Pages

Khamis, 18 April 2019

Pagi Terakhir di Kathmandu

Pagi terakhir kami di Kathmandu memang merupakan saat yang ditunggu-tunggu!
Rindu nak balik kampung laman!
Rindu suasana Malaysia nan tercinta!
Rindu segala-galanya!
Jangan lupa sediakan penutup mulut dan hidung siap-siap sebaik sahaja keluar dari pintu hotel!
Oleh kerana kami dijadualkan akan terus ke lapangan terbang sebaik sahaja lawatan ke salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO di Kathmandu, jadi kami bawa sekali beg kami ke lobi hotel. Berpeluh-peluh juga mengangkut beg masing-masing yang sudah bertambah isi kandungannya menuruni tangga 8 tingkat! Hairan juga, kenapalah tidak disediakan lift di hotel bertingkat-tingkat ini. Memang kerja kami asyik mendaki anak tangga ...ahaks! Nak sarapan di restoran pun terpaksa mendaki anak tangga sehingga ke tingkat 5! Cuma makan malam semalam masih boleh diampunkan, sebab hanya kena daki ke tingkat 2 sahaja!

Bergaya dengan kasut baru yang kami beli di Pokhara...hiks!
Tiga kaki yang pakai tu, saiznya berbeza. 38,39 dan 40. Cuba teka kaki siapa paling kecil dan kaki siapa paling besar di antara kami bertiga : Amie, Nano dan Kam!

Hari masih pagi, dan kami dapat melihat para peniaga sayur di tepi jalan sedang memulakan hari mereka dengan sayur-sayuran masing-masing.




Ikan-ikan yang kelihatan segar!





Seperti hari sebelumnya, kami menyusuri lorong-lorong sempit yang dilalui pelbagai jenis kenderaan. Kedai-kedai pun masih banyak yang belum dibuka. Tujuan kami pada pagi itu, selain mencari sarapan kami akan ke Durbar Square yang terletak di Ganga Path, Kathmandu,  lebih kurang 20-30 minit berjalan kaki dari hotel. 



Kalau rajin cari tempat makan halal di sekitar Thamel Street memang anda akan jumpa! Cubalah tanya Pak Google ye!
Sebelum sampai ke Tapak Warisan Dunia UNESCO di Kathmandu ini, kami melalui pasar di waktu pagi.


Inilah antara jualan yang terdapat di sepanjang jalan tersebut!
Sesak dengan orang ramai memang tak boleh nak kata!
Terpaksa jalan cepat-cepat, takut tertinggal di belakang atau hilang kawan-kawan dari pandangan mata!






Memang kebanyakan jualan di sini terdiri daripada sayur-sayuran memandangkan majoriti penduduk Nepal menganut agama Buddha, dan kebanyakannya pengamal vegetarian. Boleh dihitung dengan jari gerai jual ayam, ikan dan juga khinzir.





Teruja melihat kuali telinga ke atas ini! Sebenarnya dari hari pertama sudah berjanji dengan Warite untuk beli kuali ini! Kalau tak silap dipanggil karahi! Amie memang berhasrat untuk membelinya sewaktu berkunjung ke India, tetapi kami tidak jumpa sebab trip kami tidak melalui tempat jual karahi ini! 


Beberapa kali terserempak dengan penjual sel roti ini.


Beginilah caranya sel roti tersebut digoreng.







Apa ni?
Siapa tahu?

Inilah daging kerbau yang telah dikeringkan!


Ini pula piring pakai buang yang dijahit menggunakan lidi buluh.

Piring ini diperbuat daripada daun saal.




Banyaknya biji-bijian dan jenis-jenis kekacang dijual di sini! Sesuailah dengan cara pemakanan masyarakat di sini yang lebih kepada gaya vegetarian!








Woooo!
Cili warna warni yang cantik!
Katanya cili jenis ini sangat pedas!




Ada juga cili kering yang begini!
Sekali pandang seolah-olah kurma merah!
Dua kali pandang nampak tangkai pula!
Rupanya cili!

