Tidak dapat digambar dengan kata-kata, betapa leganya kami setelah menjejakkan kaki ke Pokhara. Udaranya lebih segar, dan bandarnya tidak tidak diselimuti habuk serta debu sebagaimana keadaannya di Kathmandu. Encik Zain dari NEW HORIZON EXPLORER menyambut kedatangan kami, dan membawa kami untuk daftar masuk ke Hotel Grand Holiday.
Terlupa seketika akan perjalanan panjang yang telah dilalui apabila dapat membasahkan tekak dengan air mineral yang disediakan di dalam bilik hotel. Sebenarnya bukan tidak mahu minum di dalam bas walaupun tekak terasa haus dn perit, dan terasa seperti berpuasa pula tetapi mengenangkan akan 'hajat kecil' dengan suasana perjalanan yang sedemikian, jadi hasrat untuk meneguk air yang banyak terpaksa dilupakan.
Kami melepaskan lelah seketika, menunaikan solat jamak takhir Zohor & Asar sebelum turun semula ke lobi untuk berkumpul. Tak sabar rasanya untuk menjelajah Pokhara.
Ada tiga buah katil saiz berbeza di dalam bilik hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di Peaceful Road, Pragati Marga, Pokhara 33700, Nepal ini. Sekali lagi kami gagahkan langkah kaki menapak anak-anak tangga hingga ke tingkat 3.
Amie jadi 'permaisuri' tidur di atas katil queen size.
Manakala Nano dan Kam tidur di atas katil single.
Bilik air di hotel ini masih lagi dengan gaya lama. Yang penting, airnya bersih dan pemanas air juga berfungsi dengan baik.
Ada dua buah kerusi rotan di beranda. Oleh kerana kami menginap selama tiga malam jadi sempatlah mencuci beberapa helai pakaian dan tudung serta menjemurnya di sini.
Pemandangan di bahagian luar, dan dibalik tingkap itulah tempat beradi Amie!
Nampak cantik juga binaan dan dekorasi hotel ini.
Pintu masuk hotel.
Pemandangan di hadapan hotel.
Malam pertama berada di Pokhara, kami tidur lena! Memang lena sungguh! Amie letak kepala di atas bantal dalam keadaan mengiring, dan ketika terjaga terasa sakit di pada cuping telinga! Rupanya tidur 'mati' tak bergerak dari pukul 10 malam sehingga ke pukul 3 pagi!
Nampak segar dan ceria ketika bangun pagi! Sempat ambil gambar kenangan dahulu di halaman hotel sementara menanti rakan-rakan yang lain keluar dari bilik untuk bersarapan pagi pada pukul 6:30 pagi.
Nampak segar dan ceria ketika bangun pagi! Sempat ambil gambar kenangan dahulu di halaman hotel sementara menanti rakan-rakan yang lain keluar dari bilik untuk bersarapan pagi pada pukul 6:30 pagi.
Selamat pagi semua!
Selamat pagi Pokhara!
Namaste!
Jom sarapan pagi sebelum kita berangkat ke Dhampus.
Buat masa ini kami tidak memakai topeng penutup muka dan hidung kerana pada sangkaan kami Pokhara adalah bandar bersih dan bebas habuk serta debu.
Oh! Baru teringat. Bagi yang tak bawa banyak pakaian, jangan risau kerana ada perkhidmatan dobi disediakan tapi bukan di hotel. Boleh mendobi di kedai-kedai berhampiran hotel. Harga yang dikenakan bergantung kepada tempoh dan permintaan pelanggan. Misalnya harga untuk 3 jam siap, berbeza dengan harga untuk 1/2 hari atau satu hari.
Entri berkaitan travelogue Nepal:
Bercuti ke Nepal : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Kathmandu
Hotel Encounter Nepal Kathmandu
Al-Madina Halal Foods
Sepetang di Thamel Street
Selamat Pagi Kathmandu!
Kathmandu - Pokhara : Mengintai Kehidupan di Balik Tabir Bas
Hotel Grand Holiday Pokhara
Lazeez Halal Food Pokhara
Pokhara di Kala Senja
Bersampan di Phewa Tal (Fewa Lake) Pokhara
Dari Pokhara ke Dhampus
Suatu Petang yang Dingin di Dhampus Village
Selamat Pagi Pergunungan Himalaya!
Sarapan Pagi di Tea House
Jalan-Jalan di Perkampungan Dhampus
Quality Education Today's Necessity
Pokhara Hill, Mahadev Cave dan International Mountain Museum
Naik Helikopter ke Macchapuchhre Base Camp (MBC)
Selamat Tinggal Pokhara
Thamel Street di Waktu Malam
Sarapan Pagi di Nepal Tara Halal Food Restaurant
Pagi Terakhir di Kathmandu
Yang Manis Jangan Terus Ditelan, Yang Pahit Jangan Terus Dibuang
Luas biliknya sampaikan 3 katil boleh isi. Hiasannya macam kat rumah2 je dengan pasu bunga melambai-lambai.
BalasPadamAlhamdulillah, memang selesa, walaupun terpaksa naik tangga tapi setakat tingkat 3 sahaja.
BalasPadam