Pages

Jumaat, 22 Februari 2019

Kerak Telor Bang Deri

Nampaknya kehadiran kami ke Balikpapan merupakan 'langkah kanan' yang membawa banyak kenangan indah. Apa tidaknya! Mas Aditya memberitahu kami tentang Balikpapan Fest 2019 yang diadakan di E-Walk Mall.
Wah! Tak sabar rasanya untuk menunggu keesokan harinya (ketika itu dalam perjalanan dari Tenggarong ek Balikpapan.). 
Rupanya Balikpapan Fest 2019 ini diadakan dari 25 Januari sehingga 3 Mac 2019! Seronoknya jika dapat melihat aneka jenis makanan dari seluruh pelosok Indonesia terkumpul dalam satu ruang!

Salah satu gerai makanan yang menarik perhatian Amie ialah gerai Kerak Telor Bang Deri. Sebelum ini Amie pernah melihat video kerak telur ini, tetapi kali ini berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri! Dan sudah pastinya terlebih seronok sebab dapat mencicipi makanan tradisi masyarakat Betawi (Jakarta) ini.


Pada mulanya kami lalu-lalang sahaja di sini, tetapi bila terpandang kuali diterbalikkan di atas dapur arang seperti di bawah ini, barulah perasan ada sesuatu yang unik tentang makanan ini.


Terima kasih banyak kepada kedua anak muda ini kerana menjawab setiap pertanyaan dengan sopan dan penuh budi bahasa walaupun sibuk menyiapkan tempahan Kerak Telor dari pelanggan.

Inilah antara bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan Kerak Telor Bang Deri. Ada telur itik dan telur ayam, dan pelanggan boleh memilih mengikut kegemaran masing-masing. Harga Kerak Telor yang menggunakan telur ayam ialah 20,000IDR manakala harga Kerak Telor yang menggunakan telur itik ialah 25,000IDR. Bahan-bahan lain yang digunakan termasuklah beras pulut yang sudah kembang direndam, kelapa yang disangrai, udng kering atau di sini disebut ebi, serbuk lada putih, perasa dan sebagainya.
Jom kita lihat proses membuat Kerak Telor versi Bang Deri seperti di bawah ini. Ini Kerak Telor Bang Deri yang Amie tempah, dan Amie pilih telur itik.

Mula-mula, masukkan beras pulut yang sudah direndam  ke dalam kuali bersama air secukupnya.

Setelah beras pulut kembang dan air mula mengering, tambahkan bahan lain seperi kelapa sangrai, udang keing dan bumbu yang lain.

Masukkan sbeiji telur itik.

Kacau sebati dan  dan ratakan seperti di bawah ini.

Biarkan masak di atas dapur arang, dan kemudian terbalikkan ke arah arang yang sedang membara.

Antara 2 hingga 3 minit kemudian, terbalikkan semula kuali dan kelihatanlah Kerak Telor seperti di bawah ini.



 Keluarkan Kerak Telor dari kuali.

 Kerak Telor yang sudah dipindahkan dari kuali.

 Bubuh serunding kelapa di atasnya.

 Dan juga bawang goreng.

 Siap untuk dinikmati!


Entri berkaitan:

2 ulasan:

  1. wah tak pernah dengar dan tak pernah makan. Sedap tak. Habis bila di terbalikkan kuali atas arang, kerak tu tak jatuh ke.

    BalasPadam
  2. Notie,
    memang kreatif sungguh orang dulu2 cipta resepi, kerak tak jatuh bila diterbalikkan, elok jew.....

    BalasPadam