Akhirnya mimpi untuk naik helikopter berlegar-legar di pergunungan Himalaya pun menjadi kenyataan!
Bila sudah menjejakkan kaki atas gunung, di Macchapuchhre Base Camp meredah salji nan memutih, dah tak tahu macamana nak beraksi untuk merakam gambar....ahaks!
Nak guling-guling takut basah, nak berdiri saja, macam rupa patung bernyawa, nak duduk apa semua serba tak kena. Jom kita rakam gambar rupa begini. Meniarap pun meniaraplah!
Orang lain sampai ke puncak gunung dengan susah payah mendaki, dan dengan penuh megah kibarkan Jalur Gemilang. Tak apalah, kita raikan kejayaan sampai ke sini dengan cara kita yang tersendiri. Walaupun sampai dengan menaiki helikopter, nak kibarkan juga Jalur Gemilang...hehehehe! Terima kasih Encik Zain sebab bawa Jalur Gemilang dan tangkap gambar kami.
Sepanjang naik helikopter memang hanya berserah kepada-Nya! Tak berani nak tangkap gambar lebih-lebih. Nak pusing kiri kanan pun rasa takut. Rasa gayat janganlah dicerita lagi. Adalah juga beberapa kali rakam gunung-gunung yang memutih dalam video, tapi itu untuk simpanan sendiri sahaja. Ada pun gambar yang dapat Amie tangkap hanyalah bahagian belakang kepala pilot kami, mat hensem tinggi lampai asal dari Brazil...ahaks!
Boarding pass :
Flight Date : 28 Mac 2019
Destination: ABC (Annapurna Base Camp)
Boarding Check at : 7:30 am
Pagi Khamis yang cerah, bersamaan 28 Mac 2019 seawal pukul 7 pagi kami bertolak dari hotel ke Pokhara Airport. Penerbangan ke Annapurna Base Camp yang dijadualkan seawal pagi Selasa, tertunda sehingga ke hari Khamis. Nak naik helikopter ke ABC dikira sebagai rezeki, bergantung kepada cuaca dan kekosongan tempat. Menurut Encik Zain, sebenarnya helikopter tersebut digunakan untuk membawa pesakit (pendaki gunung yang mengalami masalah dalam pendakian), dan memandangkan tidak selalunya digunakan untuk tujuan tersebut, daripada helikopter terbiar begitu sahaja, maka ditawarkan kepada orang ramai khususnya para pelancong untuk khidmat pergi dan balik ke gunung.
Annapurna merupakan rangkai puncak di pergunungan Himalaya dengan ketinggian 8091 meter, dan merupakan puncak yang ke sepuluh tertinggi di dunia. Kami hanya akan mendarat di base camp sahaja, bukan puncaknya ...hiks!
Untuk menaiki helikopter, sama sahaja prosedurnya seperti naik kapal terbang. Kami perlu melalui pemeriksaan imigresen, memiliki boarding pass dan yang membezakannya dengan menaiki pesawat biasa ialah kami perlu ditimbang terlebih dahulu!
Ya, ditimbang berat badan dan barang yang dibawa seorang demi seorang sebelum naik helikopter!
Maka bermulalah sedikit debaran ketika melangkah masuk ke tempat duduk helikopter yang muat-muat untuk diri sendiri dan yang lain (5 orang termasuk pilot), 2 di hadapan dan 3 di belakang.
Jom naik helikopter!
Amie, Kam dan Nano merupakan kumpulan pertama bersama Encik Zain yang akan terbang ke ABC. Selepas diberi sedikit taklimat oleh petugas di Heli Nepal Air, pilot yang akan terbang bersama kami sekali lagi mengulang arahan tatacara ketika menaiki helikopter.
Waktu ini sudah tidak mampu toleh kiri kanan atau melihat kawan-kawan yang menanti giliran kedua,dan ketiga menaiki helikopter. Dijadualkan setelah kami tiba di ABC, helikopter akan kembali semula ke airport dan mengambil kumpulan kedua, dan setelah menurunkan mereka di sana helikopter akan membawa kami pulang ke airport semula. Dan begitulah seterusnya. Jadi, kami mempunyai masa lebih kurang 30 minit untuk berada di atas gunung.
