Pages

Sabtu, 6 April 2019

Dari Pokhara ke Dhampus

Kami sekadar membawa bekalan pakaian untuk malam dan untuk keesokan harinya, termasuk pakaian sejuk dan peralatan mandian. Beg besar kami tinggalkan di Hotel Grand Holiday Pokhara. Keesokan harinya kami akan check-in semula di sini. Bermakna malam ini kami akan menginap di Dhampus.

Rasa sangat teruja apabila memikirkan kami akan berada di sebuah perkampungan orang-orang gunung iaitu di tengah-tengah etnik komuniti Gurung, melihat sendiri budaya dan cara hidup mereka di sana! Yeaayyy.... Dhampus Village! Tunggu kami datang!

Dua buah jeep membawa kami dari Hotel Grand Holiday menuju ke guest house di Dhampus. Ini 6 di antara puteri bunian di dalam jeep yang akan menjadi tetamu di pergunungan....hiks!

Ini pemandu jeep yang kami naiki. 

Ini sebuah lagi jeep membawa rakan-rakan yang lain bersama Encik Zain dan seorang pembantunya iaitu Kesyaf. Jeep kami berhenti seketika di hadapan sebuah kedai. Amie bersama beberapa orang rakan turun untuk membeli gula-gula, biskut dan sebagainya di kedai. Tujuan membeli makanan ringan ini untuk dijadikan oleh-oleh buat anak-anak kecil ketika melawat perkampungan di sana. Sementara rakan yang lain menunggu di dalam jeep.

Pada masa yang sama, sudah tentulah tangan menjadi gatal semula untuk menekan butang kamera! Dapatlah merakam beberapa keping gambar di sini.

Kedudukan Nepal di antara India dan China, menjadikan negara ini memiliki penduduk berwajah unik! Ada yang rupa India tetapi bukan betul-betul sama! Ada yang seakan-akan Cina tetapi sekadar pada iras dan air muka sahaja! Maha Suci Allah yang menjadikan manusia, bersuku-suku dan berbangsa, pelbagai raut wajah dan rupa! Untuk apa? Agar kita saling mengenal sesama mereka.



Antara pemandangan yang dapat dirakam berhampiran jeep kami. Banyak buah-buahan yang dijual tetapi terhad kepada pisang, delima, epal, limau dan juga anggur sahaja.







Ketika Nano sedang berurusan membayar harga gula-gula dan lain-lain, Amie keluar dari kedai dan berjalan menuju ke jeep. Sebenarnya pening kepala mengira nilai matawang rupee hihihiiiii!

Gambar kentang pun nak dirakam juga! Lain pula warna kulit kentang di sini. Agaknya inilah jenis kentang yang kami makan sebagai sarapan setiap pagi!

Tak puas-puas tangkap gambar anggur hijau! Maklumlah antara anggur hijau dan anggur hitam, memang anggur hijau paling banyak dijual! Dan ketika inilah Amie ditegur oleh seseorang:
Dari mana?
Terkejut beruk dibuatnya!
Amie toleh, dan terpandang wajah seorang lelaki sedang melemparkan senyuman ke arah Amie.
Apalagi!
Amie pun pecut lari menuju ke jeep. Cepat-cepat buka pintu (Amie duduk di hadapan, bersebelahan pemandu) dan terus tutup. 
Jantung terus berdebar kencang.
Ingat!
Ini negara asing.
Ini tempat orang.
Bukan tempat kita!
Ketika sedang menarik nafas lega kerana selamat masuk ke dalam jeep, tiba-tiba wajah lelaki itu tersembul sekali lagi di sebelah tingkap jeep yang tidak bertutup!
Dari mana?
Sekali lagi dia bertanya sambil tersenyum.
Amie belum lagi bersedia untuk berkata-kata.
Mujur ada beberapa orang rakan yang tidak keluar dari jeep (duduk di belakang) menjawab bagi pihak Amie.
Dari Malaysia.
Saya duduk di Malaysia 20 tahun.
Lelaki ini memperkenalkan diri, pernah bekerja di Ipoh, Perak.
Bahasa Melayunya lancar, dan jelas menunjukkan banyak kenangan manisnya sewaktu bekerja di negara kita. Katanya, dia baru saja makan tengahari, dan oleh kerana tidak ada perkara hendak dilakukan, dia pun berjalan-jalan di sini. Lagi pun, katanya di sini sukar untuk mendapat pekerjaan. 
Ketika itu pemandu jeep sudah menghidupkan enjin, dan kami ucapkan selamat kepada lelaki tersebut.

Inilah wajah lelaki Nepal yang menegur Amie.
Maafkan saya.
Saya perlu berhati-hati ketika berada di negara orang.
Bukan sombong, tapi terkejut....hiks!
Lihatlah pandangan matanya mengarah ke belakang tempat duduk Amie, bercakap-cakap dengan rakan-rakan di belakang, sebab Amie masih terkejut tapi sempat pula rakam gambar wajahnya.

 Jeep bergerak meninggalkan bandar Pokhara.

Kami sangkakan Pokhara sempurna dari segala segi, tetapi sangkaan kami meleset sama sekali! Ada ketikanya kami berselisih dengan kenderaan besar, dan udara dipenuhi dengan debu yang menyelubungi jalanraya! Oh! Masing-masing segera mengeluarkan penutup mulut dan hidung!


  
Apa pun, perjalanan perlu diteruskan dan menjadi manis semanis buah delima ini yang kami makan sepanjang jalan apabila kami mengenangnya kembali!


  Wanita Nepal yang berwajah unik dan tersendiri!


Pemandangan di kiri dan kanan jalan. Kelihatan sawah padi dan pelbagai jenis tanaman sayuran diusahakan penduduk di situ.





Inilah antara jalan-jalan yang terpaksa kami lalui! Adakalanya terasa ngeri apabila melihat jalan yang licin, berlopak dan berair!

Kalau dari Kathmandu ke Pokhara kami ngeri melihat gaung yang dalam, di sini kami diuji dengan keadaan jalan raya yang tidak sempurna!


Akhirnya jeep menghala masuk di persimpangan jalan melalui jalan hutan di lereng gunung. Sekali lagi kami dihidangkan dengan pemandangan gaung dan jurang dalam yang membuatkan kami mengurut dada berkali-kali.



 Hujan turun renyai-renyai di pertengahan jalan.

 Dan menjadi semakin lebat!


 Kami hanya mampu bertawakal.

 Sesekali berpapasan dengan kenderaan yang turun dari arah gunung.

 Kini kami berada di pintu masuk perkampungan Dhampus.
Hujan mula berhenti.

 Jalan semakin tidak sempurna!

Di sini, jeep terkubur!
Ke hadapan tidak boleh, ke belakang pun tidak dapat! 
Ya Allah!
Walaupun fikiran cuba mengelak dari memikirkan perkara buruk, namun terbayang juga di lintasan minda... apa akan terjadi? Apa akan terjadi sekiranya jeep tidak dapat dikawal? Apakah jeep akan jatuh ke dalam gaung?
Astaghfirullah.
Astaghfirullahal'azim.
Innalillahiwainnailaihiraaji'uuun.
Asyhaduallailahaillallah....waasyaduanna Muhamadar Rasulullah!
Ya Allah!
Setelah beberapa minit berusaha, akhirnya kami dapat menarik nafas lega dan mengucap syukur kerana jeep dapat bergerak dengan selamat ke hadapan. Pemandu jeep kata, biasanya kalau tidak hujan tidak ada masalah begini.

 Apa yang ada di hadapan kami? Jalan yang tidak berpagar, dan ....

 Gaung di bawahnya!
Rasanya seakan-akan mati hidup semula!

Apa pun memang pemandu jeep kami seorang pemandu yang hebat!
Amie sangka pengalaman menaiki jeep dari Hotel Permai di Bromo menuju ke Pananjakan pada pukul 3 pagi tiga tahun yang lalu sudah cukup mendebarkan, tetapi kali ini diuji pula dengan suasana yang tidak disangka-sangka!

 Tidak lama kemudian, kelihaan jalan yang agak sempurna dan kawasan perkampungan.


Jeep berhenti di hadapan rumah tamu, dan kami menurunkn beg sandang masing-masing.
Di sini, ketika menuruni bukit, dengan memijak susunan batu-batu, tiba-tiba Amie jatuh tergelincir!
Aduh!
Kotorlah pula baju dan seluar!
Basah pula beg!
Syukulah kamera di tangan tidak terjatuh!

Pemandangan guest house Hotel Panoroma  dari tempat kami turun jeep.
Bangunan bumbung rendah di hadapan ini ialah ruang dapur, disebelahnya ruang makan, dan di belakang sana, bangunan bercat separuh biru ialah tempat tinggal kami.
 
