Pages

Ahad, 19 Mei 2019

30 Koleksi Resepi Daging Yang Popular dan Wajib Dicuba!

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang dihargai. Kehadiran anda sentiasa menambahkan kemeriahan di dalam dapur maya ini. Di kesempatan ini, Amie ingin kongsikan 30 Koleksi Resepi Daging Yang Popular dan Wajib Dicuba. Jika mempunyai kelapangan bolehlah pilih mana-mana resepi yang diingini dan masaklah dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. In shaa Allah, hasilnya tidak sia-sia. 
30 resepi daging ini tidak terhad kepada penggunaan daging lembu sahaja, tetapi termasuk daging kambing / lamb, kerbau dan juga rusa. Boleh ubahsuai ikut citarasa masing-masing. Di bawah ini Amie senaraikan 30 Koleksi Resepi Daging Yang Popular Wajib Dicuba!

1. Rendang Daging
2. Rendang Opah
3. Rendang Dendeng
4. Gulai Daging dengan Batang Pisang
5. Gulai Kawah
6. Daging Tetel Masak asam Pedas seri Bayu
7. Singgang Daging dengan Air Kelapa
8. Kalio Daging Tetel
9. Dalca Daging Che Jah
10. Dalca Kambing
11. Sup Daging Musim Panas
12. Stew Daging Bosnia
13. Daging Masak Hitam (Sarawak)
14. Gulai Daging (Kuliah Ah Daging - Sabah)
15. Lamb / Kambing Masak Sos Lada Hitam
16. Kambing / Lamb Masak Ungkep
17. Tom Yam Kambing  / Lamb
18. Sup Kambing / Lamb
19. Kambing Kari Pakistan
20. Kambing Berempah
21. Daging Kerbau Masak kari dengan Umbut Kelapa
22. Sambal Goreng Daging (Daging Sekilo Bawang sekilo)
23. Kurma Daging
24. Kerutuk Daging Rusa
25. Rendang Daging Rusa
26. Daging Rusa Pekasam masak Lemak Cili Padi
27. Daging Rusa Masak Asam Pedas dengan Umbut Kelapa
28. Daging Rusa Goreng Berlada
29. Dendeng Daging Rusa
30. Rusa Goreng Kunyit

Resepi: Rendang Daging

Bahan-bahan:
1.2 kg daging lembu - potong lebar setebal 1 cm
5 cawan santan pekat
1 cawan kelapa parut - sangan dan tumbuk jadikan kerisik
2 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit - dihiris
5 helai daun limau purut
garam/ gula / perasa pilihan secukupnya
1/2 cawan minyak

Bahan kisar:
25 biji cili kering
15 biji cili padi
3  cm kunyit hidup
2  cm halia
3  cm lengkuas
5 batang serai - hiris kasar
2 labu bawang besar

Bahan penumis:
5 ulas bawang putih - tumbuk kasar
5 biji bawang merah - tumbuk kasar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan penumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan semua bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging lembu, dan asam keping. Gaul sebati hingga daging layu.
4. Masukkan santan pekat dan masak dengan api perlahan hingga daging lembu empuk.
5. Masukkan kerisik, garam / gula / perasa secukupnya.
6. Biarkan seketika sehingga kuah pekat dan taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
7. Angkat dan hidangkan.

Resepi : Rendang Opah

Bahan A:
1 kg daging lembu - potong dadu sebesar 3 cm
2 1/2 biji kelapa - ambil 5 cawan santan pekat dan 3 cawan santan cair
35 tangkai cili kering - kisar halus
3 helai daun limau purut
1 cawan kerisik
garam secukup rasa 

Bahan B - kisar
5 batang serai
3 helai daun kunyit
500 gram bawang merah
7 ulas bawang putih
5 cm halia

Cara:
1. Masukkan kesemua Bahan A dan Bahan B ke dalam kuali, dan jerang di atas dapur.
2. Kacau perlahan-lahan sehingga masak dan taburkan garam mengikut rasa. 
3. Apabila rendang mula pekat, hendaklah sentiasa dikacau sehingga kering. 
Senang sangatkan cara penyediaannya, tapi kenalah bersabar menunggu rendang ini masak. Penggunaan 35 biji cili kering (terpulang pilih jenis cili mengikut citarasa kepedasan masing-masing), tidaklah menghasilkan rendang yang sangat pedas. Ini disebabkan santan dari 2 1/2 biji kelapa dan juga bawang merah sudah cukup berfungsi menyebatikan rasa rendang ini.... oh! Memang sedap... ia berbeza sedikit dari segi aroma kerana selalunya kita gunakan rempah-rempahan 5 sekawan!

Resepi: Rendang Dendeng

Bahan-bahan:
1 kg daging tanpa urat - potong nipis dan lebar
2 sudu makan lada hitam - tumbuk
7 biji cili merah - tumbuk kasar
2 labu bawang besar - hiris kasar
1/2 cawan minyak masak
2 sudu makan jus limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
7 ulas bawang putih
5 labu bawang besar
5 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
3 cm halia

Cara:
1. Gaul daging bersama lada hitam dan garam serta gula secukup rasa.
2. Masukkan bahan kisar dan kemudian masak atas api sederhna sehingga daging agak empuk sedikit.
3. Padamkan api dapur dan keluarkan dagingnya, tinggalkan bahan perencah di dalam kuali.
4. Tumbuk daging tadi dan goreng hingga garing.
5. Panaskan minyak dan tumis bawang, cili merah tumbuk dan lebihan bahan perencah di dalam kuali tadi.
6. Masukkan jus limau kasturi, serta garam dan gula secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng tadi.
8. Gaul rata.


Bahan-bahan:
2 batang umbut pisang - potong menyerong dan buang benangnya
1 kg tulang
1 kg daging - potong ikut suka
75 gram serbuk kari daging
1 cawan cili kering kisar
4 cawan santan pekat
2.5 liter santan cair
1 cawan minyak
3 keping kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawang
4 tangkai daun kari - lurutkan 
garam / gula / perasa pilihan secukup rasa

Bahan hiris:
30 biji bawang merah
15 ulas bawang putih
8 cm halia

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga layu.
2. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Biarkan sehingga timbul aroma.
3. Masukkan cili kisar dan gaul sebati.
4. Kemudian masukkan serbuk kari serta daun kari. Tambahkan 1 cawan santan cair. Perlahankan api dapur. Tumis bahan hingga terbit minyak.
5. Campurkan daging bersama tulang dan masukkan kesemuanya ke dalam kuali. Gaul rata dan masak sehingga daging menjadi layu.
6. Tambahkan santan cair. Biarkan gulai mendidih sehingga daging empuk.
7. Masukkan umbut pisang. Masak lagi sehingga umbut layu / lembut.
8. Akhir sekali tambahkan santan pekat, garam / gula / perasa pilihan.
9. Setelah masakan sempurna, padamkan api dapur.


Resepi: Gulai Kawah

Bahan-bahan:
1 kg campuran daging tetel, hati dan limpa - potong selebar 3 cm
2 cawan santan
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kerutuk 
2 sudu besar kerisik
4 biji kentang - kupas kulit dan belah 4
2 sudu besar gula melaka
1 sudu besar pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
1/2 cawan minyak 
air untuk merebus daging secukupnya
garam / perasa  secukup rasa

Bahan penumis:
1 labu bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih 
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari - dilurut 

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
1 labu bawang besar 
3 cm halia
2 cm lengkuas

Cara:
1. Rebus campuran daging, hati dan limpa hingga empuk.
2. Sementara itu, panaskan minyak dan tumis bahan penumis hingga wangi.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis dengan api sederhana sehingga terbit minyak. 
4. Kemudian masukkan rempah kari serta rempah kerutuk. Gaul sebati dan tuangkan  bancuhan air asam jawa. Biarkan mendidih sekali lagi.
5. Tuangkan tumisan tadi ke dalam kuali atau periuk yang berisi rebusan campuran daging yang sudah empuk. Masukkan sekali ubi kentang. Gaul sebati.
6. Tambahkan santan dan juga kerisik.
7. Perasakan dengan gula melaka, garam.
8. Setelah kentang empuk, padamkan api dapur.


Bahan-bahan:
600 gram daging tetel - hiris nipis
2 sudu besar serbuk kari daging
2 tangkai pokok kesum
1 kuntum bunga kantan - belah 2 
3 biji kentang - kupas kulit dan belah 2
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
1 biji limau kapas - ambil jusnya 
3 cawan air
4 sudu besar minyak
garam & gula / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar:
10 tangkai cili kering
1 helai daun kesum
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
2 cm belacan
1 sudu kecil lada hitam

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar menggunakan api sederhana hingga pecah minyak.
2. Masukkan serbuk kari dan kacau sebati. Kemudian masukkan bancuhan pati asam jawa.
3. Setelah mendidih, masukkan daun kesum serta bunga kantan. 
4. Masukkan daging dan gaul sebati sehingga daging menjadi layu dan berubah warna.
5. Tambahkan air dan biarkan mendidih selama 10 minit.  Masukkan kentang. Kemudian perlahankan api dapur.
6. Masak daging sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.
7. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
8. Tuangkan jus limau kapas / nipis dan kacau sekali dua.
9. Padamkan api dapur.


Resepi: Singgang Daging dengan Air Kelapa

Bahan-bahan:
500 gram daging lembu - hiris nipis
1 liter air kelapa  
1 labu bawang besar - belah 6
5 keping hirisan halia muda
5 keping hirisan lengkuas 
1 keping asam gelugur 
1 bonggol (bahagian bawah batang) pokok ketumbar - ketuk
garam / perasa pilihan

Cara:
1. Masukkan air kelapa, daging lembu, bawang besar, halia, lengkuas, asam keping dan bonggol pokok ketumbar ke dalam periuk.
2. Masak sehingga daging empuk.
3. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
4. Padamkan api dapur dan hidangkan panas.


Resepi: Kalio Daging Tetel 

Bahan-bahan:
1 kg daging tetel - (kebetulan daging yang dibeli sudah siap dipotong)
1 liter santan daripada 1 biji kelapa
1 batang serai - dititik
5 helai daun limau purut
garam / gula / perasa pilihan
minyak
(Amie tambah kentang kerana tak dapat cari nangka muda)

Bahan kisar:
15 biji cili padi
5 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5cm halia
2.5cm lengkuas
1 sudu makan ketumbar biji
1/2 sudu makan jintan putih
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan lada hitam
(Amie gunakan cili kering - sepatutnya gunakan cili padi & cili merah seperti dalam resepi supaya kuah nampak lebih cantik warnanya)

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar, dan serai sehingga terbit minyak.
2. Masukkan daging tetel dan gaul sebati. Masak sehingga daging tetel layu dan mengeluarkan air.
3. Tambahkan santan da perlahankan api, Renih sehingga daging tetel empuk.
4. Masukkan daun limau purut, garam, gula atau perasa pilihan.
5. Biarkan seketika dan tutup api dapur.
Kalio Daging Tetel yang Amie hasilkan ini nampak pekat. Menurut Umie Maria, kuahnya perlu banyak seperti masakan lomak!


Bahan-bahan:
1/2 kg daging
1/2 kg tulang
2 biji terung bulat - belah 4
3 biji kentang - belah 4
4 sudu makan serbuk rempah kari daging
1 cawan kacang dhal 
200 ml santan
2 pelepah daun kari - lurutkan
sehelai dun pandan
minyak sapi / marjerin / mentega
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk halus / kisar:
sejemput jintan manis
sejemput jintan putih
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 inci halia
3 biji bawang putih 
3 biji bawang merah atau  1 biji bawang besar

Cara:
1. Rebus daging dan tulang bersama rempah kari sehingga lembut.
2. Sementara menunggu daging lembut, rendam kacang dhal selama 1 jam dan rebus hingga empuk.
3. Setelah daging empuk, masukkan kacang dhal, kentang dan terung.
4. Masukkan santan setelah kentang empuk.
5. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak sapi / marjerin / mentega.
6. Tumis semua bahan tumbuk sehingga kering dan kemudian masukkan daun kari.
7. Masukkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk daging.
8. Gaul sebati, masukkan daun pandan dan perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan

Resepi: Dalca Daging Kambing (Resepi Asal: (Mamak Aji)

Bahan-bahan:
250 gram kacang parupu / dal - Amie gunakan 1 cawan (rendam hingga kembang)
1 cawan santan - Amie gunakan santan pekat
3 biji cili hijau - belah 2
1 sudu kecil halia cincang
3 biji cili kering - Amie tambah kepada 7 biji dan kisar
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil biji jintan putih
1 sudu kecil biji jintan manis
1/2 sudu kecil garam masala - sekiranya ada - Amie tidak bubuh
1 sudu kecil gula
secubit Astafeida - sekiranya ada
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan tambahan:
Amie tambah 5 sudu makan serbuk kari daging
~ Amie rebus 600 gram daging kambing bebiri hingga lembut
~ 4 biji ubi kentang - belah 2
~ 1 batang lobak merah - potong 4 dan belah 2
~ 7 batang kacang panjang - patah-patahkan
~ 2 biji tomato - belah 2
~ 1 batang kulit kayu manis
~ 3 kuntum bunga lawang
~ 4 ulas bawang putih - kisar
~ 7 biji bawang merah - kisar

