan lobak merah, dan isi ayam. Makan sebiji, terus kenyang!

Inilah Farid, tour guide yang sentiasa berusaha untuk menghidupkan suasana. Ada saja lawak lucunya, sehingga kami tak kering gusi.

 Hari pertama kami di Surabaya, bersamaan pada hari Ahad 24 November 2019.


Entri berkaitan Trip Surabaya:


1 ulasan:

  1. wah surabaya....rindu nak pergi lagi. Masih banyak tempat di sana yang belum di terjah. emm entah bila lah dapat pergi lagi

    BalasPadam