Pages

Khamis, 21 Februari 2019

Soto Ayam Lamongan

Dalam perjalanan pulang dari Tenggarong ke Balikpapan, kami singgah di Rumah Makan Soto Ayam Lamongan. Pertama kali kami mencicipi soto ayam ini, yang dikatakan oleh Mas Aditya berasal dari Lamongan, Jawa Timur. Itu sebabnya mendapat nama Soto Ayam Lamongan

Soto Ayam Lamongan menggunakan bahan seperti ayam kampung, nasi (disembunyikan oleh cebisan daging ayam), suhun, hirisan telur rebus, daun sup dan kuahnya yang sedikit berminyak. Menurut Mas Aditya, sepatutnya telur yang dicampur di dalam soto ini ialah telur muda (telur dalam ayam yang disembelih, tetapi sudah habis memandangkan kami tiba ketika malam). 

 Tidak banyak menu yang ditawarkan di sini.

Jadi, sementara menunggu hidangan tiba, kami makan dahulu emping malinjo yang lemak-lemak pahit ini.

Heheeee.... nampaknya istimewa sekali es jeruk ini. Rakan-rakan tetap memesan es jeruk walau di mana berada sekiranya memang ternampak ada es jeruk!

 Tak cukup makan emping malinjo, kami makan keropok pula.

Maka, sampailah ke meja kami Soto Ayam Lamongan.
Jom makan.

 Kalau nak pedas, boleh bubuh sambal.

Nak rasa lemak manis pula, tambahkan kicap.

Jangan lupa perahkan jus limau nipis, dan gaul. Haaa... nampakkan nasi tu?
Inilah bezanya Soto Ayam Lamongan dengan soto yang biasa kita makan. Ada nasi di dalamnya!

Alhamdulillah.
Selalunya hanya lihat dan baca tentang Soto Ayam Lamongan secara maya, malam ini dapat mencicipi sendiri Soto Ayam Lamongan. 

Entri berkaitan:
Ada Apa di Kalimantan Timur?
Galaxy Hotel Kalimantan Utara
Makan Durian Lai di Kota Tarakan
Bertemu Pak Jokowi di Bandar Udara Internasional Juwata
Balikpapan Kota BERIMAN
Puas Hati Menginap 3 Malam di Fave Hotel Balikpapan
Makan Bakso & Sate di Kebun Sayur
Oleh-Oleh dari Pasar Inpres Kebun Sayur
Makan Malam di Rumah Makan Torani
Rumah Makan Tahu Sumedang (Balikpapan - Samarinda)
Oleh-Oleh dari Kota Samarinda
Sepetang di Tenggarong
Soto Ayam Lamongan
Kerak Telor Bang Deri
Jom Berkenalan dengan Kue Ape
Balikpapan Fest 2019 (25 Januari - 3 Mac 2019)
Rumah Makan Cabe Merah
Dari The Caribbean Island Water Park ke E-Walk Mall Balikpapan
Makan Mantau dengan Sapi Cabe Kering
Bandar Udara Internasional Sultan Aji Muhammad Sulaiman Sepinggan
Sore di Pantai Kemala

Jalan-Jalan Cari Makan di Pantai Amal

4 ulasan:

  1. Terlior aih, malam-malam ni !. Kalau ada resepi nak juga coba ...

    BalasPadam
  2. Beza soto malaysia dengan indonesia ialah kita guna nasi impit tapi dia orang guna nasi.

    Kalau pergi indon mesti pesan es jeruk. Sebab dia guna limau yang kulit nipis warna hijau bukannya limau mandarin macam kat malaysia. Es jeruk dia memang sedap saya suka.

    BalasPadam
  3. nampak mengiurkan, ayam pun banyak tu nampaknya kak...
    kalau dana tgk video mkn2 org sana, soto atau masakan kuah2 dia banyak guna telur muda tuh...
    kt sini mana nk jumpa gitu

    BalasPadam
  4. FHA,
    boleh tu cari resepi dari seberang he heeee, teristimewanya kena guna ayam kampung tau.

    Notie,
    macam2 jenis soto di nusantara ye... unikkan?

    Norhidana,
    tu laaa... takde rezeki kami nak makan telur muda masa tu heheeee.

    BalasPadam