Ruang masuk ke bilik kami.

Kami ditempatkan di tingkat bawah, tiga buah katil untuk tiga orang. Hanya keperluan asas sahaja disediakan termasuk tilam, bantal dan selimut. Tuala tidak disediakan, jadi kena bawa tuala sendiri. Selepas tukar pakaian yang kotor akibat terjatuh, sempat tunaikan solat jamak taqdim Zohor dan Asar di atas katil. Ruang agak terhad di antara ketiga-tiga katil, jadi lebih selesa solat atas katil. Tilamnya pula tidak tenggelam, jadi kedudukan semasa solat adalah tetap.

Kononnya baju sejuk yang dibeli di Pokhara ini akan dipakai pada keesokan hari ketika melawat kampung, tapi terpaksa dipakai pada hari ini menggantikan pakaian yang kotor.

 Suhu tercatat di skrin HP ketika ini ialah 16'C.

Perjalanan dari Pokhara bermula pada pukul 11:45 dan tiba di Dhampus pada pukul 1:20 tengahari membuatkan kami berasa agak letih, dan suhu sejuk pula menambah rasa lapar! Maklumlah pukul 1:20 petang di sini bermakna sudah pukul 3:45 petang di tempat kita! Sementara menunggu Enzik Zain masak di dapur, kami makan dahulu apa-apa ekalan makanan yang ada.


 Alangkah nikmatnya dapat menghirup ginger , lemon dan madu panas!

 Yang lain lebih selesa menikmati kopi panas dan juga teh masala!

 Hidung terbau aroma masakan dari arah dapur!
Tak apa!
Sementara menunggu hidangan tengahari disajikan kita bergambar dahulu.







Ketika sedang mengambil gambar di sekitar, tiba-tiba muncul seorang wanita Gurung menegur kami dengan ramah. Walaupun menggunakan bahasa komunikasi seperti ayam dan itik, tetapi sporting jew wanita ini ketika diajak bergambar! Inilah wajah wanita Nepal dari suku kaum Gurung! Ada rupa India tak? Ada rupa Cina tak?



 Geram leihat pokok salad tumbuh subur di tepi dapur!

 Ketika ini lembu-lembu pun mula berkeliaran mencari makan!


 Ada apa di balik sana?

Wanita Gurung tadi memanjat anak tangga menghala ke timbunan jerami gandum (padi?) Di sebelah timbunan jerami ialah rumah lembu. Agama rasmi di Nepal ialah agama Hindu. jadi tidak hairanah kalau di mana-mana akan kelihatan lembu, dan mereka sangat memuliakan lembu sebagai tuhan mereka.



Kami tinggalkan ruang makan, dan menaiki anak tangga besi ke tingkat atas guest house. Hujan yang turun, tidak mengizinkan langit berwajah cerah. Kabus menyelimuti Banjaran Himalaya.

Jadi, buat masa ini kami belum berkesempatan melihat beberapa puncak Himalaya di antara 16,000 puncak gunung yang ada di banjarannya!


Setakat ini hanya mampu menikmati sejuk-sejuk Dhampus 16'C dan membawa kepada 6'C sahaja pada keesokan pagi!

Tinggalkan dahulu pemandangan ini.
Kita kembali ke ruang makan kerana makanan yang dimasak oleh Encik Zain sudah pun dihidangkan oleh Kesyaf di atas meja.



Makan tengahari kami terdiri daripada spaghetti. Serunding atas spaghetti itu kami bubuh sendiri... bekalan yang dibawa oleh ahli rombingan.

 Ada nasi goreng.

 Dan juga popia.

Selepas menikmati makan tengahari, kami sudah bersedia untuk keluar meninjau-ninjau kawasan sekitar kampung! Jom...siapa nak ikut?

 

Entri berkaitan travelogue Nepal:

3 ulasan:

  1. Allahuakbar....sungguh mengerikan. Rasanya jalan kat Bromo ok lagi dibandingkan dengan di Dhampus.

    Duit Nepal sama denga duit India ke?

    BalasPadam
  2. Buah-buahan dia nampak besar2...fresh dari ladang

    BalasPadam
  3. Notie,
    jalan ke Bromo jauuuhhhh lebih baik!
    Duit Nepal disebut rupee juga (NPR) tapi tak sama dengan rupee India.

    BalasPadam