Hujan yang turun di petang hari dan sebelumnya, menjadikan tanah dan kayu basah dan lembab. Rancangan untuk mengadakan unggun api pada malam itu terpaksa dibatalkan dan masing-masing sudah bersedia untuk tidur awal. Suhu yang sangat dingin sehingga mencecah 7'C pada sebelah pagi memaksa kami mencari kehangatan dengan memakai sarung kaki, sarung tangan dan sarung kepala. Tidak cukup dengan beberapa lapis baju termasuk long john, kami berselimut tebal! Woooo... masih terasa sejuk! Jadinya, malam itu tidurlah kami dengan segala sarung kaki dan tangan, pakain tebal, telekung dan selimut! Seawal pukul 4 pagi kami sudah terjaga. Kata Encik Zain, Banjaran Himalaya akan kelihatan sekiranya cuaca elok yang boleh ditandakan dengan adanya bintang di langit pada sebelah malam! Kami terus menyelak daun tingkap dan mendongak ke langit gelap! Oh! Tiada sebutir bintang pun yang kelihatan! Rasa hampa dan kecewa pula bersarang di dada!
Kemudian Amie ambil kaca mata, memandang di langit nun di sana. Sebiji, dua biji, tiga biji bintang kecil berkerlipan di angkasa! Oh! Rupanya rakan-rakanku pun rabun jauh sama! Mari sini! Ada bintang di langit!
Mana?
Tu naaa....ada 7, 8, 9...banyak tu!
Woooo.... ada bintang!
Sudah nampak beribu bintang mengelilingi sang bulan!
Woooo.... ada bintang!
Sudah nampak beribu bintang mengelilingi sang bulan!
Wokey! Kami pun bersiap seadanya. Air terlalu sejuk, dan kebetulan tiada pemanas air. Ketika memberus gigi mulut pula terasa kebas! Solat Subuh masuk pada pkul 4:44 dan selepas menunaikan kewajipan itu, kami bergegas keluar dari bilik kerana dijadualkan akan bergerak ke menara tinjau untuk menyaksikan matahari terbit di pergunungan Himalaya pada pukul 5:15 pagi. Tiba-tiba perut terasa sangat lapar! Apa yang boleh kami makan? Oh! Ada bekalan gula-gula coklat dan susu yang kami bawa. Jadi, kami berbekalkan air mineral dan gula-gula sahaja.
Begitu dan begini, menunggu rakan-rakan dan yang lain-lain, lewat pukul 5:30 pagi barulah kami bergerak meninggalkan rumah tamu. Berjalan menapak di atas batu bersusun dan tangga-bangga batu menuju ke pintu masuk Annapurna Conversation Area. Dari situ kami meneruskan perjalanan menuju anak-anak tangga di kelilingi pokok-pokok hutan.
Begitu dan begini, menunggu rakan-rakan dan yang lain-lain, lewat pukul 5:30 pagi barulah kami bergerak meninggalkan rumah tamu. Berjalan menapak di atas batu bersusun dan tangga-bangga batu menuju ke pintu masuk Annapurna Conversation Area. Dari situ kami meneruskan perjalanan menuju anak-anak tangga di kelilingi pokok-pokok hutan.
Himalaya terdiri daripada barisan pergunungan di Asia yang berbanjar sepanjang lima buah negara termasuk Pakistan, India, China, Bhutan dan Nepal. Banjaran gunung ini memisahkan anak benua India dari Dataran Tinggi Tibet. Terdapat 16 ribu puncak gunung di sepanjang banjaran Himalaya dan istimewanya, Gunung Everest yang merupakan puncak tertinggi di dunia letaknya di Nepal.
Kami mengambil masa (tidak tengok jam) mendaki lebih 300 anak tangga untuk sampai ke menara tinjau.
Ketika kami tiba, matahari belum menampakkan dirinya, dan kami sempat melihat beberapa puncak gunung yang merentangi banjaran Himalaya kelihatan memutih diselimuti salji. Warna putih dengan sedikit gelap itu seakan-akan warna berlian!
Antara puncak gunung yang kelihatan dari menara tinjau tremasuklah Macchapuchhre yang lebih dikenali dengan nama 'fish tail' kerana bentuknya seperti sirip ikan.
Nun di kejauhan, perlahan-lahan sang mentari menyinarkan cahayanya di balik gunung yang memutih!
Puncak gunung berselimut salji nun jauh di sanun!
Apakan daya, hendak kugapai, tangan tak sampai!
Jom saksikan suasana pagi ketika sang mentari menebarkan cahayanya dari puncak sana!
Akhirnya sang mentari menunjukkan wajahnya yang sebenarnya! Kedinginan mula hilang sedikit demi sedikit berganti dengan rasa hangat oleh pancaran matahari!
Beginilah pemandangan di pergunungan yang lebih rendah selain banjaran Himalaya yang terbentang saujana mata memandang.
Kelihatan perkampungan etnik Gurung, jalan kampung dan juga rumah-rumah penduduk kampung serta tanam-tanaman.
Jom turun!
Dari tingkat-tingkat anak tangga yang dituruni, masih lagi sempat merakam suasana!
Rasa sayang pula untuk meninggalkan suasana pagi di sini!
Ayuh!
Kita turun lagi!
Dah pun sampai ke pintu keluar!
Sewaktu mendaki anak tangga di pagi buta tadi, tak nampak pun ada tasik di sini!
Terima Kavvy, sudi kongsi gambar dari tasik di atas.
Terima Kavvy, sudi kongsi gambar dari tasik di atas.
Sekarang matahari sudah memancar sepenuhnya! Seluruh pergunungan disuluhnya!
Orang dah nak keluar, baru terjumpa signboard masuk hiks!