Cara:
1. Masak kacang parupu dengan 2 cawan (cup) air, masukkan serbuk kunyit dan serbuk cili. Sekiranya tak cukup air semasa memasak boleh tambah air sedikit tetapi jangan terlalu banyak. Setelah cukup lembut, ketepikan - Amie rendam terlebih dahulu kacang parupu / dal hingga kembang dan kemudian rebus hingga lembut.
2. Panaskan periuk atau kuali dengan api sederhana besar dan masukkan minyak untuk tumis. Bila minyak panas masukkan cili kering,   biji jintan putih dan manis,  sekiranya suka boleh masukkan daun kari sedikit dan halia cincang. Bila biji rempah mula meletop, masukkan cili hijau - Amie masukkan bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis dan bunga lawang dan setelah naik bau Amie perlahankan api serta masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air.
3. Masukkan “serbuk astofeida” sekiraya suka pada baunya.  Astofeida ini bentuk serbuk yang diperbuat dari bawang putih. Awas jangan sampai hangus tumisan anda nanti pahit pula kari anda. Masukkan serta-merta parpu yang telah masak tadi ke dalam tumisan. Tumis campuran parupu dalam 2-3 minit lagi dengan adunkan rempah-rempah tadi - Amie tidak tambah serbuk Astofeida.
4. Masukkan air mengikut kepekatan yang anda kehendaki. Pada masa ini juga, sekiranya anda suka bolehlah masukkan sayur-sayuran seperti, kentang, tomato, dan karot. Biarkan kentang masak empuk. Pada masa ini Amie masukkan daging kambing bebiri yang telah direbus. Masukkan garam secukup rasa. Perhatikan Mamak Haji suruh masukkan garam diakhir ubi kentang masak kerana garam akan melambatkan ubi kentang masak. Sekiranya garam dimasukkan diawal masakan, kita tidak boleh tentukan jumlah garam yang diperlukan ia semasa cair dan selepas bertukar menjadi pekat. Dengan sebab itu masukkan garam di akhir setiap masakan.
5. Masukkan santan dan tentukan kepekatan kari yang anda kehendaki. Biarkan ia dimasak 5 minit lagi sehingga mendidih untuk tidak cepat basi. Ketika ini Amie masukkan kacang panjang, dan tomato dan masak selama 1 minit lagi. Tutup api dapur dan hidangkan. Kari parupu ini amat sesuai menjadi kuah pencicah untuk roti canai, capati, tosai atau roti potong. Khasiat parupu yang tinggi protein itu sangat sesuai untuk kanak-kanak dan juga kepada yang ingin menjaga diet dalam pemakanan.





Resepi: Sup Daging Musim Panas

Bahan-bahan:
500 gram daging - potong ikut citarasa
1 liter air
3 cm halia - hiris nipis
1 batang lobak merah - kupas kulit dan belah 2 - potong 4
5 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang - cuci - dan belah 2
5 biji kentang - kupas kulit dan biarkan bulat
10 ulas bawang putih
1 labu bawang besar - belah 4
2 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa

Cara:
1. Masukkan kesemua bahan di atas  kecuali perencah MAGGI Cukup Rasa ke dalam slow cooker.
2. Tekan butang "HIGH" dan biarkan masak sehingga daging empuk.
3. Buka penutup dan tambahkan perencah MAGGI Cukup Rasa.
4. Hidangkan segera bersama taburan bawang goreng dan hirisan daun sup.




Bosanski Lonac
Ingredients:
1/2 kg lamb meat with the bone (lamb neck; rack of lamb)
1/2 kg baby beef with the bone
3 red onions
1 whole head of garlic
3 tomatoes
1 tsp red pepper
1 chilli pepper
1 handful parsley
a few mint leaves
1 sprig dill
3-4 potatoes
2-3 green bell peppers
1 tbsp melted butter
1 tbsp vinegar
2 galsses water
2-3 peppercorns
1 tsp salt

Directions:
Cut the meat into medium size pieces and vegetables into bigger pieces. Rinse garlic, dry and do not peel. Lay first the meat and then the vegetables in a lightly buttered clay pot. Add one whole chilli pepper. Add pepper, spices and paprika. Pour in the water and vinager. Add the melted butter.
Punch many smaal holes in an aluminium sheet and cover the pot. Place in an oven and allow the dish to gently simmer for at least 1 1/2 to 2 hours first over strong and then over low heat. The best way to make the Bosnian hotpot is to cook it in the oven. You may also put some cabbage in the stew, but it is not recommended because of the strong aroma.

