Sebelum kembali ke hotel, kami singgah makan malam di Rumah Makan Torani. Kami naik mobil dari Kebun Sayur dengan bayaran 50,000 rupiah.
Rumah Makan Torani letaknya di Komplek Lembaga Permasyarakatan No.73, Jl. Jenderal Sudirman, Gn. Bahagia, Balikpapan Sel., Kota Balikpapan, Kalimantan Timur 76114, Indonesia.
Rumah makan @ restoran ini agak luas.
Boleh pilih untuk duduk di meja yang disukai.
Selain ikan-ikan yang masih segar, terdapat juga ikan hidup di bahagian sebelahnya. Boleh pilih untuk dijadikan hidangan.
Jom kita lihat apakah menu yang ditawarkan di sini. Menurut Pak Google, banyak pilihan seafood di rumah makan ini.
Setelah memesan lauk-pauk, kami mengambil sendiri nasi putih yang sudah siap dibungkus, sambal, kicap lada, sup dan ulam-ulaman jika mahu.
Kawan-kawan sepakat memesan ais limau!
Amie pesan air kelapa sebiji.
Air kelapa didatangkan bersama segelas ais dan air gula di bawah ini.
Antara lauk yang dipesan.
Isi ikan merah masak sos.
Ikan bandeng @ bolu @ susu tanpa tulang, dipanggang @ bakar.
Walaupun sudah biasa makan ikan bolu panggang tanpa tulang di LD, tapi nak merasa juga ikan bolu @ bandeng Balikpapan....hiks!
Walaupun sudah biasa makan ikan bolu panggang tanpa tulang di LD, tapi nak merasa juga ikan bolu @ bandeng Balikpapan....hiks!
Sotong dan udang.
Sesungguhnya malam itu perut sudah penuh!
Alhamdulillah.
Entri berkaitan:
lapar balik nengok segala menu tu kak oiiii... dhla nampak fresh je ikan tu, di masak mcm apa pun sedap
BalasPadamSedapnya semua lauk pauk nya. Sotong dan udang celup tepung sodap jo
BalasPadam