Menikmati cahaya matahari pagi yang segar dan nyaman!
Dalam perjalanan ke rumah tamu, sempat rakam gambar di sini. Rupanya ada kedai pashmina di desa.
Tak sedar, pagi tadi pun melintasi beberapa buah rumah tamu!
Oh! Ada anjing!
Nano panggil anjing itu!
Menoleh pula si anjing ke arahnya.
Dihulurkannya cebisan roti Gardenia!
Mau pulak anjing gunung ini makan roti!
Maka, tinggalkan anjing itu makan roti!
Nano ini, walau ke mana pergi memang tetap mengingati kebajikan haiwan-haiwan. Di restoran tempat kami makan, dibungkusnya tulang-tulang ayam. Untuk apa? Katanya nanti kalau jumpa kucing atau anjing tepi jalan, boleh bagi makan!
Memang Nano punya aura sayangkan haiwan di mana juga dia berada!
Aura itu juga dibawanya ke Nepal!
Jeep-jeep ini merupakan kenderaan yang digunakan untuk membawa pelancong ke sini. Pemandunya ikut bermalam di rumah tamu.
Ambillah sekeping dua gambar di celah-celah batu yang bersusun.
Main cak-cak belakang pokok. Istimewanya di belakang sana ada gunung bersalji!
Maka langkah kaki pun sampailah ke rumah tamu yang kami tumpangi.
Tak sabar rasanya untuk mandi, untuk mengalas perut dan jalan-jalan lagi!
Tapi beranikah mandi air dingin?
Yang lain masih belum tiba, dan kami menunggu hampir pukul 8 pagi untuk bersarapan. * pagi bermakna waktu kita pukul 10 lebih! Patutlah rasa lapar semacam...hiks!
Marilah masuk ke bilik, berkemas mana yang patut sebab selepas bersarapan pagi, kami akan sambung perjalanan berjalan kaki melihat perkampungan etnik Gurung, meneruskan rancangan yang tertunda disebabkan hujan petang kelmarin!
Entri berkaitan travelogue Nepal:
Bercuti ke Nepal : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Kathmandu
Hotel Encounter Nepal Kathmandu
Al-Madina Halal Foods
Sepetang di Thamel Street
Selamat Pagi Kathmandu!
Kathmandu - Pokhara : Mengintai Kehidupan di Balik Tabir Bas
Hotel Grand Holiday Pokhara
Lazeez Halal Food Pokhara
Pokhara di Kala Senja
Bersampan di Phewa Tal (Fewa Lake) Pokhara
Dari Pokhara ke Dhampus
Suatu Petang yang Dingin di Dhampus Village
Selamat Pagi Pergunungan Himalaya!
Sarapan Pagi di Tea House
Jalan-Jalan di Perkampungan Dhampus
Quality Education Today's Necessity
Pokhara Hill, Mahadev Cave dan International Mountain Museum
Naik Helikopter ke Macchapuchhre Base Camp (MBC)
Selamat Tinggal Pokhara
Thamel Street di Waktu Malam
Sarapan Pagi di Nepal Tara Halal Food Restaurant
Pagi Terakhir di Kathmandu
Yang Manis Jangan Terus Ditelan, Yang Pahit Jangan Terus Dibuang
Entri berkaitan travelogue Nepal:
Bercuti ke Nepal : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Kathmandu
Hotel Encounter Nepal Kathmandu
Al-Madina Halal Foods
Sepetang di Thamel Street
Selamat Pagi Kathmandu!
Kathmandu - Pokhara : Mengintai Kehidupan di Balik Tabir Bas
Hotel Grand Holiday Pokhara
Lazeez Halal Food Pokhara
Pokhara di Kala Senja
Bersampan di Phewa Tal (Fewa Lake) Pokhara
Dari Pokhara ke Dhampus
Suatu Petang yang Dingin di Dhampus Village
Selamat Pagi Pergunungan Himalaya!
Sarapan Pagi di Tea House
Jalan-Jalan di Perkampungan Dhampus
Quality Education Today's Necessity
Pokhara Hill, Mahadev Cave dan International Mountain Museum
Naik Helikopter ke Macchapuchhre Base Camp (MBC)
Selamat Tinggal Pokhara
Thamel Street di Waktu Malam
Sarapan Pagi di Nepal Tara Halal Food Restaurant
Pagi Terakhir di Kathmandu
Yang Manis Jangan Terus Ditelan, Yang Pahit Jangan Terus Dibuang
masa kt atas tu tunggu matahari muncul tu masih jam 5 pagi ke kak? cepat betul cerah kt sana ya...
BalasPadammmg cantik betul pemandangan kt situ kak, tak sia2 mendaki 300 anak tangga, tgk pemandangan yg sgt cantik tu msti tak terasa kepenatan tuh...
salam, bagus pergi berjalan masa tengah fit..
BalasPadambagus kawannya Nano beri makan pada anjing tu. Kadang kadang binatang ni terbiar gitu aja... kucing anjing.. sebab negara susah... food priority utk manusia dulu..
Well done and tell her to keep it up.
Wasalam
Norhidana,
BalasPadamRasanya dalam pukul 6 lebih juga kami berada di menara tinjau tu, sebab agak jauh juga berjalan dari rumah tamu, dan daki tangga tu pun tercungap-cungap juga hihiiii!
Nor,
Yuupp... akan disampaikan pada Nano.
Alhamdulillah seronok baca pengalaman kak amie. Moga Suatu hari nanti ada rezeki utk berkelana ke serata alam menikmati indahnya ciptaan Yang Maha Esa.
BalasPadamPuan Hazel,
BalasPadamin shaa Allah, bermula dengan harapan, akan tercapai juga hasrat itu.