Jumpa lagi.
Kali ini cerita tentang petik epal di Malang.
Seperti dijangkakan, kami tiba di Malang menjelang petang menghampiri pukul 5. Cuaca mendung, awan kelihatan kelabu dan alam sekeliling nampak suram. Tetapi apabila bas melalui lorong kecil, di kiri kanannya pohon epal dengan bunga dan buah yang bergayutan, tiba-tiba suasana menjadi ceria!
Haaahhaaa... ajaibkan?
Fenomena alam boleh bertukar wajah dengan perubahan rasa!
Sebenarnya disebabkan rasa teruja itulah hilang segala kelam alam, dan cuaca mendung pun rasa seperti matahari bersinar sepanjang jalan! Ditambah pula setelah berehat dan tidur lebih kurang dua jam dalam bas!
Bas berhenti di suatu tempat, dan kami turun dari perut bas untuk menaiki van kecil yang akan membawa kami ke ladang epal.
Dah masuk ladang epal, bolehlah berguling-guling ikut suka. Nak makan epal, makanlah sepuasnya. Nak tangkap gambar, ambillah sebanyak-banyaknya. Masa yang diberi pun tidak lama, hanya lebih kurang 1 jam sahaja. Pandai-pandailah bawa diri, bawa plastik untuk isi epal yang dipetik dan jangan sesat jalan keluar!
Walaupun kali kedua berada di ladang epal, tapi rasa sungguh teruja. Tak sabar dan bertegur sapa dan bertanya khabar dengan bunga dan buah epal di dalam ladang....hiks!
Apa pun kenalah bersabar mendengar penerangan petugas yang berada di pintu masuk ladang. Antara penerangan yang diberikan termasuklah jenis-jenis epal yang ditanam seperti di bawah ini:
1. Epal Manalagi. Bentuk buahnya bulat dan berwana hijau kekuningan. Mempunyai rasa manis. Epal hijau ini boleh membantu sistem pencernaan dan anti oksidan.
2. Epal Anna. Buahnya berbentuk lonjong dengan warna merah kekuningan. Isinya lembut dan rasanya masam manis. Epal ini sesuai untuk amalan diet seimbang.
3. Epal Granny Smith. Bentuknya lonjong dengan warna hijau dan memiliki rasa yang masam. Mempunyai pori-pori yang besar dan sesuai dijadikan ubat stroke.
4. Epal Rome. Epal ini berwarna hijau kekuningan dengan rasanya yang masam, serta sesuati untuk menurunkan kadar kolestrol dalam badan dan juga sebagai masker wajah.
Syarat memetik buah epal:
Jangan petik buah epal dengan tangkainya sekali kerana tunas epal (bakal buah) ada pada tangkai buah epal.
Sambil petik buah epal, makan buah epal, ambil gambar epal, mari kita kenal-kenal dengan bunga epal. Setiap jenis epal mempunyai warna bunga yang berbeza.
Dah masuk ladang tak tahu nak mula mana satu.
Nak petik?
Nak makan?
Nak ambil gambar?
Wajah-wajah ceria dapat bertemu dengan epal!
Petik banyak-banyak En. Razak.
Hari dah nak senja!
Sat lagi tak nampak dah buah epal tu.
Apa Dayah buat di beakang tu?
Oleh kerana dah tak tau nak posing macamana lagi, ambil sajalah gambar-gambar buah epal yang ada. Biarlah buah epal pula yang beraksi dengan gayanya yang tersendiri.
Sayup-sayup dari pintu pagar ladang epal terdengar suara Linda dan Farid memanggil kami untuk keluar. Kami perlu meneruskan perjalanan. Entah berapa kali laungan suara mereka, tapi kami masih juga di dalam ladang!
Kami yang dimaksudkan itu memang tak lain tak bukanlah orangnya yang berempat tu ..ahaks!
Oppsss! Tiba-tiba terpetik 4 biji epal setangkai!
Salawati.
Salami
Kam.
Dayah.
Tudia... yang empat orang baru keluar ladang!
Yang lain sudah dibawa van menuju ke bas besar.
Tinggallah kami di sini bersama beberapa orang yang lain termasuk tour leader kami Cikgu Nahar, tour guide kami, Farid dan Linda dan beberapa orang lagi.
Sementara menunggu ketibaan van yang akan mengambil kami, sempat lagi posing di senja hari di penjuru ladang epal!
Wokey.... van yang ditunggu sudah sampai.
Kasihan kau nak Farid.
Duduk di tangga van ya nak!
Biarpun letih melayan karenah kami, namun dia tetap memberikan senyuman manis, semanis epal Manalagi!
Entri berkaitan Trip Surabaya:
Perghhh boleh panjat pokok epal tak....bestnya epal banyak berbuah. huhuhu kene repeat lagi ni.
BalasPadamNotie,
BalasPadamsaya rasa mau jew duduk-duduk santai lama di sini sampai puas hihihiiii