Dari kaki Gunung Batok, kami dibawa ke lapangan kuda yang akan ditunggangi hingga ke tangga kawah Gunung Bromo. Suasana juga agak berubah sedikit dengan kewujudan jejeran gerai makan. Untuk aktiviti kali ini, Amie tidak menyertainya. Jadi, seramai 25 orang peserta mengambil bahagian menunggang kuda.
Kredit : NTC
Inilah pemandangan yang berbeza yang Amie katakan. Ada deretan gerai seperti gerai makanan di belakang kuda-kuda itu.
Kata Linda (salah seorang daripada petugas pakej NTC), kalau Amie tak naik kuda, Amie boleh ikut Linda dan Farid duduk di gerai makan, dan boleh minum di situ.
Selamat menunggang kuda!
Kalau larat, bolehlah teruskan daki 245 anak tangga untuk melihat kawah Bromo.
Kredit : NTC
Nak tahu apa?
Jom ikuti catatan seterusnya.
Entri berkaitan Trip Surabaya:
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan