Pages

Selasa, 3 Disember 2019

Bukit Teletubbies

Kredit: NTC

Turunlah hujan.
Siramilah bumi ini agar rerumput tumbuh menghijau menghiasi kaki gunung, menutup kegersangan padang berpasir dan berdebu.
Kembalikan kehijauan warna alam saujana mata memandang!

Kuda itu masih di situ, dan tuannya juga masih seperti 3 tahun yang lalu!
Cuma, tak sempat melihat keliling, di mana gerobak Bakso Malang yang pernah menambat selera kami sehingga habis jualannya kami nikmati! Tiada lagi semerbak aroma sup yang memenuhi ruang di kala kedinginan di padang ini.






Mencari-cari suara memanggil agar membeli t-shirt jualannya.
Namun tidak kelihatan bapak itu!
Akhirnya, beli lagi dua helai t-shirt di sini.
Dan ketika ini... terasa betapa panasnya baju sejuk berlapis long john yang menutupi tubuh. Peluh meleleh-leleh!
Marilah segera berangkat pulang, singgah di Pasir Berbisik dulu.


Entri berkaitan Trip Surabaya:



2 ulasan: