Jangan lupa untuk menikmati mantau kalau sampai di Balikpapan! Dalam kesibukan ke sana sini, akhirnya di hari terakhir berada di Balikpapan, sempat juga kami menikmati mantau di Lapangan Terbang Sultan Haji Muhamad Sulaiman Sepinggan sebelum terbang ke Tarakan. Terima kasih Mas Aditya kerana berkongsi lokasi Blue Sky Mantau dengan kami. Tak sabar rasanya untuk menikmati mantau goreng (terakhir makan mantau goreng sewaktu berada di Guilin Disember 2018).
Mantau yang berupa roti goreng yang lembut, boleh dimakan dengan pencecah pilihan mengikut saiz yang dikehendaki. Sebiji mantau tanpa pencecah berharga 14,500IDR. Kami pesan saiz Mantau Small yang berisi 5 biji berharga 70,000 IDR dan juga Daging Sapi Cabe Kering (Small) berharga 90,000IDR.
Di sinilah kami duduk menikmati mantau dengan sapi cabe kering.
Selain sapi cabe kering, terdapat pencecah lain sepeti kepiting (ketam) dan juga ayam cabe kering.
Inilah rupa mantau yang belum digoreng. Menurut pekerja di situ, mantau mampu bertahan selama 3 hari sekiranya disimpan di tempat dingin.
Asal cerita tentang mantau.
Datanglah sekotak kecil mantau panas di meja kami. Jom kita buka.
Ini dia mantau yang ditunggu-tunggu!
Dan juga sapi cabe kering sebagai penemannya!
Sebiji mantau masuk ke piringku!
Dan terus menyudu sapi cabe kering.
Bismillah.
Waduh! Enak sekali bu!
Nyum nyummmmm!!!!
Boleh beli buat oleh-oleh juga ni.
Masa untuk meninggalkan Sky Blue Mantau pun tiba.
Kami akan berangkat menaiki Lion Air ke Tarakan.
Selamat terbang.
Jumpa lagi!
Entri berkaitan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan