Kami tiba di Kota Samarinda ketika matahari panas memancar! Teriknya terasa membakar wajah! Tidak banyak tempat kami jelajahi, hanya melihat-lihat suasana sekitar dan masuk ke beberapa buah kedai cuci mata dan cuci poket....hiks! Kota Samarinda memiliki saiz keluasan yang besar dan merupakan ibu kota Kalimantan Timur. Penduduk di sini terdiri daripada masyarakat Kutai, Banjar, Dayak, Bugis, Jawa, Toraja, Minang, Sunda dan Tionghua.
Bergambar kenangan di Museum Samarinda.
Berhadapan dengan Museum Samarinda, nun di seberang jalan ialah Taman Samarendah. Samarendah pulak?
Menurut kisahnya, orang-orang yang terdahulu menyebutnya Samarinda sebagai Samarendah yang membawa maksud taman yang kelihatan samar-samar tapi nampak indah dipandang.
Sebelum tiba di Kota Samarinda kami sempat melawat Masjid Islamic Center Samarinda yang merupakan masjid kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal (Masjid terbesar di Asia Tenggara terletak di Jakarta, Indonesia.
Oleh kerana Masjid Islamic Center Samarinda ini tersangatlah besarnya, jadi tak muatlah semua sekali masuk kamera....hiks! Ambil saja sudut-sudut tertentu sebagai kenangan.
Banyak pokok kurma di tanam di sekitar kawasan ini, dan ada yang sedang berbuah.
Jom, teruskan perjalanan.
Kena pakai payung atau topi apabila berada di sini.
Panas terik!
Kami sekadar melihat-lihat seketika suasana di sini, dan mengambil keputusan untuk mencari oleh-oleh di kedai kain. Kebetulan kedai-kedai tersebut berada berdekatan dengan masjid, dan dapatlah kami mendengar tazkirah dengan jelas dari pembesar suara. Ketika itu belum lagi masuk waktu Zuhur.
Jom masuk Toko Juara.
Cuci-cuci mata sampai rambang mata.
kalau berkenan kita beli.
Biarpun telah memujuk hati jangan membeli, tetapi segalanya hanya pujukan sahaja!
Akhirnya terbeli juga sehelai kain Batik Arimbi dan kain Batik Artoyo Dobby!
Songkok dan kopiah ini juga sesuai dijadikan oleh-oleh. Kalau di Balikpapan kebanyakannya disusun manik-manik warna-warni, tetapi di sini pula pelbagai motif sulaman menjadi pilihan.
Seterusnya kami mencari kedai yang dikatakan banyak menawarkan kain lace.
Dengan sabarnya, Mas Aditya bertanya kepada pekedai di situ mengenai tempat yang ingin kami kunjungi. Walaupun masuk ke kedai yang bukan pilihan kami, diusahakannya juga mencari kedai yang dimaksukan.
Sempat merakam tempat jual emas. Emas ditimbang menggunakan dacing!
Akhirnya kami sampai ke UD. Aanda Textile di Jalan Jend. Sulaiman.
Inilah kedai kain yang kami maksudkan.
Oleh kerana semuanya cantik belaka, jadi tak dapatlah nak buat keputusan nak beli yang mana satu! Pandang sini nampak cantik, pandang sana nampak molek! Alahai!
Ruangan kedai ini sangat luas.
Panas dan letih, membuatkan kami hanya duduk setempat menanti rakan yang lain memilih dan menawar harga.
Dah janji pada diri tak mahu beli, tapi semuanya hanya tinggal janji!
Mengenangkan sudah beli sehelai kain songket di Balikpapan dan belum ada padanan baju, akhirnya terbelilah juga kain jenis broket di sini!
Oh!
Semuanya terlupa!
Berat bagasi terhad hanya 8 kg setiap orang!
Entri berkaitan:
kain samarinda tu asal dari situ ye kak? masjid kt sana besar2 ya...
BalasPadamkalau dh msk kedai jual kain n ada yg murah2... takkan nk tgk je kak oi...paling2 dpt selai pun jadi lah kan
kain lace tu... cantik2nya, mmg rambang mata, lagi2 kalau pikir utk raya nnti
Memang rambang mata ni k. Amie huhu...
BalasPadamNorhidana,
BalasPadamye betul tu,
masjidnya memang besar, dan banyak, sambil kita berjalan boleh dengar tazkirah dari masjid.
Puan Hazel,
memang rambang mata, dah balik baru rasa terkilan, kenapa tak beli itu, kenapa tak beli ini huhuhuuuuuuu....
Uishhh mcm2 pilihan kainnye ye amie. Seronok sakan ler sopping ek..hihi
BalasPadamWah kain lace dia cantik-cantik rugi woooo kalau tak beli
BalasPadamcantik2 kain sulam tu, kalau saya pun mau "terbeli" berhelai2 :D
BalasPadam