Anggur!
Pemandangan biasa di Nepal. Di mana-mana memang ada anggur terutama anggur jenis hijau, dan tidak berbiji! Manis! Makanlah untuk tambah tenaga.

Angan-angan untuk beli delima, nak bawa balik tapi akhirnya terlupa!

Pisang!
Oh! Pisang!
Nampak cantik kulit luarnya, tapi bila kami beli dan makan, tawar isinya...hiks!

Wah!
Sampai juga ke kedai jual karahi!
Inilah yang dicari-cari... kuali bertelinga di bahagian atas!
Sayang seribu kali sayang, kami perlu tinggalkan tempat ini segera (sekadar melewatinya sahaja dan hanya sempat mengambil gambar untuk sesaat) memandangkan sudah kesuntukan masa!
Uwaaaa.... benarlah kata orang!
Benda di depan mata belum tentu jadi rezeki kita!
Dipendekkan cerita, Amie tak dapat beli karahi, Warite pun terlepas juga!
Akhirnya kami tiba di Durbar Square!
Tiket masuk telah dibeli oleh Encik Zain, dan kami dibawa masuk dengan Mr. Sudip sebagai tour guide kami. 
Mr. Sudip ni awal-awal lagi beritahu kami sewaktu perkenalkan diri. Katanya dia bukan 'sudip' untuk masak-masak tu.... hiks!
Awas ye. Kebanyakan orang Nepal tahu berbahasa Melayu. Kalau nak membawang jangan di depan-depan mereka...ngeeee! Terkeluar bahasa tak elok, nanti dia terjemahkan di depan kita, malu kita dibuatnya. Iktibarnya, jagalah budi bahasa, jaga budi pekerti walau di mana kita berada!



Sewaktu kami melangkah masuk ke tempat ini, hujan pun turun seolah-olah menyambut kedatangan kami!
Dan, memory card DSLR Amie pun penuh!
Tak dapatlah nak ambil gambar banyak-banyak, sekadar gunakan HP sahaja!
Apa yang dapat kami saksikan di sini hanyalah sebahagian bangunan yang runtuh dan sedang dibaikpulih akibat gempa bumi yang melanda pada tahun 2015 berukuran 7.8 skala ritcher yang mengorbankan lebih 2500 nyawa!

Banyaklah kemusnahan yang menimpa di Patan Durbar Square, termasuk kuil pagoda dan juga istana.




Nampaknya negara China mengambil kesempatan untuk membaikpulih runtuhan Tapak Warisan Dunia ini. Dari bicara-bicara yang didengar, sudah membayangkan akan berulang cerita malang sebagaimana Sri Lanka yang terpaksa menyerahkan pelabuhannya kepada China akibat kegagalan membayar hutang. Bukan sedikit kerosakan yang perlu dibaikpulih di tapak ini!

Antara kawasan yang terselamat dari gempa bumi. 

Jomlah balik!
Hujan pun tak pandia berhenti.
Kita dah nak bertolak ke lapangan terbang.
Tapi kena balik semula ke hotel untuk ambil beg.


Ambil gambar dahulu mat nepal yang handsome nih.

Oleh kerana masa sangat suntuk, takut tertinggal penerbangan, kami memutuskan untuk naik beca sahaja agar segera sampai ke hotel. Bayaran sebuah beca untuk dua orang penumpang ialah sebanyak 250NPR. Rasa sangat kagum dengan usaha dan kegigihan pengayuh beca mengeluarkan sepenuh tenaga membawa penumpang! Harga 250 NPR itu Amie dan Kam tambah menjadi 1,000NPR (tak sampai hati melihat susah payah tukang beca menyelit, mencari jalan, mengayuh di jalan tinggi!) Pengayuh beca sangat berterima kasih! Kami pun berterima kasih juga!

Namaste!
Namaste.... berkali-kali pengayuh beca ucapkan kepada kami., yang bermaksud salam sejahtera atau semoga dalam keadaan baik!


Jom kita seret beg  masing-masing bawa masuk ke dalam van!

Entri berkaitan travelogue Nepal:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan