Pagi 30 Mac 2019 bersamaan pada hari Sabtu.
Kami dibawa ke Nepal Tara Restaurant yang terletak di Narsingh Chowk Marg, Kathmandu 44600, Nepal untuk bersarapan. Jalan kaki sahaja dari hotel untuk ke sini. Walaupun dikatakan menyajikan masakan Malaysia dan Indonesia, namun restoran ini juga menawarkan hidangan Nepal, masakan India dan juga ala barat.
Kami merupakan pelanggan paling awal sampai pada pagi itu!
Berbaloi juga berjalan dari hotel, tertonggek-tonggek naik ke tingkat 5 bangunan untuk sampai ke restoran yang terletak di bahagian atas ini sebab hidangan yang kami pesan semuanya panas-panas dan segar belaka sebab baru dimasak!
Jom masuk dalam restoran.
Antara menu yang kami pesan pagi itu.
Terkejut beruk di pagi hari!
Roti puree yang dipesan sampai 3 keping untuk seorang!
Rasanya sangat sedap!
Sekian.
Kami tinggalkan Hotel Tara @ Nepal Tara Halal Food Restaurant dengan rasa senang hati.
Alhamdulillah.
Jom lari turun tangga!
Entri berkaitan travelogue Nepal:
aduhai bestnya nengok sarapan kt situ, puas la sarapan nengok puri tuh...
BalasPadamkt sana mmg takde lif ke utk kedai mkn yg tinggi2 tuh kak... aduhai klu dana mmg tak sampai lah agaknya tuh
Norhidana,
BalasPadamsetakat yang kami pergi ni memang tak sekali pun jumpa lift! Mungkin hotel 4 atau 5 bintang ada lift. Memang mencabar sungguh!