Bismillahitawakkaltu... allallahhh...!
Kami sudah berada di ruang udara!
Rupa-rupanya Annapurna Base Camp rosak teruk dilanda ribut salji! Dari ruang udara kami dapat melihat rumah rehat (untuk pendaki) yang tertimbus oleh salji. Helikopter tidak dapat mendarat di situ, sebaliknya kami berlegar-legar agak lama mengelilinginya sebelum pilot menerbangkan kami ke Macchapuchhre Base Camp (MBC).
Pada mulanya kami sangka hanya 15 minit sahaja berada di dalam helikopter sebelum mendarat, tetapi pilot menerbangkan helikopter lebih dari jangka masa yang ditetapkan. Jadi dapatlah kami melihat pelbagai pemandangan dari atas gunung, dan apabila helikopter terbang di celah-celah antara gunung, kami boleh melihat dengan jelas pemandangan di kiri dan kanan.
Akhirnya helikopter yang cantik ini mendarat di lapangan yang telah ditetapkan. Ada bendera Nepal terpacak di situ sebagai penanda ruang mendarat. Sebenarnya tidak semua tempat dan semua masa helikopter boleh mendarat terutama di atas gunung bersalji. Ada ketikanya helikopter tidak boleh mendarat disebabkan lapangan mendarat ditutupi salji. Sebaik sahaja helikopter mencecah lapangan bersalji, kami mengucap syukur, selamat mendarat! Tidak berjodohan dengan Annapurna Base Camp (ABC) seperti yang dirancang pada awalnya pun tidak apa. Kami redha. Yang penting semuanya selamat. Syukur Alhamdulillah.
Sebagaimana yang telah ditaklimatkan di Airport Pokhara, kami tidak boleh bergerak arah belakang selepas turun dari helikopter, sebaliknya kena tundukkan badan dan maju ke hadapan. Macchapuchhre Base Camp, Gandruk, Nepal! Kami datang!
Beberapa saat setelah berada agak jauh dari helikopter.
Dan helikopter pun perlahan-lahan meninggalkan kami untuk mengambil kawan-kawan yang lain. Nampak tak orang kecil-kecil di bawah helikopter itu? Mereka ialah pendaki yang sedang melalui trek di sini.
Pendaki bersama 'Sherpa' , etnik yang tinggal dipergunungan Himalaya yang menjadi malim gunung dan juga porter yang memberi khidmat kepada para pendaki. Biasanya 5 orang pendaki akan disertai oleh dua orang Sherpa.
Setelah helikopter meninggalkan kami, tercengang-cengang pula tak tahu untuk bergambar di mana. Tengok di hadapan kami, bumbung rest house ditutup timbunan salji! Nak mendekat, takut terbenam dan terperosok ke dalam salji pula!
Acah-acah ikut trek pendaki, akhirnya patah balik setelah pendaki mengikut laluan agak jauh dari kami. Takkan nak ikut terus naik puncak kot hihiiii! Berjalan beberapa saat dengan langkah agak laju membuatkan jadi tercungap-cungap sebab kekurangan oksigen! jadi kami santai-santai saja di situ.
Terpandang timbunan kecil salji, eloklah bergambar di sini!
Wakakakaa.... Kam peluk salji tu kuat-kuat! Kalau boleh simpan dalam beg, boleh bawa pulang....hahahahaha!
Gambar yang lain di bawah ini, sekadar untuk kenangan kami!
Aduuuiii... nanti bah dulu Nano!
Tak puas main salji!
Naaa... kan terpelosot jatuh hihihiiii!
Lain kali kena kena gunakan sarung tangan yang kalis air. Kan dah dah basah sebab asyik pegang salji!
Kami menunggu kedatangan kawan-kawan yang lain, dan bersedia untuk kembali ke airport, namun beberapa kali helikopter tiba, kumpulan lain pula yang keluar dari perut helikopter tersebut! Setelah lebih satu jam menunggu, tidak juga tiba walau seorang rakan kami! Kami hanya mampu berdoa agar mereka selamat walau di mana jua mereka berada!
