Kami tidak terfikir pun untuk menjejakkan kaki ke Samarinda!
Namun, segalanya adalah rezeki kami. Pada pagi Isnin bersamaan 4 Februari 2019, kami bertolak ke Kota Samarinda dari Fave Hotel, Balikpapan.
Perut kosong!
Belum bersarapan pagi kerana kami bertolak awal.
Menurut Mas Aditya, pemandu kami pagi itu, boleh singgah makan di mana-mana rumah makan yang ada di sepanjang perjalanan Balikpapan - Samarinda.
Dan perjalanan dijangkakan dalam tempoh 2 jam sekiranya tidak macet atau tidak singgah terlalu lama di satu-satu tempat.
Kami berhenti di Rumah Makan Tahu Sumedang yang terletak di Jalan Raya Balikpapan - Samarinda KM 50, East Borneo, Indonesia.
Mula-mula rasa pelik juga. Mas Aditya meletakkan kereta di hadapan Rumah Makan Tahu Sumedang. Di seberang jalan pun ada Rumah Makan Tahu Sumedang, begitu juga di bahagian hujung deretan rumah makan tersebut! Banyaknya Rumah Makan Tahu Sumedang!
Mana satu tempat pilihan untuk duduk bersarapan?
Kiranya Rumah Makan Tahu Sumedang ini sebagai R&R, ada tempat solat dan juga tandas.
Marilah kita lihat apa yang ada di Rumah Makan Tahu Sumedang.
Ada pelbagai jenis cemilan (kudapan) yang dijual. Semuanya masih panas dan nampak sedap belaka! Pelanggan pula tidak putus-putus datang singgah dan membeli. Ada yang dibawa (mungkin meneruskan perjalanan ke Samarinda), dan ada yang mencari meja di situ untuk makan.
Tak ingat mana satu nama-nama kuih yang dijual!
Ada otek-otek.
Ada lemper.
Ada cireng. Cireng ialah sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung aci dan digoreng, berintikan abon iaitu serunding ikan. Nama cireng ialah singkatan aci dan goreng.
Lemper dan arem-arem.
Apa dalam bungkusan ni?
Tapai singkong bu!
Oooooo.
Tempe goreng!
Yang ini Amie beli 2 kali. Kali pertama beli untuk makan-makan di rumah makan, dan sebelum masuk kereta beli lagi sekali! Sedap tau tempe goreng di sini. Lembut! Sekurang-kurangnya terubat rindu dengan tempe goreng di Penanjakan, Bromo tuh!
Tahu Sumedang memang ada sepanjang masa, selepas habis dibeli pelanggan datang lagi longgokan yang masih panas, baru diangkat dari penggorengan. Pertama kali Amie makan Tahu Sumedang ketika berada di Bandung beberapa tahun lalu. Makan sebakul dengan Nano, dan bila tergigit cili padi...adeeeehhhh! Ikut cerita, Tahu Sumedang ini berasal dari daerah Sumedang, Jawa Barat.
Memang rasa selesa berada di sini kerana suasananya santai dan ruangannya juga luas.
Kami duduk di meja ini.
Selain makan cemilan yang dibeli, kami memilih makanan berat merangkap sarapan dan makan tengahari.
Sementara menanti pesanan tiba ke meja, kami buka bungkusan cemilan yang baru dibeli.
Tahu Sumedang dibekalkan dengan sos pencecah dan juga cili padi hijau!
Amie beli pulut panggang (lemper : menurut penjual di sini).
Dan gorengan tempe serta (otek-otek?) yang rasanya juga sedap!
Tak berani nak usik cili padi!
Sue makan lemper dengan cili padi....wooooo!!!!
Hidangan yang dipesan pun tiba.
Jom makan.
Bismillah.
Baik mee goreng atau nasi goreng, semuanya didatangkan bersama keropok!
Jadi, mari makan keropok!
Tak cukup keropok yang dihidangkan, boleh tambah sendiri keropok bawang!
Ini Sup Buntut @ Ekor yang Amie pesan. Cantiklah pula rupa ekor tuh!
Sup Buntut ini datang ke meja tanpa keropok.
Gee kata kena tambah keropok dalam sup!
Wokey!
Sup Buntut yang lembut habis dinikmati. Kuah supnya pun sedap.
Tak boleh berlama-lama di sini bu.
Kota Samarinda sedang melambai kita untuk segera ke sana.
Ayohhh... segera berangkat!
Kami meneruskan perjalanan melewati jalan raya yang agak sempit, dengan rumah dan kedai serta gerai di kiri kanan jalan. Apa yang sungguh menarik hati sepanjang jalan sudah tentulah pemandangan perkampungan yang kelihatan aman damai dengan pelbagai jenis pokok buah-buahan. Buah rambutan bergayut-gayutan kemerahan, buah-buah naga kelihatan tersusun di gerai, dan pelbagai lagi. Mas Aditya tidak menghampakan keinginan kami untuk singgah di salah sebuah gerai buah-buahan. (Kami singgah sebelum berhenti makan di Rumah Makan Tahu Sumedang).
Selain durian lai di Balikpapan, di sini kami berkenalan dengan durian montong, durian mentega dan durian melaka.
Buah salak ini tersangatlah sedap dan manisnya!
Memang rasa sangat teruja melihat gerai-gerai pelbagai jenis buah di kiri kanan jalan! Menurut Mas Aditya, sekarang sedang musim buah naga. Memang banyaklah longgokan buah naga di gerai-gerai dan juga pokok naga yang ditanam di ladang.
Bukan sahaja melihat buah-buah di sepanjang jalan, tetapi mulut juga tak berhenti mengunyah buah-buahan seperti salak, ciku, buah naga dan juga tempe goreng serta otek-otek!
Samarinda: Kejap lagi kami sampai!
Entri berkaitan:
aduhai kak... lapar nengok segala kudapan tu kak...
BalasPadamcamne yek rasa tahu sumedang tuh? pernah nampak org jual tp tak pernah rasa...
lemper tu dana rasa kalau kt kampung dana di panggil kelemper, dlmnya pulut berintikan serunding kelapa pastu di bungkus ngn daun pisang n dikukus...
Allahu nikmatnya dapat menikmati buah-buahan segar tu.
BalasPadamNorhidana,
BalasPadamtahu sumedang di sini rangup di luar, lembut di dalam, makan dengan cili padi dan sambal kicap.
Puan Hazel,
betul tu..kalau boleh memang nak borong banyak heheee.
sedapnya nampak buah naga tu, merah mesti manis :D
BalasPadam