Pages

Selasa, 3 Disember 2019

Makan Tengah Hari di Rumah Makan Bromo Asri Probolinggo

Setelah membersihkan diri, berehat seketika dan menunaikan solat jamak, kami bergerak meninggalkan Bromo View Hotel.
Ingatkan bas terus menuju ke Malang, rupanya berhenti di Bromo Asri Rumah Makan untuk makan tengahari. Lupa pula tentang makan tengahari, sebab perut masih kenyang! Maklumlah sarapan agak lewat, iaitu pada pukul 10 lebih sebaik sahaja pulang dari Pasir Berbisik.


Inilah Rumah Makan Bromo Asri yang terletak di Jalan Raya Banjarsari KM.89,2, Banjarsari, Sumberasih, Banjar Selatan, Banjarsari, Kec. Sumberasih, Probolinggo, Jawa Timur 67211, Indonesia.

 Hidangan tengahari sudah tersedia untuk kami nikmati.

Hidangannya agak berbeza dengan yang pernah kami nikmati di Rumah Makan Podojoyo dan juga Lesehan Joyo. Tentu ada beza di antara sajian Sidoarjo dengan Probolinggo. Jom kita lihat seterusnya.

 
 Ini seperti empal gepuk.

 Tempe dan tauhu goreng memang tak pernah tidak ada!


Dan yang lain-lain masakan  yang Amie pun tidak tahu...ngeeee!
Sebab tengahari itu Amie tak makan nasi. 
Perut masih kenyang.

Nampak macam sedapkan?



 Amie hanya makan dua hiris tembikai dengan dua keping keropok.

 Dan minum segelas teh jasmine hangat.


 Amie pesan juga segelas jus sirsak!
Nak cari bala lagi ke?
Oh! Tak mungkin!
Jangan biarkan peristiwa kelmarin berulang kembali!

 Jus sirsak itu Amie suruh Dayah minum...hiks!
Jadi, Dayah pun bersungguh-sungguhlah menghabiskan dua gelas jus sirsak!

 Terima kasih Dayah..hahahahaa!


 Ini dia wajah baru dua orang yang bergelut dengan penderitaan sepanjang petang kelmarin!
Harap hari ini sihat walafiat hendaknya ye.

 Dah habis makan, kami tinggalkan rumah makan. 
Sambil-sambil tu mata terjeling juga kotak-kotak tapai ubi.

 Dan lain-lain...




Bas sudah menunggu di bawah pokok. 
Pak Herman terus memandu dengan cermat, meninggalkan Probolinggo menuju ke Malang. Sepanjang perjalanan, mata disajikan dengan pelbagai pemandangan indah terutama sawah padi menghijau luas terbentang.
Namun semuanya sepi.
Rupanya semua tertidur. 
Barangkali malam tadi terpaksa bangun seawal pukul 1 pagi, dan beraktiviti sehingga pukul 10 pagi.
Oleh kerana semua orang tidur, maka Amie pun tidurlah.


Entri berkaitan Trip Surabaya:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan