Aktiviti terakhir kami pada 25 November 2019 di Malang ialah lawatan ke Museum Angkut. Pada mulanya, rasa terlalu lama bila diberi masa selama 2 jam untuk lawatan di situ. Setelah beberapa minit meneroka dan terjumpa racing corner, rasa tak cukup masa pula...ahaks!
Waaahhh....waaahhh!!!!
Ada Maria Hamilton di situ!
Ada Amie Shumacher juga.... meriah...meriah!!!!
Mulanya duduk-duduk saja di situ tunggu Dayah pakai baju untuk ambil gambar. Tak ada hasrat nak ikut 'lumba' Formula 1...hiks!
Bila nampak Dayah dengan gayanya yang tersendiri, kami pun pakat-pakat sewa baju. Murah jew..20,000 rupiah.
Beginilah rupa kami... yang hujung sekali tu bulatnya mengalahlahkan Teletubbies...kihkihkihhh! Baju pun main sarung saja, asal muat sudahlah.
Oleh kerana banyak masa kami habiskan di sini, jadi kuranglah pula masa untuk melawat ke tempat lain.
Apa pun memang puas hatilah bergaya ala-ala pelumba Formula 1 kat Sepang tu...ngeeee!
Wokey!
Cepat buka baju!
Masa dah suntuk.
Kita kena cari jalan keluar!
Apa pun...semuanya enjoy!
Entri berkaitan Trip Surabaya:
hamboi, sakan betul nengok berbaju merah tu...
BalasPadam