Pages

Jumaat, 31 Januari 2020

Han Market Da Nang

Jaga kesihatan amalkan diet seimbang,
Kurangkan manisan lebihkan buah-buahan,
Ke bandar Da Nang menjelang petang,
Singgah seketika di Pasar Han.

Hampir senja, kaki masih sempat menapak ke Pasar Han. Walaupun sudah ke penghujung petang, namun di dalam pasar dua tingkat ini masih penuh sesak dengan orang ramai. Barangkali juga disebabkan akan menyambut Tahun Baru Cina, jadi inilah kesempatan penduduk tempatan untuk membuat persiapan. Hari ini Khamis, 23 Januari 2020.

Kedatangan kami disambut dengan sepohon limau berbuah lebat yang terletak di tengah-tengah tangga untuk laluan ke tingkat atas. Boleh lihat gambar di bawah ini yang Amie tangkap dari pasu pokok limau. Sesak!



Jom naik tingkat atas.
Ada macam-macam barang yang dijual.
Pesan tour guide kami, cara membeli di sini bolehlah tawar harga sehingga 50%.
Kami pun cuba buat seperti yang disarankan.
Bila terjumpa sebuah beg, kami tanya harganya.
Penjual beg kata harganya 400,000VND.
Kami pun minta 200.000VND.
Apa yang berlaku?
Penjual tadi terus arahkan kami letakkan semula beg tadi di tempat asal dan terus melayan pelanggan lain.
Alamak!
Tak menjadi rupanya urusan jual beli kami!
Lepas itu, langsung penjual tersebut tidak pandang kami lagi.
Beberapa saat kami berdiri di situ, akhirnya kami meninggalkan tempat tersebut sambil membuat kesimpulan betapa tidak mesra pelanggan!

 Jom layan gambar-gambar di bawah ini.






 

 Cantikkan sulaman baju ini?



 Marilah turun semula ke tingkat bawah. 


Bila melihat begini banyak beg anyaman, mata pun jadi rambang. Sayangnya di sini para peniaga tidak mesra pelanggan. Sudahlah bercakap pun gunakan bahasa ayam dan itik, sedikit-sebanyak kita pun kena berhati-hati juga takut kena kena dengan harga yang tak sepatutnya. Salawati kata, ini bukan Ho Chi Minh, syurga beli-belah!







Nak beli souvenir pun kena banyak kali fikir. Misalnya harga sebuah key chain, cermin, fridge magnet yang ditawarkan ialah sebanyak 30.000VND. Nak minta 20.000 VND pun tak dapat! Nampaknya petua yang disampaikan oleh Encik Ahmad , tour guide kami dari Ho Chi Minh untuk tawar harga sehingga 50% benar-benar tidak menjadi..... ahaks! 30.000VND itu lebih kurang RM5.40 sen, tetapi kalau ikut tukaran matawang Amie di KLIA sudah tentulah nilainya lebih tinggi dari itu sebab tukaran di lapangan terbang lebih mahal.






 Terlajak pula ke tempat jualan buah-buahan.







 Putik kelapa?
Saiz kecil dan nampak masih terlalu muda.









 Bila sampai di bahagian kekacang ini, teringatlah pula suasana di Hatyai!







Wokey!
Kita sudahi dengan gambar udang kering saiz besar!

Sekarang kami berada di luar pasar dan sedang menanti van untuk membawa kami ke destinasi seterusnya.

 Beginilah suasana di sekitar Pasar Han ketika malam menjelma.




Kami tepati masa untuk selama 45 minit sahaja berada di dalam Pasar Han!

Entri berkaitan jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam:

1 ulasan:

  1. Kak amie...SA suka pi Vietnam...kalau pi sana SA memang suka explore makanan dan buah- buahan..suka sangat beli buah Nona...

    BalasPadam