Malam terakhir di Surabaya, kami menikmati hidangan di Restoran Sederhana Masakan Padang. Kata Cikgu Nahar, masakan Padang sesuai dinikmati pada waktu tengahari kerana sajiannya berat. Apa pun Alhamdulillah, kerana tempat makan ini sudah ditempah. Farid pesan, mesti habiskan semua makanan yang dihidang...hehehee!
Beruntung sungguh kami malam itu. Datang ke Pulau Jawa, tapi dapat makan hidangan dari Pulau Sumatera Barat! Tak boleh tolak ni... semuanya sedap belaka! Terubat rindu nak makan-makan lagi di Bukit Tinggi dan Padang!
Kredit: NTC
Abadikan kenangan makan malam bersama sepanjang 4 hari 3 malam mengembara.
Terlihat sayur masak lemak, itulah yang akan diterkam dulu.
Yang penting sambal ijo itu lho!
Cukup membuka selera!
Sesungguhnya semuanya sedap, tidak ada yang tidak sedap!
Cuma perut sahaja yang tak muat!
Ternampak keropok kulit sapi, tapi pandang sajalah. Tak tahu nak sumbat tang mana lagi.
Dah selesai makan, macam biasalah pergi intai-intai dapur.
Ada gerai murtabak Mesir.
Dan juga sate padang.
Alhamdulillah.
Sederhana memang good!
Entri berkaitan Trip Surabaya:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan