Pages

Khamis, 21 Februari 2019

Sepetang di Tenggarong


Dari Samarinda, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam untuk sampai ke Tenggarong. Kalau dari Balikpapan pula mengambil masa selama 3 jam. Kebetulan sudah berada di Samarinda, kami berhasrat untuk melawat muzium itu di sana, dan menurut Mas Aditya muzium tersebut akan ditutup sekitar pukul 4 petang. 
Setibanya kami di sana, kurang dari setengah jam ke pukul 4! Tergesa-gesalah kami membeli tiket lawatan masuk berharga 10,000 rupiah setiap seorang.

Tidak banyak masa untuk membaca dan memahami sepenuhnya sejarah Kerajaan Kutai Kartanegara, jadi tangkap gambar sahajalah. Sebenarnya di bangku sekolah menengah pernah dengar tentang Kerajaan Kutai, tetapi pada masa itu tidak begitu memahaminya. Sesekali pernah juga terbaca tentang Kerajaan Kutai di dalam Dewan Budaya terbitan DBP, tetapi tidak pula terfikir untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Hari ini, berkesempatan pula melihat sendiri tinggalan keagungan kerajaan silam ini di Tenggarong!






 Patung Lembuswana di hadapan Museum Mulawarman.

































Sebenarnya ketika ini petugas muzium sudah mula bergerak menutup bilik-bilik di dalam muzium! Tangkap sajalah gambar mana yang sempat!
















Dan Amie merupakan pelawat terakhir meninggalkan ruang muzium!
Apa yang dapat Amie perhatikan secara sepintas lalu, memang banyak barangan lama tinggalan Kerajaan Kutai dan terdapat unsur atau pengaruh Hindu terutama dalam paparan budaya atau cara hidup mereka.



 Seterusnya kami jalan-jalan di sekitar Sungai Mahakam.






 Singgah di sini makan pentol rebus.

 Melihat gerai-gerai penjaja kecil.


 Rakan-rakan yang lain memang tak lepas peluang membeli es jeruk!




Pada mulanya kami ingin menyeberang jambatan untuk melawat Pulau Kumala. Namun disebabkan masa tidak mengizinkan kami hanya bergambar di sekitar sini sahaja.






Dalam perjalanan pulang, hujan pula turun.
Hasrat untuk mengambil gambar arang batu yang sedang dipindahkan dari saluran di seberang jalan menuju ke tongkang di sungai tidak tercapai.

 Ambil sahajalah mana yang dapat. Banyak saluran arang batu di sepanjang jalan.

Arang batu yang sedang dikeluarkan dari saluran dari seberang jalan, dicurahkan ke dalam tongkang di sungai.

Marilah pulang ke Balipapan.
Hujan.
Senja.

Entri berkaitan:

2 ulasan:

  1. Pentol rebus tu apa ya. Macam pernah dengar tapi lupa apa namanya.

    Hah limau kulit hijau tu lah yang orang Indon buat es jeruk. Balik malaysia cuba buat tapi tak jadi macam kat Indon. Jadi bila pergi Indon memang selalu pesan es jeruk ja.

    BalasPadam
  2. Notie,
    kalau tak silap daging lembu campur tepung kanji, itulah pentol.

    BalasPadam