Pages

Khamis, 5 Disember 2019

Gerai Jualan di Lorong Menuju Masjid Turen @ Pondok Pesantren

Saja jew nak buat entri tentang suasana dan pemandangan sepanjang jalan menuju ke Masjid Tiban @ Masjid Jin @ Masjid Ajaib Turen @ Pondok Pesantren.

Sepanjang perjalanan ke pondok pesantren, puas mata memandang kehijauan sawah padi nan menghijau. Ada padi yang sudah masak serta dituai. Ada padi yang sedang ditanam, dan ada padi yang sedang berbuah. Ada juga kawasan sawah padi yang kosong tanpa tanaman, mungkin sedang dibajak untuk ditanam kembali.



Bas berhenti di tepi jalan besar, dan kami berjalan kaki kira-kira (tak pasti berapa ratus meter) untuk sampai ke gerbang pondok pesantren.

Dengan melihat kuih inang-inang ini dijemur, memang jelaslah aktiviti penduduk kampung di sini aktif berniaga kecil-kecilan. Lihat sahajalah adanya pelbagai jenis keropok yang tergantung di gerai-gerai.



Sewaktu melalui kawasan ini, tiba-tiba terdengar suara peniaga dari sebelah kiri gerai sedang bersahut-sahutan dengan peniaga dari gerai di seberang kanan. Apabila kumpulan kami melintasi mereka, terdengarlah mereka mengolok dalam bahasa mereka, yang memang Amie faham.
Peniaga lelaki gerai kiri : Hei! Ini nenek-nenek dari Malaysia sudah datang. (Amie terjemahkan bahasanya).
Peniaga lelaki gerai kanan:  Hahaaa... iya  nenek Upin Ipin!
Kedengaran ketawa mereka terus bersahut-sahutan sambil menyebut-nyebut lagi perkataan 'nenek-nenek'.

Amie berhenti di hadapan pemuda di gerai kiri dan terus menegur. 
Kenapa kamu panggil kami nenek-nenek?

Amie terus tangkap gambar jualannya dan wajahnya sekali.
Peniaga gerai kiri terdiam dan wajahnya terus berubah.
Manakala peniaga di gerai seberang kanan menghentikan tawanya.

Apa pun, Amie tidaklah sampai paparkan gambar wajah dan jualannya di sini. Kalau mereka bergurau, kita pun bergurau juga...ahaks!


 Apa ada dalam kotak beranyam di atas tu?
Bila kami tanya, rupanya tapai ubi.
Ini bukan jualan peniaga yang mentertawakan kami tadi.





Dengan adanya pondok pesantren yang sudah menjadi tumpuan pelancong, banyaklah peluang penduduk tempatan untuk menjual hasil tanaman dan juga kraftangan.






 Banyaknya epal!
Kenal dah epal ni dari mana.
Tak lain tak bukan dari daerah Malang.





















Dalam perjalanan pulang dari pondok pesantren menuju ke bas....
Ada bantal leher!
Teringat bantal leher yang pecah dalam kapal terbang.
Nak beli sebijilah.
Wokey... singgah sini. Beli sebiji harga 20,000 rupiah. Memandang-mandang juga gerai di sebelah yang memanggil kami nenek-nenek! Tidak nampak sesiapa di situ.
Hurrrmmm.... nenek-nenek balik dulu ye!


Sebelum sampai ke Turen, pondok pesantren jumpa Kampung Warna Warni, keluar dari Turen, nampak pula rumah biru. Banyak pula rumah biru. 

Kampung Biru pulak ke ni?


Entri berkaitan Trip Surabaya:


3 ulasan:

  1. mereka ingat kita tak paham bahasa mereka mungkin, cuma kadang guarauan mereka kasar dan tak elok kan mengolok2 kita , kita kan mungkin pembawa rezeki pada mereka

    bestnya kan kak di sana ada epal yang mereka tanam sendiri, kita kat malaysia takde pun tanam pokok epal dan jual di negara kita, geram tengok segala jualan mereka tuh, cantik betul bekas isi tapai tuh

    BalasPadam
  2. best tengok epal2 dan buah2an yg ada. rambang mata nak pilih. hehe

    BalasPadam
  3. Norhudana,
    kan.... hehehee terkejut beruk bila kita faham bahasa mereka.
    Kemas jew bekas tapai tu ye.

    Umi,
    bila masuk kebun epal di Malang, memang betul2 jadi rambang mata kita.

    BalasPadam