Resepi: Daging Masak Hitam

Bahan-bahan:
1 kg daging - Amie gunakan daging blade - potong setebal 1/2 cm dan selebar 3 cm
4 sudu besar kicap manis ABC
4 sudu besar gula apong 
Kesemua bahan di atas diperap selama 2 jam.

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 batang serai - hiris nipis
2 cm lengkuas 
2 cm halia
2 sudu besar kismis
5 biji buah prune

Bahan penumis:
7 biji bawang merah - hiris
1 labu bawang besar - hiris
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan lain:
4 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah kurma
1/2 cawan minyak
1 sudu kecil pati asam jawa
garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan dan goreng bawang merah serta bawang besar hingga wangi. Kemudian masukkan bahan rempah penumis yang lain. Tumis sehingga bawang kelihatan kekuningan.
2. Masukkan rempah kurma dan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa diikuti dengan daging.
4. Masak dengan api perlahan. Amie tidak tambahkan air dalam masakan ini sebab air daging dan air yang digunakan untuk bahan kisar sudah mencukupi. Sekiranya daging masih keras dan kuah mengering, bolehlah tambah air.
5. Kacau sekali-sekala supaya masakan tidak berkerak atau hangus.
6. Setelah daging empuk, masukkan kerisik dan perasakan dengan garam atau perasa pilihan anda.


Sila rujuk resepi DI SINI dan DI SINI.


Bahan-bahan:
1 kg daging lembu - potong nipis selebar 3 cm
4 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
3 batang sera - diketuk
1 labu bawang besar - dihiris kasar
2 helai daun kunyit - siat-siat
3 sudu besar minyak
garam dan gula secukup rasa 

Bahan kisar:
12 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga terbit minyak.
2. Masukkan serai dan daging. Gaul sebati.
3. Tuangkan santan cair dan masak hingga daging empuk.
4. Tambahkan santan pekat, bawang besar dan daun kunyit.
5. Apabila kuah menjadi pekat, perasakan dengan garam dan gula.
6. Padamkan api dapur.


Bahan-bahan:
800 gram lamb - potong ikut suka
3 biji kentang - kupas dan potong dadu
1/2 biji capsicum merah - potong dadu
1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
1/2 biji capsicum kuning - potong dadu
2 batang daun bawang - potong 2 cm
3 ulas bawang putih - hiris
3 biji bawang merah - hiris
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 cm halia - hiris
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis ABC
2 cawan air
3 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan jika perlu

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia hingga terbit aroma.
2. Masukkan lamb dan gaul rata sehingga lamb kelihatan layu.
3. Tambahkan sos lada hitam, lada hitam tumbuk, kicap manis, sos tiram dan air. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Masukkan kentang dan tutup kuali. Masak hingga lamb empuk dan kuah menjadi pekat. Kacay sejali-sekala.
5. Masukkan capsicum merah, kuning dan hijau. Kacau sekali dua, dan akhir sekali taburkan hirisan daun bawang. 
5. Jika perlu boleh taburkan sedikit garam atau perasa pilihan. Amie tak tambah  garam atau sebarang perasa tambahan. 


Bahan-bahan:
800 gram daging kambing biri-biri bahagian peha - potong 10 - lumur dengan 1 sudu  kecil  garam dan 1 sudu kecil serbuk kunyit - perap seketika
2 batang serai - dititik
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
1 cawan air
1/2 cawan minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah 
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
4 cm kunyit hidup
3 cm halia
30 biji cili padi - kita gunakan cili padi kampung merah campur hijau 

Cara:
1. Panaskan  minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan bancuhan air pati asam jawa dan biarkan mendidih seketika. 
3. Kemudian masukkan serai dan daging kambing. Gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
4. Tambahkan air, garam, gula dan perasa pilihan.
5. Tutup kuali rapat-rapat. Perlahankan api dapur.
6. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging kambing tidak hangus kekeringan atau hancur.
7. Apabila kuah mula memekat dan daging kambing empuk, matikan api dapur.

Resepi: Tom Yam Kambing

Bahan-bahan pes tom yam: 
7 biji bawang merah
3 biji cili merah
7 biji cili kering
2 batang serai
2 cm lengkuas
1 sudu besar udang kering
2 cm belacan bakar 
3 helai daun purut - buang urat belakangnya
garam dan gula secukupnya
1 sudu besar pati asam jawa - bancuh dengan 3/4 cawan air 
 2 sudu besar minyak

Cara:
1.  Kisar kesemua bahan di atas kecuali garam, gula, pati asam jawa dan minyak.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Tambahkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
4. Biarkan perencah masak sehingga menjadi pes.

Bahan untuk sup tom yam:
800 gram lamb / kambing bebiri - potong ikut citarasa - rebus sehingga mendidih - sejukkan seketika dan buang air rebusan tadi
3 sudu besar pes tom yam
4 biji tomato masak ranum - dikisar
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 batang lobak merah - kupas kulit dan potong bulat
3 ulas bawang putih - diketuk
4 batang serai - diketuk
2 cm lengkuas - diketuk
12 biji cili padi - diketuk
1 sudu besar sos ikan
5 helai daun limau purut
1 pokok ketumbar - hiris
3 biji limau nipis - ambil jusnya
1.5 liter air 
Tambahan: hirisan sayur kegemaran seperti putik jagung dan sebagainya

Cara:
1. Jerang air di dalam periuk.
2. Masukkan daging kambing yang sudah direbus tadi. Masak hingga mendidih.
3. Tambahkan pes tom yam, serai, lengkuas, cili padi, bawang besar dan lobak merah.
4. Setelah daging empuk, masukkan segala sayur pilihan, daun limau purut, sos ikan dan juga jus limau nipis.
5. Sekiranya suka pedas dan masam, tambahkan cili padi dan jus limau nipis lagi.
6. Padamkan api dapur.
7. Taburkan hirisan daun ketumbar ketika menghidang.
8. Enak dinikmati ketika masih panas! Lebih enak jika dimakan bersama nasi!

Bahan-bahan:
1 kg daging kambing (biri-biri) dengan tulang 
2 biji kentang - kupas dan belah 4
2 biji tomato - belah 4
3 batang daun saderi - hiris 5 cm panjang 
1 labu bawang besar - mayang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
4 sudu makan minyak
1 sudu makan lada putih - tumbuk 
1 liter air
garam / perasa pilihan 

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 cm halia 
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga sebati.
3. Masukkan daging kambing. Balik-balikkan sehingga daging kambing kelihatan layu dan berubah warna.
4. Tambahkan air. Biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan kentang dan batang saderi. Perlahankan api dapur ke tahap sederhana.
6. Tutup periuk dan renihkan sup kambing hingga daging dan kentang empuk.
7. Masukkan tomato, dan perasakan lada putih serta garam / perasa pilihan.
8. Hidangkan panas.



Bahan-bahan:
1 kg kambing (lamb) - potong dadu
5 biji bawang besar - cincang
5 biji tomato merah - cincang
1 sudu besar halia kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar garam masala
garam / gula / perasa pilihan
1/2 cawan minyak
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan - jika suka

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam masala.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan daging kambing.
5. Masak dengan api sederhana sehingga daging kambing empuk dan tomato serta bawang hancur menjadi kuah. Jika sukakan kuah lebih, boleh tambah sedikit air.
6. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
8. Jika suka hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.


Bahan-bahan:
350 gram daging kambing - dipotong
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh serbuk cili
3 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dipotong dadu
450ml air
1 sudu besar pes tomato
garam

Bahan kisar:
1 biji tomato - buang biji
4 biji kurma - buang biji 
1/2 biji bawang besar

Cara:
1. Satukan daging, serbuk jintan manis, serbuk kulit kayu manis, serbuk cili dan bahan kisar. Perap selama 2 jam.
2. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar hingga berbau.
3. Masukkan daging dan dikacau rata. Bila daging berubah warna, tuangkan air dan pes tomato.
4. Kacau sekali sekala hingga mendidih dan kemudian tutup kuali dan perlahankan api.
5. Tambah air jika perlu. Masak hingga daging empuk.
6. Masukkan garam secukup rasa sebelum diangkat. 



Bahan-bahan:
500 gram daging kerbau - potong ikut suka - Amie rebus dahulu hingga hampir empuk dan kemudian hiris tebal
500 gram umbut kelapa - potong ikut suka
250 ml santan pekat
800 ml santan cair
4 sudu besar serbuk kari
3 pelepah daun kari - dilurut
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 sudu kecil jintan manis
1 biji limau nipis - ambil jusnya
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak 
garam / gula / perasa pilihan

Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 cm halia
3 biji cili merah - potong 2 

Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dan tumis bahan hiris hingga layu.
2. Masukkan kulit kayu manis, jintan manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis kacau hingga naik bau.
3. Tambahkan serbuk cili serta serbuk kari dan daun kari. Jika terlalu kering, masukkan sedikit santan cair.
4. Masak sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging kerbau. Gaul sebati.
5. Masukkan santan cair dan masak hingga kuah mendidih.
6. Kemudian masukkan umbut kelapa. Setelah daging kerbau dan umbut kelapa empuk, tambahkan pati santan.
7. Terus masak dengan api sederhana hingga pecah minyak sekali lagi.
8. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
8. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.



Bahan-bahan:
1 kg daging - potong kecil-kecil
600ml  santan cair
200ml santan pekat
5 ulas bawang putih - tumbuk
3 cm halia - tumbuk
1 kg bawang besar - hiris kasar
15 biji cili merah - hiris nipis
batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil pati asam jawa
garam & gula / perasa pilihan
3/4 cawan minyak


Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga daging dan bawang layu.
4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
5. Kemudian masukkan santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali.
6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula / perasa pilihan serta pati asam jawa. Gunakan api perlahan.
7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah  kuah pekat dan terbit minyak.
8. Sambal Goreng Daging / Daging Sekilo Bawang Sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit / ketupat / roti dll.

Resepi : Kurma Daging

Bahan-bahan:
1 kg daging - potong ikut citarasa
3 biji kentang - belah 2
3 sudu makan rempah kurma
200ml santan
segenggam daun pudina
3 biji cili hijau - belah 2
1 biji limau nipis - ambil jusnya
sedikit minyak dicampur dengan  minyak sapi / mentega / marjerin 
3 cawan air
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk halus / kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
sejemput  jintan manis - 1/2 sudu makan
sejemput jintan putih - 1/2 sudu makan
sejemput buah pelaga - 3-4 biji
1 batang kulit kayu manis - 3cm
bunga cengkih - 3-4 biji
2 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Rebus daging bersama rempah kurma sehingga lembut - Amie rebus dengan api sederhana sehingga kuah pekat.
2. Panaskan sedikit minyak dan campurkan dengan sedikit minyak sapi / mentega / marjerin.
3. Tumis bahan kisar hingga wangi.
4. Masukkan daging bersama kentang. masak hingga kentang empuk.
5. Tambahkan santan, dan biarkan sehingga kuah agak pekat.
6. Masukkan garam / gula / perasa pilihan, cili hijau dan daun pudina.
6. Perlahankan api supaya terbit minyak.
7. Sebelum kurma daging diangkat, perahkan jus limau nipis ke atasnya.




Bahan-bahan : 
800 gram daging rusa (kambing / lembu) - potong lebar dan nipis
1 paket (24 gram) Serbuk Kerutuk Ayam & Daging jenama ADABI
3/4 cawan minyak
3 sudu besar kerisik
3 cawan santan dari sebiji kelapa
1 sudu kecil pati asam jawa
1 batang kulit kayu manis
 3 kuntum bunga lawang
gula melaka / garam / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar:
2 labu bawang besar
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 batang serai - hiris
3 hiris nipis lengkuas
3 hiris nipis halia

Cara memasak:
1. Gaul serbuk rempah kerutuk bersama daging rusa hingga sebati. ketepikan.
2. Panaskan minyak, dan masukkan kulit kayu manis serta bunga lawang.
3. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan daging rusa, dan gula melaka serta garam / perasa pilihan.
5. Masukkan juga pati asam jawa serta santan.
6. Jangan lupa masukkan juga kerisik.
7. Gaul rata, dan tutup kuali serta perlahankan api dapur.
8. Masak sehingga daging rusa empuk, kuah pekat dan pecah minyak.
Resepi : Rendang Daging Rusa

Bahan-bahan:
600 gram daging rusa - potong ikut citarasa
1 liter santan dari sebiji kelapa - kisar kelapa dengan air - tapis dan perah
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit - dihiris
3 helai daun limau purut - buang uratnya
2 cm lengkuas - diketuk
1 keping asam gelugor
garam / gula melaka / perasa pilihan

Bahan kisar:
5 ulas bawang putih
12 biji bawang merah
1 labu bawang besar
1 cm halia
1 cm kunyit hidup
25 tangkai cili kering
3 batang serai - dihiris

Cara:
1. Masukkan daging dalam periuk / kuali.
2. Tambahkan semua bahan kisar.
3. Tuangkan santan
4. Masak bahan dengan api besar sehingga mendidih dan kemudian perlahankan api.
5. Masukkan gula melaka, asam gelugor dan kerisik, garam / perasa pilihan secukupnya.
6. Kacau sekali-sekala supaya rendang tidak hangus.
7. Apabila kuah mulai mengering, masukkan daun limau purut dan hirisan daun kunyit.
8. Jika suka rendang yang agak basah, tidak perlu tunggu sehingga kuah kering.
9. Padamkan api dapur.