Kami singgah di rumah rehat. Jika suka, boleh memesan minuman panas dan juga qadha' hajat. Memang tak sangguplah untuk masuk ke 'bilik kecil' di sini! Sejuk wei! Kata Nano, air yang digunakan di tandas ialah air yang ditanah, air salji yang mencair! Tiba-tiba teringat tujuh jenis air mutlak untuk bersuci! Oh! Tak sangka! Akhirnya bertemu juga dengan air yang dicairkan dari salji (air ke enam, sebelum air ke tujuh iaitu air embun!). Teringat sewaktu sekolah rendah, ustaz suruh hafal 7 jenis air untuk bersuci, dari air hujan, air laut, air sungai, air telaga atau perigi, air dari mata air, air dari salji yang dicairkan dan air embun!
Dan yang tak boleh dilupakan, kata Nano... keluar asap (wap) ketika membuang air kecil di tandasnya....wooooohoooo!
Laluan ke rumah rehat dipenuhi salji, jadi terpaksa disodok untuk membuat lorong kecil pejalan kaki.
Kam sedang menguji ketahanan tembok salji! Baik-baik Kam! Jangan cari pasal. Nanti runtuh, tertimbus oleh salji, tak dapat den nak tolong! Kalau helikopter datang, kami terpaksa tinggalkan ekau di situ hahaaaaa!
Sempat bergambar dengan petualang dari Indonesia. Banyak pendaki yang kami temui dari pelbagai negara termasuk Thailand, UK dan sebagainya yang terdiri daripada lelaki dan wanita!
Pendaki Indonesia kata, mereka adalah petualang!
Petualang bagi mereka berbeza dengan maksud petualang bagi kita.
Apa pun, kita permudahkan petualang bagi mereka bermaksud pengembara.
Beginilah rupa 'petualang' kami bertiga!
Akhirnya semua ikut jemur sarung tangan!
Minuman terkenal untuk menghangat badan : Ginger, homey & lemon panas!
Wokey!
Helikopter untuk membawa kami ke airport Pokhara sudah sampai!
Mari kita tinggalkan MBC!
Helikopter sedang menurunkan penumpang.
Bukan kawan-kawan yang kami tunggu!
Sebaliknya penumpang lain!
Helikopter mula meninggalkan lapangannya.
Pemandangan base camp dari udara.
Akhirnya helikopter selamat mendarat!
Ada pun ceritanya dua kumpulan kawan kami dibawa oleh helikopter lain dan mendarai di Mardi Himal, base camp yang lebih tinggi dari tempat kami mendarat. Apa pun, syukurlah seuanya selamat naik ke base camp dan selamat kembali ke Airport Pokhara!
Sekian!
Mimpi naik helikopter sudah menjadi kenyataan!
Entri berkaitan travelogue Nepal:
wah bestnya kak, teruja sangat tengok ke base camp tu... mahal tak pakejnya tu...
BalasPadamBestnya k. Amie.. Puas sungguh main salji tu hehe
BalasPadamwow! excited saya baca. Gambar pun semua sgt menarik!
BalasPadamberapa harga pakej naik heli tu ya? nak menabung..:D
Nasa,
BalasPadamuntuk naik heli itu harganya RM1,100.
Puan Hazel,
he heee.... takut juga kalau basah, tak selesa!
Ujie,
RM1,100 untuk naik heli, tak termasuk harga lain spt penginapan, makan, pengangkutan dan tiket kapal terbang dari KL.
Wow bergaya masing masing posing..
BalasPadamSusah toilet kat luar Dan sejukkk
G,
BalasPadamkesempatan tidak banyak kali datang hihihiii.... posing entah hape2 tu kihkihhh.
salam
BalasPadamfee heli tu rm1100?
ada apa2 lg fee tak bila dah sampai kat base heli tu?
sewaan peralatan ke? mkn minum kat situ (sbb nampak u all minum kopi)
Moshi Moshi,
BalasPadamtak ada sewa lain selain bayaran naik heli, kopi tu beli dan bayar sendiri.
Lin,
BalasPadamsaya dah keluar dari group whatsaap En. Zain.
Lin boleh cari di FB ye, sama ada New Horizon Explorer, atau FB En. Zain sendiri iaitu : Zain Asri.
Seronoknya walaupun mengelat, ada orang banyak tenaga, biar depa pi daki takpa 😆
BalasPadam