Pages

Selasa, 3 Disember 2019

Di Kaki Gunung Batok

Jeep menuruni lereng gunung dan berhenti di kaki Gunung Batok.
Betapa waktu telah merubah pemandangan alam.
Tempoh 7 bulan kemarau mampu membuat rumput nan menghijau bertukar menjadi kekuningan, dan padang rumput menjadi gersang.
Debu-debu berterbangan ditiup angin.
Kedinginan yang dirasai hingga ke tulang sumsum kini sudah tidak terasa lagi.


Kredit : NTC

 Suka-suka posing di sini. Tak tahu nak buat gaya apa dah.


 Ni Dayah punya kerja.
Disuruhnya makcik naik belalai jeep.


 Terima kasih Dayah.



Terima kasih Farid, tangkap gambar kami.



Tiba-tiba terkenang kawan-kawan yang pernah datang ke sini. Apabila angin bertiup, dingin datang menerpa, cepat-cepat sembunyikan tangan dalam saku baju sejuk. Rasanya rerumput menghijau suatu ketika dahulu sudah tidak ada lagi. 
Lalu, rasa jiwang sedikit dan teringat novel karya Tere Liye yang bertajuk : Daun Yang Jatuh Tidak Pernah Membenci Angin!
Hei... kelmarin melayan perut, hari ini melayan hati pulak dah....hahahahaha!

Entri berkaitan Trip Surabaya:



1 ulasan:

  1. Kalau Allah izinkan datang lagi ke Bromo saya nak posing depan jeep tu bersila atasnya. hehehehehe berangan joooo bukan keluar duit pun. hehehe

    BalasPadam