Resepi : Daging Rusa Pekasam Masak Lemak Cili padi

Bahan-bahan:
700 gram daging rusa pekasam
500 ml santan 
1 batang serai - dititik
gula secukup rasa - tak payah bubuh garam sebab pekasam dah cukup masin dan masamnya

Bahan tumbuk:
20 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup

Cara:
1. Masukkan daging, santan, serai dan semua bahan tumbuk ke dalam periuk.
2. Masak dengan api perlahan dan kacau selalu sehingga kuah pekat.
3. Seimbangkan rasa masam masin dengan gula mengikut citarasa.
4. Padamkan api dapur.
5. Hidangkan dengan nasi panas.


Resepi: Daging Rusa Masak Asam Pedas dengan Umbut kelapa
Bahan-bahan:
500 gram daging rusa - potong ikut citarasa
500 gram umbut kelapa - potong ikut citarasa
3 tangkai daun kesum 
1 batang serai - dititik 
2 keping asam gelugur
3 cawan air 
1/2 cawan minyak
garam / gula / perasa pilihan secukupnya 

Bahan kisar:
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia
2 cm kunyit
2 cm belacan 
1 sudu teh lada putih

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga terbit minyak.
2. Masukkan daun kesum,  daging rusa dan gaul mesra dengan bahan tumisan sehingga daging berubah warna.
3. Tambahkan air dan asam gelugur. Biarkan mendidih.
4.  Masukkan umbut kelapa dan masak lagi sehingga daging rusa dan umbut kelapa menjadi lembut.
5. Setelah kuah agak pekat, perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
6. Padamkan api dapur.


Resepi: Daging Rusa Goreng Berlada

Bahan-bahan:
1 kg daging rusa - hiris nipis - cuci dan toskan - perap 15 minit dengan 1/2 sudu teh garam da 1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 batang serai - dititik
3 helai daun limau purut
1 sudu teh pati asam jawa
1 sudu teh gula 
1 sudu makan serbuk pati ayam 
minyak 

Bahan kisar halus:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia 

Bahan kisar kasar:
7 biji cili merah
3 biji cili hijau
7 biji cili padi
1 labu bawang besar - belah 6

Cara:
1. Goreng daging rusa hingga masak. Toskan.
2. Ambil 1/2 cawan minyak bekas gorengan daging rusa tdi dan panaskan.
3. Tumis bahan kisar halus hingga wangi. Masukkan serai. Gaul sebati.
4. Masukkan bahan kisar kasar serta pati asam jawa dan tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan daun limau purut, garam, gula dan serbuk pati ayam. Gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan daging rusa goreng dan gaul beberapa kali supaya mesra dengan bahan tumisan tadi.
7. Padamkan api dapur.


Resepi : Dendeng Daging Rusa

Bahan-bahan:
1 kg daging rusa - bahagian peha
30 biji bawang merah - 300 gram - hiris nipis
sekepal asam jawa - bancuh dengan 50ml air
garam dan gula secukup rasa
minyak

Bahan A:
3cm halia - kisar
3 biji bawang putih - kisar
4 sudu besar kicap pekat manis

Bahan B: (kisar)
15  biji cili kering
10 biji cili merah
4 biji bawang besar

Bahan C: (sangai dan tumbuk / kisar)
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu makan ketumbar

Cara:
1. Hiris daging rusa secara melebar dan nipis. Rebus hingga empuk dan toskan airnya hingga kering.
2. Tumbuk atau ketuk daging rusa sehingga separuh hancur.
3. Gaul daging tadi bersama Bahan A. Perap seketika.
4. Goreng daging yang diperap tadi tetapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
5. Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga garing.
6. Masukkan Bahan B dan tumis dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
7. Masukkan air asam jawa. Masak lagi sehingga kelihatan kering.
8. Masukkan daging rusa dan perasakan dengan garam dan gula. 
9. Masukkan bahan C dan gaul sebati.
10. Daging Rusa Dendeng siap untuk dihidangkan. 


Bahan-bahan:
400 gram daging rusa - hiris nipis - perap dengan garam dan sebuk kunyit selama 30 minit
10 batang kacang panjang - potong 3 cm
10 biji cili padi
1 sudu kecil perencah Cukup Rasa
1  sudu besar sos tiram
4 sudu besar minyak

Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Besarkan api dapur dan masukkan daging rusa yang diperap.
3. Kacau dan biarkan seketika sehingga kelihatan layu.
4. Masukkan cili padi, kacang panjang, dan sos tiram. Gaul rata.
5. Setelah kacang panjang berubah warna, taburkan perencah Cukup Rasa. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan