Pages

Isnin, 8 April 2019

Sarapan Pagi di Tea House

Pagi ini kami akan meninggalkan Dhampus setelah bermalam di sini, berhujan di petang hari, melhat bulan bintang bertaburan di subuh hari dan menyaksikan matahari terbit dari menara tinjau.

 Sebelum itu, kami bersarapan pagi dengan pilihan hidangan masing-masing.

 Nano memilih pancake coklat.
Ada yang memilih telur hancur, telur dadar dan juga telur rebus separuh masak dan telur rebus masak penuh. Ada yang ingin makan roti, ada yang tidak.
Yang penting perut masing-masing perlu diisi.




Amie suka hidangan ini. Entah apa namanya. Menurut Kesyaf, kentang direbus terlebih dahulu dan kemudian dimasak bersama garam masala, bawang besar, tomato dan cili benggala. Ada pun menu beginilah yang dihidangkan setiap kali bersarapan pagi!



Marilah kita mensyukuri segala rezeki yang Allah beri. Belajar berterima kasih untuk yang sedikit, nescaya kita akan terus bersyukur ketika mendapat rezeki yang banyak.

Kami makan akan roti dengan serunding yang dibawa oleh Encik Zain. Katanya serunding dari Kelantan yang diberikan oleh peserta trip sebelum ini. 

 Pencuci mulut terdiri daripada epal dan limau.

Terima kasih Kesyaf kerana melayan kami dengan baik, penuh sopan dan sentiasa bersabar dengan pelbagai karenah sepanjang berada di Pokhara. Walaupun kelihatan letih, tetap juga melemparkan senyuman.

Entri berkaitan travelogue Nepal:
Bercuti ke Nepal : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Kathmandu
Hotel Encounter Nepal Kathmandu
Al-Madina Halal Foods
Sepetang di Thamel Street
Selamat Pagi Kathmandu!
Kathmandu - Pokhara : Mengintai Kehidupan di Balik Tabir Bas
Hotel Grand Holiday Pokhara
Lazeez Halal Food Pokhara
Pokhara di Kala Senja
Bersampan di Phewa Tal (Fewa Lake) Pokhara
Dari Pokhara ke Dhampus
Suatu Petang yang Dingin di Dhampus Village
Selamat Pagi Pergunungan Himalaya!
Sarapan Pagi di Tea House
Jalan-Jalan di Perkampungan Dhampus
Quality Education Today's Necessity
Pokhara Hill, Mahadev Cave dan International Mountain Museum
Naik Helikopter ke Macchapuchhre Base Camp (MBC)
Selamat Tinggal Pokhara
Thamel Street di Waktu Malam
Sarapan Pagi di Nepal Tara Halal Food Restaurant
Pagi Terakhir di Kathmandu

Yang Manis Jangan Terus Ditelan, Yang Pahit Jangan Terus Dibuang

3 ulasan:

  1. walaupun simple tp mmg kene amik sarapan tu kak... nk teruskan perjalanan nya nnti

    tp nampak makanan yg kentang ngn cili tuh mcm sedap je kak, lagi2 mkn di tempat yg sejuk mcmtu kn

    BalasPadam
  2. SEdap nampak menu tu Amie... boleh buat ni

    BalasPadam
  3. Nurhidana,
    betul tu... lagi pun berada di tempat sejuk, perut cepat lapar.

    Gee,
    memang sedap, kami pun tertanya-tanya resepinya heheee.

    BalasPadam