Selepas mengisi perut di Lazeez Halal Foods, kami menghabiskan masa sepanjang petang hingga ke malam di sekitar kedai-kedai yang banyak terdapat di situ. Pada mulanya kami hanya berhasrat untuk melihat-lihat sahaja atau sekadar cuci mata.
Rasa kagum dengan kegigihan penduduk tempatan mencari rezeki. Biarpun serba kekurangan, namun sepanjang pengamatan dari Kathmandu hingga ke Pokhara, belum terlihat seseorang duduk menadah tangan meminta belas ehsan dari orang yang lalu lalang!
Penjual buah-buahan berbasikal dengan pengisar buah (jus) merupakan pemandangan biasa di sini. Jus buah yang dijual tidaklah mahal. Amie membeli jus delima segar keesokan hari selepas mendarat setelah bersampai di Tasik Phewa, hanya berharga 150 NPR sahaja.
Hotel Lake Shore adalah antara hotel yang terdapat di lalaun masuk jalan ke ke Hotel Grand Holiday. Hotel ini bertaraf 3 bintang juga, tetapi melihat ulasan di Google, nampaknya rata-rata pelanggan memberikan 5 bintang!
Yang ini tak ingat apa namanya, terletak bersebelahan dengan Hotel Lake Shore, di pintu masuk lorong menuju hotel kami.
Tak tahan hati melihat pashmina berwarna lembut yang melambai-lambai tergantung di kebanyakan kedai!
Bukan sahaja tertarik dengan warnanya yang lembut dan pelbagai, tetapi kainnya juga tersangatlah lembutnya! Harga? Belum datang mood untuk bertanya....hiks! Tanda harga pun tidak diletakkan.
Walaupun hanya berjalan kaki sekitar beberapa ratus meter dari hotel, tetapi beberapa kali juga terlihat tempat tukaran wang. Jadi memang tak perlu risau untuk membeli belah di sini. Kalau tak cukup duit boleh tukar serta-merta. Yang penting bawa lebih RM dalam poket!
Sebenarnya, malam itu kami memborong baju sejuk, kasut, stoking, beg, seluar, sarung tangan dan pelbagai lagi peralatan untuk di bawa ke Dhampus pada hari lusa. Cuma tak sempat ambil gambar kedai jualan barangan tersebut sebab tangan kanan dan kiri penuh menjinjing hasil sepencarian bersama teman-teman! Maklumlah, kali pertama terjumpa kedai yang begitu banyak menawarkan peralatan travel, dan tawaran harga yang juga agak murah! Oh...! Rasa berbaloi pula datang ke sini!
Kongsi gambar dari group whatsaap.
Sumber : Misa
Satu pengalaman indah sebenarnya di sini, dan sedikit sebanyak dapat melupakan seketika pengalaman perjalanan panjang dari Kathmandu - Pokhara. Apalagi setelah melihat persekiran Pokhara yang jauh lebih bersih berbanding Kathmandu.
Oleh-oleh istimewa yang sudah semestinya tak akan Amie lepaskan apabila kembara ke mana-mana sudah tentulah buku resepi tempatan! Dapat bawa pulang dua buah buku masakan iaitu Taste of Nepal oleh Jyoti Pathak dan Flavours of Nepali Kitchen oleh Rabindra Dhoju.
Entri berkaitan travelogue Nepal:
Bercuti ke Nepal : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Kathmandu
Hotel Encounter Nepal Kathmandu
Al-Madina Halal Foods
Sepetang di Thamel Street
Selamat Pagi Kathmandu!
Kathmandu - Pokhara : Mengintai Kehidupan di Balik Tabir Bas
Hotel Grand Holiday Pokhara
Lazeez Halal Food Pokhara
Pokhara di Kala Senja
Bersampan di Phewa Tal (Fewa Lake) Pokhara
Dari Pokhara ke Dhampus
Suatu Petang yang Dingin di Dhampus Village
Selamat Pagi Pergunungan Himalaya!
Sarapan Pagi di Tea House
Jalan-Jalan di Perkampungan Dhampus
Quality Education Today's Necessity
Pokhara Hill, Mahadev Cave dan International Mountain Museum
Naik Helikopter ke Macchapuchhre Base Camp (MBC)
Selamat Tinggal Pokhara
Thamel Street di Waktu Malam
Sarapan Pagi di Nepal Tara Halal Food Restaurant
Pagi Terakhir di Kathmandu
Yang Manis Jangan Terus Ditelan, Yang Pahit Jangan Terus Dibuang
Entri berkaitan travelogue Nepal:
Bercuti ke Nepal : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Kathmandu
Hotel Encounter Nepal Kathmandu
Al-Madina Halal Foods
Sepetang di Thamel Street
Selamat Pagi Kathmandu!
Kathmandu - Pokhara : Mengintai Kehidupan di Balik Tabir Bas
Hotel Grand Holiday Pokhara
Lazeez Halal Food Pokhara
Pokhara di Kala Senja
Bersampan di Phewa Tal (Fewa Lake) Pokhara
Dari Pokhara ke Dhampus
Suatu Petang yang Dingin di Dhampus Village
Selamat Pagi Pergunungan Himalaya!
Sarapan Pagi di Tea House
Jalan-Jalan di Perkampungan Dhampus
Quality Education Today's Necessity
Pokhara Hill, Mahadev Cave dan International Mountain Museum
Naik Helikopter ke Macchapuchhre Base Camp (MBC)
Selamat Tinggal Pokhara
Thamel Street di Waktu Malam
Sarapan Pagi di Nepal Tara Halal Food Restaurant
Pagi Terakhir di Kathmandu
Yang Manis Jangan Terus Ditelan, Yang Pahit Jangan Terus Dibuang
Bestnya kak amie dapat holiday menjelajah negara orang.. Macam² boleh explore budaya.. bahasa, adat dan op kos mencuba makanan tempatan kan
BalasPadamWah cantik2 pasminanya. Buku Resepi tu macam menarik ja.
BalasPadamLina,
BalasPadamsesekali melihat dunia luar, menyelami kehidupan dalam dunia yang berbeza.
Notie,
Ye pashminanya cantik2, warnanya pun pelbagai.
Memang kebiasaan kalau jalan2 jumpa buku resepi mesti beli hihiii.